Notifikasi Paksaan Web dalam Firefox

Ciri Paksaan Web (Web Push) membolehkan laman web memaklumkan pengguna apabila ada mesej baru atau kandungan yang dikemaskini. Apabila Firefox dibuka, laman web yang telah diizinkan boleh menghantar notifikasi kepada pelayar dan akan dipaparkan dalam skrin. Pengguna boleh mengizinkan, menyahaktifkan atau mengawal notifikasi jenis ini.

Notifikasi yang dinaik taraf

Bermula dengan versi 44, Firefox boleh menyerlahkan notifikasi pada skrin walaupun laman itu tidak dibuka. Menggunakan Push API piawaian W3C, Firefox menerima mesej paksa dan boleh memaparkan notifikasi (jika diizinkan oleh pengguna) pada bila-bila masa. Laman juga boleh menggunakan Paksaan untuk mengemaskini data dalam latar belakang walaupun tanpa memaparkan notifikasi. Jika anda sudah mengizinkan laman menghantar notifikasi, laman ini juga boleh menggunakan Push API. Anda boleh pilih samada mahu mengizinkan atau tidak laman untuk menghantar notifikasi dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Klik ikon Site Info button untuk menyerlahkan Pusat Kawalan - urus privasi dan keselamatan.
  2. Klik menu di sebelah Keizinan dan pilih samada: Sentiasa Tanya, Izinkan, Sekat.

Apakah Paksaan Web (Web Push?

Paksaan Web ialah ciri pilihan yang membolehkan laman web menghantar mesej walaupun laman itu tidak dibuka. Laman boleh menggunakan ciri ini untuk menyediakan notifikasi atau mengemaskini data dalam latar belakang.

Sebagai contoh, anda boleh melanggan notifikasi daripada laman web membeli-belah kegemaran anda supaya memaklumkan anda jika ada promosi atau tawaran baru. Anda juga boleh melanggan daripada laman web yang lain. Laman hiburan mungkin menawarkan notifikasi berkaitan kumpulan kegemaran anda; dan jika anda langgan, anda akan dimaklumkan jika kumpulan kegemaran anda mengadakan konsert jelajah.

Anda akan hanya menerima mesej daripada laman yang telah anda izinkan.

Apa caranya berfungsi?

Laman web boleh memasang Service Worker, iaitu halaman web latar belakang dengan fungsi terhad, yang melanggan perkhidmatan paksaan web. Laman web ini kemudiannya menghantar mesej paksa melalui perkhidmatan Mozilla Web Push ke pelayar, yang boleh memproses mesej tersebut dan memaparkan notifikasi pada skrin anda.

push notification 44

Jika anda klik, notifikasi ini akan membuka laman web atau menukar tab laman.

Apakah maklumat yang dikongsikan dengan Laman Web ini?

Laman web yang sudah diberi izin boleh menghantar mesej paksa walaupun laman ini tidak dibuka. Ada kuota yang mengehadkan bilangan mesej paksa pada skrin yang boleh dihantar oleh laman ini. Laman web yang melebihi kuota, web paksa akan dinyahaktifkan dan anda perlu layari laman web berkaitan untuk melanggan semula. Ciri Paksaan Web ini, walau bagaimanapun tidak secara terus boleh mengizinkan laman web menetapkan alamat IP anda.

Apakah maklumat yang digunakan Firefox untuk menyediakan Paksaan Web?

Firefox mengekalkan sambungan aktif dengan perkhidmatan ini supaya dapat menerima mesej selagi pelayar dibuka. Sambungan akan berakhir apabila Firefox ditutup. Dalam pelayan, kami menyimpan pengenal pasti rawak untuk pelayar beserta pengenal pasti rawak bagi setiap laman yang anda izinkan.

Dalam Firefox untuk desktop, perkhidmatan ini diuruskan oleh Mozilla. Untuk Firefox untuk Android, kombinasi perkhidmatan Mozilla Web Push dan platform Google’s Cloud Messaging digunakan untuk menghantar makluman ke Firefox untuk Android.

Dalam kedua-dua pelayar ini, mesej paksa dienkrip mengikut spesifikasi IETF dan hanya Firefox yang anda gunakan boleh mentafsirkannya. Mesej yang dienkripsi disimpan dalam pelayan sehingga dihantar atau luput tarikh.

Bagaimana keizinan Paksaan Web boleh ditarik balik daripada laman tertentu?

Paksaan Web adalah satu pilihan dalam Firefox. Laman tidak boleh menghantar mesej tanpa izin anda. Untuk menghentikan laman web tertentu daripada menghantar mesej paksa:

  1. Pergi ke New Fx Menu dan pilih PilihanPreferences.
  2. Pilih panel Kandungan dan kllik butang Pilih… dalam Notifikasi.
  3. Pilih laman berkaitan.
  4. Klik Buang Laman.

Untuk menghentikan semua laman daripada menghantar mesej paksa, ikuti semua langkah di atas dan klik Buang Semua Laman. Laman web tidak boleh lagi menghantar mesej paksa dan perlu meminta izin pada masa akan datang.

Bagaimana saya boleh tambah ciri Paksaan Web ke dalam laman web?

Kandungan artikel Push Spesifikasi API ada menjelaskan cara mencipta Service Worker dan menghantar mesej paksa.

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla