Pusat Kawalan - urus privasi dan keselamatan

Sila kemaskini versi Firefox anda untuk mendapatkan kemaskini ciri dan keselamatan terkini.

Panel Pusat Kawalan akan dipaparkan apabila anda klik butang Site Info button di dalam bar alamat. Di sini anda boleh uruskan tetapan keselamatan dan privasi. Gunakan paparan dalam Pusat Kawalan untuk membuat pilihan keizinan laman, penjejak dan kandungan tidak selamat.

Keselamatan sambungan

Apabila anda melayari laman web, satu ikon akan muncul di dalam bar alamat yang memaklumkan anda samada sambungan ke laman ini betul-betul selamat atau tidak.

http globe desktop green lock 42 blocked secure 42 orange triangle grey lock 42 unblocked mixed content 42

Klik ikon untuk membuka Pusat Kawalan, yang memaklumkan keadaan sambungan dengan laman web dan pemilik laman, serta kandungan tidak selamat yang mungkin disekat oleh Firefox dalam laman web yang selamat.

control center 42

Apabila anda melayari laman web, satu ikon akan muncul di dalam bar alamat yang memaklumkan anda samada sambungan ke laman ini betul-betul selamat atau tidak. Untuk maklumat lanjut perihal keselamatan sambungan, klik butang Site Info button untuk membuka Pusat Kawalan. Paparan pada bahagian atas panel menunjukkan samada sambungan sekarang diklasifikasikan sebagai selamat atau tidak, serta kandungan tidak selamat yang mungkin disekat oleh Firefox dalam laman web yang selamat.

Untuk ketahui lebih lanjut perihal pengeluar sijil untuk sambungan yang selamat dan pemilik laman web (dalam hal ini, jika maklumat disediakan), atau menyahaktifkan sekatan kandungan laman yang tidak selamat, klik anak panah kanan dalam Pusat Kawalan.

Fx45 Control Center - Security

Perlindungan penjejakan

Apabila Perlindungan Penjejakan didayakan dalam Pelayaran Peribadi, Pusat Kawalan akan menunjukkan samada sesuatu halaman ada elemen yang menjejaki anda, serta maklumat sambungan anda. Ciri Perlindungan Peribadi Firefox akan secara automatik menyekat penjejak dalam mod Pelayaran Peribadi, dan ciri ini boleh dinyahdayakan dalam Pusat Kawalan.

  • Tiada penjejak dikesan
no trackers 42
Fx45 Control Center - No trackers
  • Penjejak dikesan (dengan pilihan untuk menyahdayakan Perlindungan Penjejakan):
Disable tracking protection 42
Fx45 Control Center - Disable Tracking Protection

Lihat Perlindungan Penjejakan dalam Pelayaran Peribadi untuk maklumat lanjut berkaitan kawalan ini.

Keizinan

Bahagian Keizinan dalam Pusat Kawalan memaparkan sebarang keizinan khas yang pernah anda berikan kepada laman web dan anda boleh mengubahnya pada bila-bila masa.

Fx45 Control Center - Permissions

Untuk mengedit keizinan lain kepada laman web, klik anak panah kanan dalam Pusat Kawalan dan kemudian klik butang Maklumat Lanjut. Paparan tetingkap Maklumat Halaman akan dibuka, yang mengandungi bahagian keizinan yang komprehensif.

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla