Kenapa saya perlu klik untuk mengaktifkan plugins?

i

Sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Flash pada Mac 2017, apabila Firefox versi 52 dikeluarkan. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

Bermula dengan Firefox versi 52, sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Adobe Flash. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

Untuk memastikan pelayar anda pantas, boleh dipercayai dan selamat, Firefox tidak mengaktifkan plugin secara piawai. Sebaliknya, Firefox memberikan anda pilihan samada mahu mengaktifkan plugin dalam laman web atau tidak.

Fungsi klik untuk mengaktifkan

  1. Apabila Firefox menyekat plugin, anda akan lihat mesej penggesa dan bukannya kandungan plugin. Anda perlu klik untuk melihat kandungan plugin, contohnya, Adobe Flash.
    activate flash 55
  2. Jika anda klik untuk mengaktifkan plugin, Firefox akan memaparkan dua pilihan:
    • Izinkan Sekarang: Mengaktifkan Flash hanya untuk pelayaran kali ini.
    • Izinkan dan Ingati: Mengaktifkan Flash untuk semua pelayaran seterusnya dalam laman ini.
    • Jika anda klik untuk mengaktifkan dan mengizinkan plugin, kandungan plugin akan dimuatkan secara normal. (Jika tidak dimuatkan, klik butang memuat semula FxReloadButton di dalam bar alamat untuk memuatkan semula halaman dan cuba lagi.)

Bilakah saya boleh mengaktifkan plugin?

Dalam situasi ini, anda perlu bijak membuat pilihan bergantung pada keperluan semasa:

  • Jika anda menggunakan laman yang dipercayai seperi laman khas untuk kerja atau sekolah, anda mungkin rasa cukup selamat untuk mengaktifkan plugin supaya dapat melihat kandungannya.
  • Jika anda menggunakan laman yang kurang percayai, sebagai contoh, anda melayari laman dengan mengikuti pautan, anda mungkin tidak mahu mengaktifkan plugin.
Sentiasa aktifkan plugin (tidak disyorkan): Anda juga boleh tetapkan plugin supaya sentiasa diaktifkan dengan pergi ke about:addons dan tetapkan plugin menjadi Sentiasa diaktifkan. Plugin akan secara automatik dilaksanakan dan anda tidak akan dapat mesej "Klik untuk mengaktifkan".

Sebelum ini, untuk melindungi anda daripada plugin yang ada isu kestabilan dan keselamatan, Firefox hanya boleh menyahaktifkan plugin yang bermasalah. Kini, Firefox boleh menghalang plugin daripada dilaksanakan secara automatik,(yang menghalang banyak isu) dan anda boleh pilih samada mahu melaksanakan atau mengemaskini and plugin tersebut. Ini caranya:

Nota: Kandungan artikel ini menjelaskan tindakan yang perlu diambil jika plugin disekat oleh Mozilla daripada dilaksanakan secara automatik kerana ada isu kestabilan dan keselamatanan. Kebanyakan plugin masih perlu diaktifkan walaupun sudah dikemaskini kerana kini Firefox menetapkan plugins "Tanya untuk mengaktifkan" secara piawai dalam Pengurus Add-ons,(kecuali Adobe Flash). Untuk maklumat lanjut, lihat post blog ini.

Fungsi klik untuk mengaktifkan

  1. Apabila Firefox menyekat plugin, anda akan lihat mesej ini:
    Click to play 1 new
  2. Anda boleh pilih samada mahu melaksanakan plugin atau mengemaskini (jika ada kemaskini).
    • Jika anda klik untuk mengaktifkan dan mengizinkan plugin, kandungan plugin akan dimuatkan secara normal. (Jika tidak dimuatkan, klik butang memuat semula FxReloadButton di dalam bar alamat untuk memuatkan semula halaman dan cuba lagi.) Tapi, anda akan lihat mesej ini lagi apabila anda melayarinya semula atau dalam laman lain yang menggunakan plugin ini.
    Click to play 2 new

Bilakah saya boleh mengaktifkan plugin?

Dalam situasi ini, anda perlu bijak membuat pilihan bergantung pada keperluan semasa:

  • Jika anda menggunakan laman yang dipercayai seperi laman khas untuk kerja atau sekolah, anda mungkin rasa cukup selamat untuk mengaktifkan plugin supaya dapat melihat kandungannya.
  • Jika anda menggunakan laman yang kurang percayai, sebagai contoh, anda melayari laman dengan mengikuti pautan, anda mungkin tidak mahu mengaktifkan plugin.

Apakah cara untuk sentiasa aktifkan plugin dalam laman web yang dipercayai

Jika anda tidak dapat mengemaskini plugin dan anda menggunakan laman yang dipercayai, anda boleh tetapkan plugin untuk dilaksanakan secara automatik apabila anda membuka laman tersebut:

  1. Klik ikon plugin merah di dalam bar alamat dan tetingkap mesej akan dibuka.
  2. Dalam panel mesej, klik Izinkan dan Ingati.
    Blocklisted-ActivateFlash

Sekarang, apabila anda melayari laman ini, plugin akan dilaksanakan secara automatik dan anda tidak akan menerima lagi mesej "Klik untuk mengaktifkan".

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla