Tetingkap Options - Panel Privacy

Kandungan artikel ini mungkin lapuk.

Perubahan penting telah dibuat dalam kandungan artikel Bahasa Inggeris yang menjadi sumber terjemahannya. Oleh kerana kandungan halaman ini masih belum dikemas kini, kandungan artikel ini mungkin boleh membantu anda: Settings for privacy, browsing history and do-not-track

Dokumen ini menerangkan semua pilihan atau optionspreferences yang ada dalam panel Privacy tetingkap OptionsPreferences Mozilla Firefox. Untuk memasuki tetingkap optionspreferences, Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan. Untuk panel-panel lain, sila rujuk Tetingkap OptionsPreferences.

Panel Privacy mengandungi pilihan-pilihan yang berkait dengan privasi anda. Apabila anda melayari internet, maklumat-maklumat tentang laman-laman yang anda kunjungi, halaman-halaman yang dibuka dan lain-lain disimpan di sini.


options-privacy-en.jpg prefs-privacy-en.jpg prefs-privacy-linux-en.jpg

c429d2de8abb3a0c9ba3bdc67b5b7f5f-1244843308-435-1.PNG c429d2de8abb3a0c9ba3bdc67b5b7f5f-1246121959-591-1.jpg c429d2de8abb3a0c9ba3bdc67b5b7f5f-1246322913-136-1.jpg


History

  • Firefox will: Di sini, anda boleh menentukan sama ada Firefox akan mengingati maklumat tentang pelayaran web anda seperti laman-laman yang anda kunjungi, fail-fail yang dimuat turun, maklumat yang anda cari dan sama ada anda telah log masuk ke dalam satu laman.
    • Pilihkan Remember history untuk menyimpan maklumat tentang pelayaran web anda.
    • Pilihkan Never remember history supaya maklumat pelayaran web anda tidak disimpan.
    • Pilihkan Use custom settings for history untuk memilih maklumat tertentu yang akan diingati oleh Firefox.
Setting berikut akan dipaparkan jika Use custom settings for history dipilih.
  • Automatically start Firefox in a private browsing session:

Private Browsing (Pelayaran peribadi) adalah seperti memilih "Never remember history" untuk sementara waktu dan pada masa yang sama mengekalkan sejarah anda yang sebelumnya. Dengan pilihan ini, Firefox akan memulakan sesi pelayaran peribadi sebelum mematikan Pelayaran Peribadi dalam satu sesi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pelayaran Peribadi.

    • Remember my browsing history for at least ... days: Di sini, anda boleh menentukan berapa lama Firefox akan menyimpan maklumat tentang halaman-halaman yang pernah anda kunjungi. Secara lalai, tempoh 90 hari dipilih.
    • Remember download history: Pilihan ini mengawal sama ada pemuatan turun yang pernah dilakukan dipaparkan dalam tetingkap Downloads. Tetingkap Downloads (boleh dibuka dari Tools atau dengan menekan CtrlCmd+J CtrlCmd+Y) memaparkan satu senarai pemuatan turun anda kebelakangan ini. Pilihan-pilihan tentang pemuatan turun boleh dibuat dalam panel Main.
    • Remember search and form history: Apabila anda memasukkan maklumat ke dalam bar pencarian atau borang-borang web dalam Firefox, maklumat tersebut disimpan supaya Firefox boleh memberi cadangan apabila anda memasukkan maklumat ke dalam borang-borang pada masa depan. Untuk menghentikan perlakuan ini, hilangkan tanda pada pilihan ini.
    • Accept cookies from sites: Cookie merupakan fail yang ditulis oleh satu laman web yang menyimpan maklumat tentang komputer anda, seperti kegemaran yang berkait dengan laman tersebut apabila mengunjungi laman tersebut. Secara lalai, cookie digunakan. Hilangkan tanda untuk pilihan ini untuk menghentikan penggunaan cookie. Sila ingat bahawa laman-laman tertentu tidak dapat berfungsi dengan sempurna apabila penggunaan cookie dihentikan. Untuk mengawal sama ada laman tertentu dibenarkan menggunakan cookie atau tidak, klik bebutang Exceptions....
      • Accept third-party cookies: Dengan mematikan pilihan ini, anda mengehadkan penggunaan cookie kepada laman web sumber sahaja. Ini bermakan tiada cookie dari luar akan disimpan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk menguruskan cookie.
      • Keep until:
        • they expire: Ini merupakan pilihan lalai. Apabila ini dipilih, laman-laman web dibenarkan menentukan berapa lama cookie akan disimpan oleh Firefox. Ini membolehkan satu laman mengingati kegemaran anda dan maklumat log masuk anda walaupun anda memulakan sesi pelayaran baru.
        • I close Firefox: Dengan pilihan ini, Firefox akan memadamkan semua cookie yang disimpan apabila ditutup.
        • ask me every time Dengan pilihan ini, Firefox akan bertanya tempoh yang ingin anda simpan satu cookie (ataupun menolaknya) setiap kali satu laman web cuba menggunakan cookie.

Untuk memaparkan Pengurus Cookie, klik Show Cookies....

Untuk maklumat lanjut tentang cookie, pilihan-pilihan dan cara-cara anda boleh mengawal laman-laman yang dibenarkan untuk menyimpan cookie pada komputer anda, sila rujuk mengurus cookie.

    • Clear history when Firefox closes: Anda boleh memilih supaya Firefox mengosongkan maklumat sejarah anda apabila anda menutupnya. Untuk melakukan konfigurasi tentang jenis data yang dikosongkan, klik bebutang Settings....

Bar Lokasi

  • When using the location bar, suggest: Sini, anda boleh menentukan jenis keputusan yang dipaparkan apabila anda menaip dalam Bar Lokasi Pintar. Pilih History and Bookmarks supaya Firefox mencadangkan keputusan dari halaman yang pernah dikunjungi atau yang telah ditandabuku apabila anda menaip dalam bar lokasi. Pilih History untuk menggunakan halaman yang pernah dikunjungi sahaja dan bukannya tanda buku. Pilih Bookmarks untuk menggunakan tanda buku sahaja dan bukannya halaman yang pernah dikunjungi. Pilih Nothing untuk mematikan cadangan dari bar lokasi.
  • Keep my history for at least ... days: Di sini, anda boleh menentukan berapa lama Firefox akan menyimpan maklumat tentang halaman-halaman yang pernah anda kunjungi. Secara lalai, tempoh 90 hari dipilih.
  • Remember what I enter in forms and the search bar: Apabila anda memasukkan maklumat ke dalam bar pencarian atau borang-borang web dalam Firefox, maklumat tersebut disimpan supaya Firefox boleh memberi cadangan apabila anda memasukkan maklumat ke dalam borang-borang pada masa depan. Untuk menghentikan perlakuan ini, hilangkan tanda pada pilihan ini.
  • Remember what I've downloaded: Pilihan ini mengawal sama ada pemuatan turun yang pernah dilakukan dipaparkan dalam tetingkap Downloads. Tetingkap Downloads (boleh dibuka dari Tools atau dengan menekan CtrlCmd+J CtrlCmd+Y) memaparkan satu senarai pemuatan turun anda kebelakangan ini. Pilihan-pilihan tentang pemuatan turun boleh dibuat dalam panel Main.


Cookie

Cookie merupakan fail yang ditulis oleh satu laman web yang menyimpan maklumat tentang komputer anda, seperti kegemaran yang berkait dengan laman tersebut apabila mengunjungi laman tersebut.

  • Accept cookies from sites: Secara lalai, cookie digunakan. Hilangkan tanda untuk pilihan ini untuk menghentikan penggunaan cookie. Sila ingat bahawa laman-laman tertentu tidak dapat berfungsi dengan sempurna apabila penggunaan cookie dihentikan.
  • Accept third-party cookies: Dengan mematikan pilihan ini, anda mengehadkan penggunaan cookie kepada laman web sumber sahaja. Ini bermakan tiada cookie dari luar akan disimpan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk menguruskan cookie.
  • Keep until:
    • they expire: Ini merupakan pilihan lalai. Apabila ini dipilih, laman-laman web dibenarkan menentukan berapa lama cookie akan disimpan oleh Firefox. Ini membolehkan satu laman mengingati kegemaran anda dan maklumat log masuk anda walaupun anda memulakan sesi pelayaran baru.
    • I close Firefox: Dengan pilihan ini, Firefox akan memadamkan semua cookie yang disimpan apabila ditutup.
    • ask me every time Dengan pilihan ini, Firefox akan bertanya tempoh yang ingin anda simpan satu cookie (ataupun menolaknya) setiap kali satu laman web cuba menggunakan cookie.

Untuk mengawal sama ada laman tertentu dibenarkan menggunakan cookie atau tidak, klik bebutang Exceptions....

Untuk memaparkan Pengurus Cookie, klik Show Cookies....

Untuk maklumat lanjut tentang cookie, pilihan-pilihan dan cara-cara anda boleh mengawal laman-laman yang dibenarkan untuk menyimpan cookie pada komputer anda, sila rujuk mengurus cookie.


Data Peribadi

Data peribadi ialah maklumat yang disimpan oleh Firefox tentang pelayaran web anda, contohnya laman-laman web yang pernah anda kunjungi, fail-fail yang pernah dimuat turun, apa yang dimasukkan ke dalam lapangan pencarian dan kata-kata laluan anda. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Mengosongkan maklumat peribadi.

  • Always clear my private data when I close Firefox: Anda boleh memilih supaya Firefox mengosongkan maklumat sejarah anda apabila anda menutupnya. Untuk melakukan konfigurasi tentang jenis data yang dikosongkan, klik bebutang Settings....
  • Ask me before clearing private data: Dengan pilihan ini, Firefox akan bertanya sebelum Firefox secara automatik mengosongkan data yang ditentukan dengan mengklik Settings....

Jika anda ingin mengosongkan data peribadi anda sekarang, anda boleh mengklik bebutang Clear Now... untuk melakukan demikian. Untuk mengosongkan maklumat peribadi anda dari luar dialog preferences, sama anda menekan CtrlCmd+Shift+Del atau pilih menu Tools dan pilih Clear Private Data....




[[Options window Kembali ke artikel Tetingkap OptionPreference]::

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Beberapa orang budiman yang telah membantu menulis artikel ini: Chris Ilias. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.