Pasang Firefox dalam Windows

Kandungan artikel ini menjelaskan cara memuat turun dan memasang Firefox untuk Windows.

This article only applies to Windows. For instructions to install Firefox on Mac, see Pasang Firefox dalam Mac.For instructions to install Firefox on Linux, see Pasang Firefox dalam Linux.

Sebelum memasang Firefox, lihat Keperluan Sistem Firefox untuk memastikan bahawa komputer anda memenuhi keperluan sistem operasi dan perkakasan yang disyorkan.

Jangan pasang Firefox menggunakan akaun Windows XP terhad. Untuk maklumat lanjut, lihat Microsoft's support article How to determine your user account type in Windows.

  1. Layari halaman muat turun Firefox ini dalam mana-mana pelayar, contohnya Microsoft Internet Explorer atau Microsoft Edge.

    again updated download Firefox
  2. Klik butang Muat turun Percuma untuk memuat turun pemasang Firefox. Halaman ini secara automatik akan mengesyorkan versi Firefox yang terbaik untuk anda. Satu lagi cara alternatif, gunakan pautan muat turun ini untuk versi terkini dalam Bahasa Inggeris (U.S.).
    Untuk pengguna mahir: Halaman muat turun Firefox yang dipautkan di atas akan secara automatik memilih versi Firefox yang terbaik untuk komputer anda dan menyediakan pemasang (stub) dalam talian. Jika anda mahu pemasang lengkap secara luar talian, atau mahu pilih bahasa dan sistem operasi, lawati Halaman Sistem & Bahasa. Anda juga boleh muat turun samada versi Firefox untuk Windows untuk sistem operasi (32-bit) atau 64-bit yang menggunakan Windows 7 dan ke atas, atau versi Firefox untuk Windows 64-bit (lihat post blog ini untuk butirannya). Pilihan yang tersedia dalam pemasang penuh secara luar talian ada dijelaskan dalam artikel ini.
    • Jika anda menggunakan Microsoft Internet Explorer atau Microsoft Edge, satu bar notifikasi akan muncul pada bahagian bawah halaman dengan pilihan samada anda mahu melaksanakan pemasang atau menyimpan fail dalam komputer anda. Klik Run untuk memulakan proses.
    Fx-RUN-IE11Win7
    • Dalam pelayar lain, anda mungkin perlu simpan dulu pemasang Firefox dalam komputer anda, kemudian baru buka fail tersebut.
      Nota: Jika anda lihat dialog Open File - Security Warning, klik Run.
    9adf3cab7ac5be01d856c9d1020aa0da-1263064820-505-2.jpg
  3. Kemudian, hanya klik Install (kami melaksanakan proses pemasangan selancar yang boleh).
    firefox stub installer
    Tahniah, pemasangan Firefox sudah siap!
  4. Dwi-klik ikon Firefox pada bila-bila masa anda mahu masuk ke dalam talian.
firefox icon

Ada masalah?

Berikut ini beberapa artikel yang kandungannya boleh membantu anda:

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More