Penyesuaian kawalan, butang dan bar alatan Firefox

Butang menu new fx menu menyediakan akses mudah kepada ciri kegemaran anda dalam Firefox. Adakah anda suka dengan susunan piawai? Susunan ini mudah untuk disesuaikan. Ada ciri yang anda sentiasa gunakan? Tambahkan sahaja ke dalam bar alatan utama. Kami akan tunjukkan caranya.

Penyesuaian menu atau bar alatan

Anda boleh tukar item yang ada di dalam menu atau bar alatan.

  1. Klik butang menu new fx menu dan pilih Penyesuaian.
    • Satu tab khas akan dibuka, iaitu teempat untuk anda seret dan letakkan item ke dalam atau ke luar menu dan bar alatan. Anda boleh cuba apa-apa sahaja item yang anda suka. Anda juga boleh mulakan semula dengan mengklik butang Pulih Piawai pada bahagian bawah skrin.
    Customize Fx 29 Win8
  2. Apabila sudah siap, klik butang hijau Keluar Penyesuaian.
Nota: Ada banyak lagi butang tambahan yang anda boleh tambahkan ke dalam menu atau bar alatan. Untuk maklumat lanjutan, lihat Cari dan pasang add-ons untuk menambah ciri dalam Firefox.

Memaparkan bar Tajuk, Menu atau bar alatan Tandabuku

Untuk memaparkan dalam bar Tajuk:

  1. Klik butang menu new fx menu dan pilih Penyesuaian.
  2. Klik butang barBar Tajuk pada bahagian bawah kiri.
  3. Klik butang hijau Keluar Penyesuaian.

Untuk memaparkan dalam bar Menu atau bar alatan Tandabuku:

  1. Klik butang menu new fx menu dan pilih Penyesuaian.
  2. Klik menu juntai bawah Papar / Sorok Bar alatan pada bahagian bawah skrin dan pilih item yang anda mahu paparkan.
  3. Klik butang hijau Keluar Penyesuaian.

Memaparkan bar Tajuk atau bar alatan Tandabuku

Untuk memaparkan dalam bar Tajuk:

  1. Klik butang menu new fx menu dan pilih Penyesuaian.
  2. Klik butang barBar Tajuk pada bahagian bawah kiri.
  3. Klik butang hijau Keluar Penyesuaian.

Untuk memaparkan dalam bar alatan Tandabuku:

  • Klik menu Papar pada bahagian atas skrin, pergi ke bawah ke Bar alatan dan pilih Bar alatan Tandabuku.

Memaparkan bar Menu atau bar alatan Tandabuku

  1. Klik butang menu new fx menu dan pilih Penyesuaian.
  2. Klik menu juntai bawah Papar / Sorok Bar alatan pada bahagian bawah skrin dan pilih item yang anda mahu paparkan.
  3. Klik butang hijau Keluar Penyesuaian.

Ada masalah?

Cuba pulihkan butang dan bar alatan dengan mengklik butang Pulih Piawai semasa berada dalam mod penyesuaian. Jika masih tidak menyelesaikan masalah, cuba:

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla