Cara menukar Firedox 32-bit kepada 64-bit

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

This article only applies to Firefox on Windows.

Prestasi Firefox versi 64-bit lebih baik daripada versi 32-bit. Anda mahu bertukar ke Firefox versi 64-bit? Anda hanya perlu pasang versi 64-bit dan nyahpasanng versi 32-bit. Data pengguna Firefox anda (kata laluan, tandabuku, tetapan, ekstensi dan tema, dsb.) tidak akan dihapuskan.

  • Firefox versi 64-bit memerlukan Windows 7 atau ke atas versi 64-bit. Untuk menyemak samada anda menggunakan Windows versi 64-bit atau tidak, layari halaman bantuan Microsoft ini.
  • Pengguna Microsoft Office Outlook: Sebelum bertukar ke Firefox 64-bit, anda disyorkan untuk menggunakan Internet Explorer atau Microsoft Edge sebagai pelayar piawai buat sementara waktu. (Butirannya di bawah).

Ikuti langkah berikut untuk bertukar ke Firefox 64-bit:

  1. Pergi ke halaman muat turun Mozilla Firefox ini dan klik pautan muat turun Windows 64-bit.
    DownloadWin64-bit
  2. Lancarkan fail pemasangan yang sudah dimuat turun dan ikuti arahan memasang Firefox versi 64-bit.
  3. Tutup Firefox.
  4. Sekarang, masa untuk menyahpasang Firefox versi 32-bit. Buka menu Windows Start dan klik SettingsControl Panel. Buka panel SystemPrograms, kemudian pilih tab Apps & features Programs and Features panel.
  5. Skrol ke bawah senarai atur cara appsprograms sehingga anda jumpa item Mozilla Firefox yang namanya mengandungi x86. Pilih dan klik Uninstall.
  6. Ikuti arahan menu bestari Uninstall untuk melengkapkan menyahpasang Firefox versi 32-bit.

Pengguna Microsoft Office Outlook:

Sebelum bertukar ke Firefox 64-bit, anda disyorkan untuk menggunakan Internet Explorer atau Microsoft Edge. Ini penting untuk mengelakkan masalah membuka pautan mesej di dalam Outlook. Selepas semuanya selesai, anda boleh tukar semula pelayar piawai kepada Firefox. Untuk bantuan lanjut, lihat:

Jika anda tertinggal langkah ini dan mendapat ralat "This operation has been cancelled due to restrictions in effect on this computer. Please contact your system administrator.", baca artikel Microsoft Hyperlinks are not working in Outlook atau halaman berikut: This operation has been cancelled due to restrictions.

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More