Perlindungan Penjejakan dalam Pelayaran Peribadi

Sila kemaskini versi Firefox anda untuk mendapatkan kemaskini ciri dan keselamatan terkini.
Penjejakan secara umumnya, dirujuk sebagai pengumpulan data pelayaran seseorang di dalam pelbagai laman. Oleh itu, ciri Perlindungan Penjejakan menggunakan senarai yang disediakan oleh Disconnect untuk mengenal pasti dan menyekat penjejakan ini.

Anda boleh baca selanjutnya perihal penjejakan dan piawaian yang digunakan oleh Disconnect untuk mencipta senarai ini di sini. Ketahui selanjutnya perihal senarai yang digunakan oleh Firefox untuk Perlindungan Penjejakan.

Ikon perisai akan muncul di dalam bar alamat apabila Firefox menyekat domain penjejak.

tracking protection 42

Untuk melihat sumber yang disekat, anda boleh buka konsol web dan lihat mesej di dalam tab Keselamatan.

Senarai sekatan dalam Firefox

Akan datang dalam versi 43

Bermula dengan Firefox versi 43, anda boleh tukar senarai sekatan yang digunakan untuk menyekat penjejak pihak ketiga. Secara piawai, Pelayaran Peribadi menggunakan senarai perlindungan asas Disconnect.me tapi anda boleh tukar senarai ini untuk menggunakan pula senarai perlindungan rapi.

Bermula dengan Firefox versi 43, anda boleh tukar senarai sekatan yang digunakan untuk menyekat penjejak pihak ketiga. Secara piawai, Pelayaran Peribadi menggunakan senarai perlindungan asas Disconnect.me tapi anda boleh tukar senarai ini untuk menggunakan pula senarai perlindungan rapi.

  • Senarai perlindungan asas menyekat penjejak analitik, perkongsian sosial dan iklan yang lazimnya sudah diketahui. Walau bagaimanapun, senarai perlindungan asas mengizinkan sesetengah kandungan penjejak yang diketahui untuk mengurangkan kerosakan laman web.
  • Senarai perlindungan rapi menyekat semua penjejak yang diketahui, termasuk penjejak analitik, perkongsian sosial dan iklan serta penjejak kandungan. Senarai rapi akan menyebabkan sesetengah video, persembahan foto dan rangkaian sosial menjadi tidak sempurna.

Menukar senarai sekatan

Ciri ini tidak tersedia dalam Firefox versi ini. Sila kemaskini Firefox ke versi terkini.
  1. Klik butang menu new fx menu diikuti dengan PilihanPreferences .
  2. Klik di sebelah kiri Privasi.
  3. Klik butang Tukar Senarai Sekatan di sebelah “Gunakan Perlindungan Penjejakan dalam Tetingkap Peribadi” dan pilih senarai sekatan yang anda mahu gunakan.
  4. Klik Simpan Perubahan. Anda akan lihat kotak dialog "Mulakan semula Firefox" bersama mesej Firefox perlu mula semula untuk menukar senarai sekatan.
  5. Klik butang OK.
  6. Selepas Firefox mula semula, anda boleh tutup tab PilihanPreferences .

Cara untuk menyahaktifkan Perlindungan Penjejakan

Perlindungan Penjejakan didayakan secara piawai apabila anda berada dalam tetingkap Pelayaran Peribadi. Anda boleh pilih samada mahu menyahaktifkan Perlindungan Penjejakan untuk laman tertentu atau semua laman.

Menyahaktifkan Perlindungan Penjejakan untuk laman tertentu

  1. Ikon perisai akan muncul apabila Firefox sedang aktif menyekat penjejak dalam halaman. Klik ikon perisai untuk memaparkan Pusat Kawalan.
  2. Dalam Pusat Kawalan, klik Nyahdayakan perlindungan untuk sesi ini.
    Disable tracking protection 42
  3. Apabila Perlindungan Penjejakan dinyahdayakan, ikon perisai dengan garisan merah melintang tracking protection off fxos akan muncul di dalam bar alamat.
Dayakan semula Perlindungan Penjejakan, klik ikon perisai sekali lagi dan klik Dayakan Perlindungan.

Oleh kerana mod Pelayaran Peribadi tidak menyimpan maklumat sesi pelayaran, tapi apabila anda menyahdayakan Perlindungan Penjejakan untuk sesuatu laman, kesannya hanya untuk sesi ini. Apabila anda memulakan sesi Pelayaran Peribadi yang baru, Perlindungan Penjejakan untuk semua laman akan diaktifkan semula.

Menyahaktifkan Perlindungan Penjejakan untuk semua laman

  1. Klik butang menu new fx menu , diikuti dengan PilihanPreferences.
  2. Dalam panel Privasi, buang tanda dalam kotak di sebelah Gunakan Perlindungan Penjejakan dalam Tetingkap Peribadi.
    privacy menu tp
  3. Tutup tab untuk menyimpan perubahan ini.
Nota: Anda juga boleh menyahaktifkan Perlindungan Penjejakan dari dalam halaman utama Pelayaran Peribadi:
Fx42PrivateBrowsingHomePage Fx48PrivateBrowsingHomePage

Jika anda sudah di dalam tetingkap Pelayaran Peribadi, taip about:privatebrowsing di dalam bar alamat dan tekan kekunci Enter untuk pergi ke halaman utama Pelayaran Peribadi.

Klik pautan Nyahaktifkan Perlindungan Penjejakan. Jika Perlindungan Penjejakan sudah ditutup, anda boleh aktifkan semula dari dalam halaman utama Pelayaran Peribadi dengan mengklik pautan, Aktifkan Perlindungan Penjejakan.

Klik butang bertanda hijau akan menyahaktifkan Perlindungan Penjejakan. Jika Perlindungan Penjejakan sudah ditutup, anda boleh aktifkan semula dengan mengklik butang yang sama, yang akan kelihatan begini: Fx48TrackingOff

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla