Adakah sambungan ke laman web ini selamat?

Sila kemaskini versi Firefox anda untuk mendapatkan kemaskini ciri dan keselamatan terkini.

Butang Identiti Laman (ikon mangga) muncul di dalam bar alamat apabila laman web yang anda layari itu selamat. Anda juga boleh ketahui dengan pantas samada sambungan ke laman web yang anda sedang layari itu dienkripsi atau tidak, dan siapa pemilik sesetengah laman web tersebut. Ini boleh membantu anda mengelakkan diri daripada melayari laman web berbahaya yang cuba mendapatkan maklumat peribadi anda.

site identity

Butang Identiti Laman terletak pada bahagian sebelah kiri alamat web di dalam bar alamat. Secara lazimnya apabila anda melayari laman web yang selamat, butang Identiti Laman ini ialah ikon mangga berwarna hijau.

green lock 42

Walaupun jarang berlaku, ikon ini juga boleh berubah menjadi ikon mangga kelabu dengan segi tiga amaran berwarna kuning atau ikon mangga pecah (ikon mangga dengan garisan melintang berwarna merah).

blocked secure 42 orange triangle grey lock 42 unblocked mixed content 42

Nota: Mengklik butang Site Info button pada bahagian kiri bar alamat akan menyerlahkan Pusat Kawalan, yang anda boleh gunakan untuk memaparkan maklumat lanjut berkaitan status keselamatan sambungan dan menukar beberapa tetapan keselamatan dan privasi.

Amaran: Anda tidak sewajarnya menghantar apa-apa maklumat sensitif (maklumat bank, data kad kredit, nombor Keselamatan Sosial, dsb.) di dalam laman web yang tiada ikon mangga di dalam bar alamat - dalam hal ini, tidak dapat disahkan samada anda disambungkan ke laman web yang sepatutnya, ataupun data anda selamat daripada pengintip!

Ikon Mangga hijau

Ikon mangga hijau (dengan atau tanpa nama organisasi) menunjukkan bahawa:

  • Anda sah disambungkan ke laman web ini mengikut alamat yang dipaparkan di dalam bar alamat dan sambungan ini tidak dipintas.
  • Sambungan antara Firefox dengan laman web ini dienkripsi untuk menghalang pengintip.

green lock address bar 42

Ikon mangga dengan nama syarikat atau organisasi, juga berwarna hijau, ini menunjukkan bahawa laman web ini menggunakan sijil Extended Validation (EV). Sijil EV ialah sejenis sijil khas laman yang memerlukan proses pengesahan identiti yang lebih rapi berbanding jenis sijil yang lain.

site identity site identity fx39 Linux en

Untuk laman yang menggunakan sijil EV, butang Identiti Laman ini memaparkan kedua-dua ikon mangga berwarna hijau dan nama sah syarikat atau organisasi serta lokasi pemilik laman web, jadi anda tahu siapa yang menguruskannya. Sebagai contoh, mozilla.org dimiliki oleh Yayasan Mozilla.

Ikon mangga kelabu dengan segi tiga amaran berwarna kuning

Ikon mangga kelabu dengan segi tiga amaran berwarna kuning menunjukkan bahawa sambungan antara Firefox dengan laman wab ini hanya separa enkripsi dan tidak dihalang daripada pengintip. Ikon ini juga muncul untuk laman web dengan sijil yang ditandatangani sendiri dan tidak dikeluarkan oleh autoriti yang dipercayai.

grey lock yellow tri url bar 42

Untuk maklumat perihal makna "separa enkripsi", lihat Sekat kandungan gabungan dalam Firefox. Ini adalah masalah yang perlu diselesaikan oleh pembangun laman.

Nota: Jangan hantar apa-apa maklumat sensitif (maklumat bank, data kad kredit, nombor Keselamatan Sosial, dsb.) dalam laman yang ada butang Identiti Laman dengan ikon segi tiga amaran berwarna kuning.

Ikon mangga kelabu dengan garisan melintang berwarna merah

Ikon mangga kelabu dengan garisan melintang berwarna merah menunjukkan bahawa sambungan antara Firefox dengan laman web hanya separa enkripsi dan tidak dihalang daripada pengintip atau serangan orang tengah.

lock red strikethrough 42

Ikon ini tidak akan muncul kecuali anda telah menyahaktifkan sekatan kandungan gabungan secara manual.

Nota: Jangan hantar apa-apa maklumat sensitif (maklumat bank, data kad kredit, nombor Keselamatan Sosial, dsb.) dalam laman yang ada butang Identiti Laman dengan ikon mangga kelabu dengan garisan melintang berwarna merah.

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla