Firefox menggunakan terlalu banyak memori (RAM) - cara menyelesaikannya

Kadangkala Firefox menggunakan terlalu banyak memori (RAM) daripada yang sepatutnya. Ini membuatkan Firefox menjadi perlahan dan ada kalanya ranap.

Memori yang digunakan oleh atur cara dipengaruhi pelbagai faktor, seperti kebocoran memori, konflik dengan atur cara pihak ketiga dan corak penggunaan. Kandungan artikel ini menjelaskan cara untuk mengurangkan memori yang digunakan oleh Firefox.

Kemaskini ke versi terkini

Versi terkini Firefox disertakan dengan penambahbaikan penggunaan memori. Kemaskini ke versi terkini.

Ekstensi dan tema

Menyahaktifkan extensi dan tema yang menggunakan memori

Ekstensi dan tema boleh menyebabkan Firefox menggunakan banyak memori daripada yang sepatutnya.

Untuk memastikan samada ekstensi atau tema yang menyebabkan Firefox menggunakan terlalu banyak memori, mulakan Firefox dalam Mod Selamat dan perhatikan penggunaan memori. Dalam mod selamat, extensi dan tema dinyahdayakan, jadi jika anda dapat melihat perubahan yang ketara, anda boleh nyahdayakan atau buang ekstensi tersebut.

Sorok kandungan yang mengganggu

Kebanyakan halaman web tidak perlukan penggunaan memori untuk memaparkan kandungannya (lihat bahagian plugin di bawah). Sesetengah ekstensi mengizinkan anda menyekat kandungan yang tidak diperlukan:

  • Flashblock mengizinkan anda mendayakan atau menyahdayakan kandungan Flash dalam laman web.
  • NoScript mengizinkan anda mendayakan atau menyahdayakan perlaksanaan semua skrip dalam laman web.

Plugins

Sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Flash pada Mac 2017, apabila Firefox versi 52 dikeluarkan. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

Bermula dengan Firefox versi 52, sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Adobe Flash. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

Plugins yang memaparkan kandungan jenis khas menggunakan jumlah memori yang besar terutamanya versi yang lebih lama. Pastikan anda sudah mendapatkan plugin versi yang terkini.

Menyahaktifkan plugin yang menggunakan memori

Anda boleh uji plugins yang menyebabkan Firefox menggunakan terlalu banyak memori dengan menyahaktifkan sebahagian daripadanya:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka.

  2. Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel Plugins.
  3. Klik pada plugin di dalam senarai untuk memilihnya, kemudian tekan Jangan Aktifkan untuk menyahaktifkannya.
  4. Ulang langkah yang sama pada beberapa plugins di dalam senarai.

Selepas menyahdayakan beberapa plugins, tutup dan mulakan semula Firefox, dan perhatikan penggunaan memori. jika tiada perubahan, anda boleh aktifkannya semula dan cuba yang lain pula.

Jika ada perubahan dalam penggunaan memori, anda boleh biarkan sahaja plugin berkenaan dinyahaktifkan. Jika anda terpaksa juga menggunakan plugin yang terlibat, cuba cari plugin alternatif.

Semak pecutan perkakasan Flash

Untuk plugin tertentu yang memainkan video seperti Flash, huraian kandungan dalam skrin penuh boleh dipecutkan oleh perkakasan. Pecutan boleh mengurangkan penggunaan memori dalam kad grafik yang dikhaskan.

  1. Pergi ke halaman yang ada paparan video Flash.
  2. Klik-kananTekan kekunci Ctrl sambil klik pada pemain video dan klik Settings… di dalam menu konteks. Skrin tetapan Adobe Flash Player akan dibuka.
  3. Klik ikon pada bahagian bawah kiri tetingkap tetapan Adobe Flash Player untuk membuka panel Display.
  4. Tandakan Enable hardware acceleration.
  5. Klik Close untuk menutup tetingkap tetapan Adobe Flash Player.

Semak pecutan perkakasan Firefox

Pecutan perkakasan Firefox mengurangkan penggunaan memori kad grafik yang dikhaskan.

Mulakan semula Firefox

Penggunaan memori oleh Firefox boleh bertambah jika dibiarkan terbuka untuk jangka masa yang panjang. Penyelesaiannya ialah mulakan semula Firefox secara berkala. Anda boleh mengkonfigurasi Firefox supaya menyimpan tab dan tetingkap supaya dibuka semula apabila anda mulakan semula Firefox. Lihat Restore previous session - Configure when Firefox shows your most recent tabs and windows untuk butiran lanjut.

Kurangkan tab

Firefox perlukan memori untuk menyimpan halaman web dalam setiap tab. Jika anda kerap ada lebih daripada 100 tab terbuka, pertimbangkan cara lain yang lebih mudah untuk mengekalkan halaman tersebut, seperti:

Aplikasi lain yang menggunakan memori

Melaksanakan terlalu banyak aplikasi sekali gus boleh menyebabkan komputer anda dan aplikasi menjadi perlahan. Dengan menutup aplikasi yang tidak digunakan akan mengurangkan penggunaan memori.

Alatan penyelesaian memori

  • Firefox:
    • Anda boleh menyelesaikan isu memori tertentu dari dalam halaman about:memory (sebagai contoh, isu disebabkan oleh laman web, ekstensi atau tema) dan kadangkala dengan menekan butang Minimumkan penggunaan memori boleh membantu mengurangkan penggunaan memori secara serta merta. Untuk panduan menggunakan about:memory, baca di sini: about:memory
    • RAMBack membolehkan anda menghapuskan banyak cache Firefox, dan membezakan antara mencipta cache dengan kebocoran cache.

      Walaupun anda bukan seorang pengaturcara C++, anda boleh tangani beberapa alatan dan panduan yang digunakan oleh pembangun Firefox untuk menyahpepijat kebocoran.
  • Sistem:
    • Paparkan memori yang sedang digunakan dengan menyemak Pengurus Tugasan. Layari How to use and troubleshoot issues with Windows Task Manager dalam laman sokongan Microsoft. Dalam artikel Microsoft ini, cari perenggan "How to monitor your computer's performance". Kandungannya menjelaskan perihal maklumat prestasi tab dan lain-lain.
  • Sistem:
    • Paparkan memori yang sedang digunakan dengan menyemak Pengurus Tugasan. Layari See details about your computer's performance using Task Manager dalam laman sokongan Microsoft. Dalam artikel Microsoft ini, cari perenggan "How to monitor your computer's performance". Kandungannya menjelaskan perihal maklumat prestasi tab dan lain-lain.
  • Sistem:
    • Paparkan memori yang sedang digunakan dengan menyemak Pengurus Tugasan. Layari Windows 8 Task Manager dalam laman sokongan Microsoft.

Tambah RAM dalam komputer

Jika semua usaha dalam bahagian di atas sudah dilaksanakan dan penggunaan memori masih hampir maksimum, mungkin sudah sampai masa untuk anda tambah memori dalam komputer. Harga RAM adalah murah dan akan meningkatkan prestasi.




Berdasarkan maklumat dalam Mengurangkan Penggunaan memori - Firefox (mozillaZine KB)

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More