Tetingkap Maklumat Halaman - Paparan butiran teknikal halaman semasa

Tetingkap Maklumat Halaman Firefox menjelaskan butiran halaman semasa. Anda juga boleh menggunakan maklumat ini untuk menukar pelbagai keizinan dalam laman web berkenaan. Untuk membuka tetingkap Maklumat Halaman:

  1. Klik butang Site Info button di sebelah kiri alamat halaman web untuk membuka Pusat Kawalan.
  2. Klik anak panah di sebelah kanan panel juntai bawah.
    Fx45 Control Center
  3. Klik butang Maklumat Lanjut di dalam penggesa berikut.
    Fx45 Control Center - More Info

Tetingkap Maklumat Halaman disusun dalam beberapa panel. Kandungan setiap panel ada dijelaskan di bawah.

Umum

Fx41PageInfo-General
Panel umum mengandungi maklumat asas halaman, seperti tajuk, jenis dan saiz kandungan, serta pelbagai data teknikal sumber halaman.

Tajuk halaman

  • Alamat: Paparan URL (Pelokasi Sumber Seragam) halaman semasa.
  • Jenis: Paparan jenis kandungan (jenis MIME) halaman semasa. Jenis ini ditentukan oleh pelayan web.
  • Mod Tafsiran: Paparan samada halaman mematuhi piawaian pengekodan web (Standards compliance mode) atau Firefox perlu memaparkan halaman sebagai serasi dengan kod bukan-piawaian (Quirks mode).
  • Pengekodan Teks: Paparan pengekodan aksara yang digunakan oleh halaman. Ini boleh ditukar dari dalam menu Paparan.
  • Saiz: Paparan saiz halamanan dalam kilobait (dan bait).
  • Diubahsuai: Paparan tarikh dan masa terakhir halaman diubah.

Meta

Paparan medan tag meta yang terletak di dalam kod sumber halaman. Mengandungi spesifikasi jenis fail, pengekodan aksara, pengarang, kata kunci dan banyak lagi.

Media

Fx41PageInfo-Media
Paparan panel Media perihal URL dan jenis semua latar belakang, imej, dan sisipan kandungan (termasuk audio dan video) yang dimuatkan ke dalam halaman. Anda boleh klik mana-mana item untuk mengetahui maklumat lanjut termasuk:

  • Lokasi: URL item tertentu.
  • Jenis: Jenis fail item tertentu.
  • Saiz: Saiz dalam kilobait (dan bait) item tertentu.
  • Dimensi: Saiz item dalam skrin dalam piksel.
  • Teks Berkaitan: Untuk imej, teks "alternatif" yang dipaparkan jika imej tidak dimuatkan.

Anda boleh pilih mana-mana item untuk disimpan ke cakera keras dengan mengklik butang Simpan Sebagai….

Sekat Imej daripada domain

Tandakan pilihanpreference untuk menghalang halaman daripada domain tertentu memuatkan imej secara automatik.

Suapan

Fx41PageInfo-Feeds

Paparan panel Suapan perihal senarai URL dan jenis suapan web yang dikaitkan dengan halaman. Untuk melanggan suapan, klik pautan di dalam senarai.
Nota: Jika halaman tiada suapan web, tetingkap Maklumat Halaman tidak akan memaparkan panel Suapan.

Keizinan

PageInfo-Permissions Fx50PageInfo-Permissions Fx52PageInfo-Permissions Paparan panel Keizinan membolehkan anda menterbalikkan pilihanpreferences domain yang disenaraikan selepas Keizinan untuk. Buang tanda dalam kotak Gunakan Piawai untuk menentukan samada halaman diizinkan atau menyekat tindakan yang tentukan.

Aktifkan Plugins

Sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Flash pada Mac 2017, apabila Firefox versi 52 dikeluarkan. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

Bermula dengan Firefox versi 52, sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Adobe Flash. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

Senarai plugins yang dipasang dan menentukan samada domain perlu Sentiasa, Izinkan, atau Sekat setiap plugin daripada dimuatkan. Kandungan artikel Kenapa saya perlu klik untuk mengaktifkan plugins? menjelaskan cara keizinan ini ditetapkan untuk laman tertentu.

Akses Lokasi anda

Menentukan samada Firefox diizinkan untuk memaklumkan domain dalam senarai perihal lokasi anda menggunakan Pelayaran Tahu-Lokasi.

Sorok Penunjuk Tetikus

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan untuk menyorokkan penunjuk tetikus.

Memasang Add-ons

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan untuk melaksanakan pemasangan kotak dialog ekstensi atau tema. Lihat artikel Security and passwords settings untuk arahan perihal cara untuk menambah atau membuang keizinan pemasangan laman.

Memuatkan Imej

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan memuatkan imej secara automatik.

Menyelenggara Storan Luar talian

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan untuk menyimpan kandungan luar talian.

Membuka Tetingkap Pop-up

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan untuk melancarkan pop-up. Lihat Settings for web content, pop-ups, fonts, and languages untuk arahan perihal menambah atau membuang keizinan pop-up laman.

Menerima Notifikasi

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan untuk menghantar Notifikasi Paksa.

Menetapkan Kuki

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan untuk menetapkan kuki. Lihat Tetingkap Options - Panel Privacy untuk arahan perihal cara untuk menambah atau membuang keizinan kuki laman.

Berkongsi Skrin

Laman web boleh meminta izin untuk berkongsi skrin komputer anda. Anda boleh tetapkan Sentiasa Tanya atau Sekat. Untuk maklumat lanjut, lihat Kongsi tetingkap pelayar web atau skrin anda dengan laman web yang anda percayai.

Menggunakan Kamera

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan untuk menggunakan kamera anda. Ini hanya melibatkan laman yang ada keupayaan merakam video atau imej, seperti laman sembang video. Anda boleh tetapkan Sentiasa Tanya, Izinkan atau Sekat.

Menggunakan Mikrofon

Menentukan samada domain dalam senarai diizinkan untuk menggunakan mikrofon anda. Ini hanya melibatkan laman yang ada keupayaan merakam audio, seperti laman persidangan suara. Anda boleh tetapkan Sentiasa Tanya, Izinkan atau Sekat.

Keselamatan

Fx41PageInfo-Security

Identiti Laman Web

  • Website: Senarai domain halaman.
  • Pemilik: Paparan pemilik laman, jika identiti halaman boleh disahkan.
  • Disahkan oleh: Paparan agensi yang mengeluarkan sijil keselamatan yang digunakan oleh laman, jika ada. Klik butang Papar Sijil untuk melihat sijil berkenaan.

Privasi & Sejarah

  • Adakah saya sudah lawati laman web ini hari ini?: Paparan samada anda telah melawat laman itu sebelum ini, jika ada, bilangannya.
  • Adakah laman web ini menyimpan maklumat (kuki) dalam komputer saya?: Paparan samada laman ini menyimpan kuki. Klik butang Papar Kuki untuk melihat kuki.
  • Adakah saya simpan kata laluan dalam laman web ini?: Paparan samada anda menyimpan maklumat log masuk dalam laman ini. Klik butang Papar Kata laluan Disimpan untuk melihat kata laluan yang disimpan untuk laman ini.

Butiran Teknikal

Paparan bahagian Butiran Teknikal samada sambungan dienkripsi atas alasan privasi, dan jika sedemikian, berapa kekuatan enkripsi yang digunakan.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More