Pasang Firefox dalam Mac

Kandungan artikel ini menjelaskan cara memuat turun dan memasang Firefox dalam Mac.

Nota: Kandungan artikel ini hanya sesuai untuk Mac. Untuk arahan memasang Firefox dalam Windows, lihat Pasang Firefox dalam Windows. Untuk arahan memasang Firefox dalam Linux, lihat Pasang Firefox dalam Linux.
Pastikan Mac anda memenuhi Keperluan Sistem untuk Firefox. Jika anda menggunakan versi OS X yang lama, lihat artikel ini untuk maklumat lanjut:

Pasang Firefox dalam Mac

  1. Layari halaman muat turun Firefox menggunakan pelayar lain (sebagai contoh, Apple Safari). Pelayar akan mengesan platform dan bahasa dalam komputer anda secara automatik, dan mengesyorkan versi Firefox yang terbaik untuk anda.
  2. Klik butang hijau untuk memuat turun Firefox.
    download page mac
  3. Apabila siap dimuat turun, fail (Firefox.dmg) akan terbuka sendiri dan memaparkan tetingkap Finder yang mengandungi aplikasi Firefox. Seret ikon Firefox ke atas folder Applications supaya disalin di dalamnya.
    fxmacinstall
    Nota: Jika anda tidak dapat melihat tetingkap ini, klik fail Firefox.dmg untuk membukanya.
    Mac Install 2
  4. Selepas meletakkan Firefox ke dalam folder Applications, tekan kekunci control sambil mengklik di dalam tetingkap dan pilih Eject "Firefox" di dalam menu.
    Mac Install 4
  5. Anda boleh letakkan Firefox di dalam dok supaya mudah diakses. Hanya buka folder Applications dan seret Firefox ke dalam dok.
    Add to Dock
    Firefox sudah bersedia untuk digunakan. Hanya klik ikon di dalam dok untuk melancarkannya.

Memulakan Firefox pada pertama kali

Apabila memulakan Firefox, anda akan menerima amaran bahawa anda memuat turun Firefox daripada Internet. Oleh kerana Firefox dimuat turun daripada sumber rasmi, anda boleh klik Open.

Firefox Downloaded Security Check Mac

Firefox masih belum menjadi pelayar piawai dan anda akan diingatkan akan hal ini. Ini bermakna jika anda buka pautan daripada aplikasi e-mel, pintasan Internet, atau dokumen HTML, pautan tersebut tidak akan dibuka dalam Firefox. Jika anda mahu Firefox yang membukanya, klik Use Firefox as my default browser untuk menetapkan Firefox sebagai pelayar piawai. Ataupun, jika anda mahu mencuba dulu Firefox, klik Not now.

Firefox as Default Browser Dialogue Mac

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More