Pasang Firefox dalam Windows

Maklumat Semakan
  • ID semakan: 2355
  • Dicipta:
  • Pencipta: Chris Ilias
  • Komen: remove content out of date warning on staging copy
  • Disemak: Tidak
  • Sedia untuk lokalisasi: Tidak
Sumber Semakan
Kandungan Semakan
Perhatian: Jika anda sedang menaikkan taraf Firefox dari versi yang lama, sila rujuk Manaikkan Taraf Firefox

Sebelum memasang Firefox, sila pastikan bahawa komputer anda memenuhi Keperluan Sistem.

Memasang Firefox pada Windows

Kunjungilah laman Muat Turun Firefox dalam sebarang browser (contohnya Microsoft Internet Explorer). Platform dan bahasa pada komputer anda akan dikesan secara automatik dan edisi Firefox yang paling sesuai akan dicadangkan. Jika anda ingin memuat turun Firefox dalam bahasa lain atau sistem operasi selain daripada yang dicadangkan, klik pada pilihan "Other Systems and Languages" untuk menyenaraikan semua pilihan yang wujud.

installingonwin-1-jpg80.jpg

Muat turunkan fail setup kepada komputer anda. Anda dinasihatkan supaya keluar dari program-program lain yang sedang berjalan pada komputer anda. Dwiklik pada fail untuk memulakan Wizard Pemasangan Firefox.

  • (Windows Vista) Jika anda menggunakan Windows Vista, anda mungkin menerima prompt dari User Account Control. Teruskan pemasangan dengan mengklik bebutang Continue.

Anda akan melihat skrin seperti berikut:

Klikkan butang Next untuk meneruskan pemasangan. Pilihan ini akan membawa anda ke skrin Setup Type (Jenis Pemasangan). Pilihan Standard setup dipilih secara automatik.


installingonwin-3-jpg63.jpg

Anda dicadangkan supaya menggunakan pilihan Standard setup. Pilihan in akan memasang Firefox dengan konfigurasi yang paling umum dan dapat berfungsi untuk kebanyakan pengguna. Untuk mendapat maklumat tentang pilihan Custom setup, sila rujuk Pemasangan custom Firefox pada Windows.

  • Tandakan Use Firefox as my default browser jika anda ingin menggunakan Firefox apabila anda membuka link dalam aplikasi mel, shortcut Internet atau dokumen HTML.

Klik Next.

Pemasangan (penyalinan fail ke dalam komputer anda) akan bermula. Ini boleh mengambil masa beberapa minit.

Apabila penyalinan fail selesai, anda boleh menutup Wizard pemasangan dengan mengklik butang Finish.


installingonwin-5-jpg63.jpg


Jika pilihan "Launch Firefox now" ditanda, Firefox akan dibuka buat kali pertama sebaik sahaja anda mengklik bebutang Finish.

Troubleshooting


Tahniah, anda telah berjaya memasang Firefox!