Cari dan pasang add-ons untuk menambah ciri dalam Firefox

Add-ons adalah ciri tambahan yang anda pasang dalam Firefox, fungsinya sama seperti aplikasi. Anda boleh dapatkan add-ons yang membuat perbandingan harga, memaklumkan keadaan cuaca, mengubah penampilan Firefox, memainkan muzik, malah ada yang boleh mengemaskini profil Facebook anda. Kandungan artikel ini menjelaskan pelbagai jenis add-ons yang tersedia dan cara untuk anda cari dan memasangnya.

Apakah jenis add-ons yang saya boleh pasang?

Secara umum, ada tiga jenis add-ons:

  • Extensi
    Extensi berfungsi sebagai penambah atau pengubah ciri baru dalam Firefox. Ada ekstensi yang membolehkan anda menyekat iklan, memuat turun video dari laman web, mengintegrasikan Firefox dengan laman web Facebook atau Twitter, dan malah ada yang membolehkan anda menambahkan ciri dari pelayar lain.
  • Penampilan
    Ada dua jenis add-ons penampilan: tema lengkap, yang mengubah penampilan butang & menu, dan tema latar belakang, yang menghiaskan bar menu dan jalur tab dengan imej latar belakang.
  • Plugins
    Plugins berfungsi sebagai sokongan kepada semua jenis kandungan Internet. Ini biasanya termasuk format paten seperti Flash dan Silverlight, yang digunakan untuk video, audio, permainan dalam talian, pembentangan dan banyak lagi. Plugins dicipta dan diedarkan oleh syarikat lain.
    Sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Flash pada Mac 2017, apabila Firefox versi 52 dikeluarkan. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

    Bermula dengan Firefox versi 52, sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Adobe Flash. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

Untuk melihat add-ons yang anda sudah pasang:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan terbuka.
  2. Pilih panel Extensi, Penampilan atau Plugins untuk memaparkan add-ons.

Bagaimana untuk saya cari dan pasang add-ons?

Ini intisari untuk anda memulakan:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka.

  2. Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel Dapatkan Add-ons.
  3. Untuk malumat lanjut perihal Add-on atau Tema Sorotan, klik sahaja. Anda boleh klik butang hijau Tambah ke Firefox untuk memasangnya.
    • Anda juga boleh cari add-ons tertentu dengan menggunakan kotak carian pada bahagian atas halaman. Anda boleh pasang add-ons yang anda temukan dengan mengklik butang Pasang.
      Addon1 29 Win Addon2 29 Win Addon1 29 Mac Addon2 29 Mac Addon1 29 Lin Addon2 29 Lin
  4. Firefox akan memuat turun add-on berkenaan dan meminta anda mengesahkan bahawa anda mahu memasangnya.
  5. Klik Mula semula Sekarang, jika ada. Tab anda akan disimpan dan dipulihkan selepas mula semula.

Sesetengah ekstensi memasang butang dalam bar alatan selepas dipasang. Anda boleh buang atau alihkannya ke dalam menu, jika anda mahu - lihat Penyesuaian kawalan, butang dan bar alatan Firefox.

Jika anda mahu buang add-on, lihat Disable or remove Add-ons.

Ini intisari untuk anda memulakan:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka.

  2. Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel Dapatkan Add-ons.
  3. Untuk memasanga add-on sorotan, klik butang togol kelabu, yang akan bertukar menjadi hijau. Untuk menyahpasang add-on, klik sahaja butang togol itu sekali lagi.
    Fx48-GetAddons

Pada bahagian bawah halaman add-ons sorotan, ada butang Lebih banyak add-ons! yang anda boleh klik. Anda akan dibawa ke halaman addons.mozilla.org, tempat untuk anda cari add-ons tertentu.

Sesetengah ekstensi memasang butang dalam bar alatan selepas dipasang. Anda boleh buang atau alihkannya ke dalam menu, jika anda mahu - lihat Penyesuaian kawalan, butang dan bar alatan Firefox.

Jika anda mahu buang add-on, lihat Disable or remove Add-ons.

Pencarisilapan add-ons

Untuk maklumat menyelesaikan masalah dengan ekstensi, plugins atau tema, lihat artikel di bawah.

Masalah memasang dan menyahpasang add-ons

Masalah disebabkan oleh add-ons

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:dextro94, Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla