Memulakan semula Firefox - mengeset semula add-ons dan tetapan

Ciri ini tersedia hanya untuk Firefox untuk desktop atau komputer riba.

Ciri ini telah dipertingkatkan dalam versi terkini Firefox. Kemaskini Firefox ke versi terkini untuk menggunakan versi yang dipertingkatkan.

Jika anda menghadapi masalah dengan Firefox, memulakannya semula boleh membantu. Ciri memulakan semula membaiki banyak isu dengan memulihkan Firefox ke keadaan piawai sambil mengekalkan maklumat penting seperti tandabuku, kata laluan dan tab terbuka.
Nota: Extensions dan data ekstensi akan dihapuskan.

Memulakan semula Firefox

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik bantuan Help-29 .
  2. Dalam menu Bantuan pilih Maklumat Pencarisilapan.
    Jika anda tidak dapat mengakses menu Bantuan, taip about:support dalam bar alamat untuk menyerlahkan halaman Maklumat Pencarisilapan.
  3. Klik butang Muat semula Firefox pada bahagian bucu atas-kanan dalam halaman Maklumat Pencarisilapan.
    Refresh 35 Win Refresh 35 Mac Refresh 35 Lin
  4. Untuk meneruskan, klik Muat semula Firefox di dalam tetingkap pengesahan yang dibuka.
  5. Firefox akan ditutup dan dimuatkan semula. Apabila siap, satu tetingkap akan menyenaraikan maklumat anda yang diimport. Klik Siap dan Firefox akan dibuka.
Nota: Butang Muat semula Firefox juga ada di dalam tetingkap Firefox Safe Mode, jika anda tidak boleh memulakan semula Firefox secara normal. Jika anda tidak dapat mencari butang Muat semula Firefox untuk versi Firefox anda, anda juga boleh memuat semula secara manual dengan mencipta satu profil baru. Lihat instructions on how to create a new profile.

Apakah fungsi ciri memulakan semula?

Semua tetapan Firefox dan maklumat peribadi disimpan di dalam profile folder. Ciri memula semula berfungsi dengan mencipta folder profil baru untuk anda sambil mengekalkan maklumat penting.

Add-ons yang biasanya disimpan di dalam folder profil Firefox, seperti extensi dan tema, akan dihapuskan. Add-ons yang disimpan di dalam lokasi lain, seperti plugins, tidak akan dihapuskan, tapi keutamaan yang diubah (seperti plugin yang anda nyahdayakan) akan ditetapkan semula.

Firefox akan menyimpan item berikut:

  • Tandabuku
  • Sejarah pelayaran dan muat turun
  • Kata laluan
  • Tetingkap terbuka, tab groups and tabs
  • Kuki
  • Maklumat borang Web auto-isi
  • Kamus peribadi

Item dan tetapan berikut akan dihapuskan:

Nota: Profil Firefox anda yang lama akan diletakkan di dalam folder desktop dengan nama "Old Firefox Data". Jika mengeset semulamemuat semula tidak membaiki masalah, anda boleh pulihkan beberapa maklumat yang tidak disimpan dalam copying files to the new profile that was created. Jika anda tidak perlukan lagi folder ini, anda perlu menghapuskan folder ini kerana mengandungi maklumat sensitif.

Artikel ini, sama seperti semua sokongan Firefox, sebahagian besar adalah hasil sumbangan sukarelawan, yang bangga mengekalkan Mozilla sebagai organisasi sumber terbuka yang bebas. Teruskan melayar secara percuma!

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla