Kemaskini Firefox ke versi terkini

Secara piawai, Firefox ditetapkan untuk mengemaskini secara automatik, tapi anda juga boleh melaksanakan kemaskini ini secara manual. Ini caranya:

Nota: Jika anda menggunakan Firefox versi pakej edaran Linux, anda perlu menunggu pakej kemaskini yang dikeluarkan untuk pakej repositori Linux. Kandungan artikel ini hanya berkenaan pemasangan Firefox secara manual (tanpa menggunakan pengurus pakej edaran).
  1. Klik butang menu New Fx Menu , klik bantuan Help-29 dan pilih Perihal Firefox.Dalam bar menu, klik Firefox dan pilih Perihal Firefox.
  2. Tetingkap Perihal Firefox Mozilla akan dibuka, dan Firefox akan memulakan semakan dan memuat turun kemaskini secara automatik.
    AboutFx50Downloading Fx55AboutFirefox-downloadingWin about-Fx55-downloading
  3. Apabila kemaskini sudah bersedia untuk dipasang, klik Mula Semula Firefox untuk KemaskiniMula Semula Firefox untuk Kemaskini.
    AboutFx50Restart Fx55AboutFirefox-restartWin about-Fx55-restart
Penting: Jika kemaskini tidak dimulakan, tidak lengkap atau ada masalah lain, sila gunakan pautan muat turun ini atau pergi ke Halaman Sistem & Bahasa untuk memuat turun dan memasang Firefox versi terkini mengikut sistem dan bahasa anda (lihat Pasang Firefox dalam WindowsPasang Firefox dalam LinuxPasang Firefox dalam Mac untuk arahannya).

Utamakan Keselamatan: Muat turun hanya daripada pautan rasmi Mozilla di atas untuk mengelakkan perisian hasad.

Untuk menukar tetapan kemaskini, lihat Advanced panel - Accessibility, browsing, network, updates, and other advanced settings in Firefox.

Artikel ini, sama seperti semua sokongan Firefox, sebahagian besar adalah hasil sumbangan sukarelawan, yang bangga mengekalkan Mozilla sebagai organisasi sumber terbuka yang bebas. Teruskan melayar secara percuma!

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla