Plugin Quicktime untuk memainkan audio dan video

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Flash pada Mac 2017, apabila Firefox versi 52 dikeluarkan. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

Bermula dengan Firefox versi 52, sokongan untuk semua plugin NPAPI telah ditamatkan kecuali untuk Adobe Flash. Lihat dokumen keserasian ini dan artikel ini untuk butiran lanjut.

QuickTime untuk Windows telah ditamatkan oleh Apple dan mengandungi isu keselamatan yang kritikal. Anda perlu nyahpasang aplikasi QuickTime jika anda sudah memasanganya. Plugin pelayar QuickTime telah disekat untuk perlindungan anda.

quicktime_logo.png Aplikasi QuickTime daripada Apple, Inc. disertakan dengan plugin pelayar yag membolehkan anda memainkan video dan media atas talian lain dalam pelayar Firefox. QuickTime turut disertakan dalam sistem Mac dan tersedia untuk Windows. Kandungan artikel ini menjelaskan cara menyemak samada QuickTime ada dipasang dan berfungsi, termasuk beberapa cadangan penyelesaian masalah berkaitan QuickTime.

Nota: QuickTime tidak tersedia untuk platform Linux, tapi Mplayer adalah pemain media Linux popular yang boleh memainkan media QuickTime. Untuk membolehkan Mplayer memainkan strim QuickTime dalam Firefox, anda perlu pasang dua atur cara, iaitu: gnome-mplayer dan gecko-mediaplayer. Edaran Linux mungkin ada memasukkan pakej ini yang sedia untuk dipasang.

Nota: Firefox versi 64-bit tidak mengiktiraf atau menyokong plugin ini.
Penting: plugin pelayar QuickTime tidak tersedia secara piawai dalam Mac OS X 10.11 (El Capitan), OS X 10.10 (Yosemite) dan OS X 10.9 (Mavericks). Sila lihat artikel sokongan Apple untuk mendapatkan penjelasan dan langkah menggunakan plugin ini dalam Firefox:
If your web browser says that it's missing the QuickTime plug-in.

Menguji QuickTime

Untuk menguji samada QuickTime sudah dipasang dan berfungsi, Untuk menguji samada plugin pelayar QuickTime berfungsi, layari halaman ini:

Jika video QuickTime boleh dimainkan, ini bermakna plugin QuickTime sudah dipasang dan diaktifkan.

Nota: Untuk melengkapkan ujian dalam sistem Windows, anda perlu aktifkan beberapa ciri Firefox supaya boleh berkomunikasi melalui Firewall Windows. Untuk mengaktifkan ciri ini, klik Nyahsekat apabila diminta oleh Firefox.

Memasang dan mengemaskini QuickTime

Untuk memasang QuickTime atau mengemaskini ke versi terkini:

Nota: Versi terkini QuickTime adalah untuk Windows 7 atau Vista. Jika dipasang dalam sistem pengoperasian Windows yang lain, mungkin tidak berfungsi dengan sempurna. Untuk maklumat lanjut perihal versi Quicktime semasa dan yang terdahulu, layari halaman muat turun Apple ini.
  1. Pergi ke halaman web muat turun Apple QuickTime.
  2. Muat turun fail pemasang QuickTime ke dalam komputer.
  3. Apabila muat turun sudah selesai, tutup Firefox.
  4. Cari fail yang dimuat turun tadi dan dwi-klik pada fail berkenaan untuk memulakan pemasangan QuickTime.

Bermula dengan QuickTime versi 7.7.9, plugin pelayar tidak lagi dipasang secara piawai, dan versi Quicktime yang terdahulu dalam komputer anda akan dibuang.

Jika anda pasang QuickTime 7.7.9 dan ke atas, anda perlu pilih pemasangan "Custom", bukannya "Typical", supaya anda boleh masukkan pilihan QuickTime Web Plug-in. Jika anda sudah pasang dan kemaskini QuickTime, anda boleh tambah plugin pelayar dengan mengikuti langkah berikut:

  1. Cari fail pemasang Quicktime yang anda sudah muat turun sebelum ini dan dwi-klik padanya. (Alternatif lain, buka Windows Control Panel, pilih Programs, kemudian Programs and Features, pilih QuickTime dalam senarai atur cara yang dipasang dan klik Change.)
  2. Dalam tetingkap "QuickTime for Windows" yang dibuka, pilih Modify.
    QT779installer-Modify
  3. Dalam tetingkap "QuickTime Product Features", pilih Optional QuickTime Features dan, dalam QuickTime Web Plug-in pilih, Entire feature will be installed on local hard drive.
    QT779installer-WebPlugin
  4. Klik butang Change.

Selepas siap pemasangan QuickTime, plugin pelayar akan dipasang. Jika anda lihat ralat pemasangan, tutup Firefox (jika terbuka) dan cuba lagi. Apabila anda buka semula Firefox, sepatutnya anda boleh lihat plugin QuickTime sudah disenaraikan dalam Pengurus Add-ons.

QuickTime sudah tersedia dipasang dan boleh dikemaskini menggunakan ciri Kemaskini Perisian Mac OS X.

Mengaktifkan atau menyahaktifkan plugin pelayar

Anda boleh menyahaktifkan atau mengaktifkan plugin pelayar dalam Pengurus Add-ons Firefox apabila QuickTime sudah dipasang.
Jika plugin pelayar tidak diaktifkan, ujian QuickTime dalam pautan di atas serta media QuickTime yang lain tidak akan boleh dimainkan, walaupun QuickTime sudah dipasang.
  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka.

  2. Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel Plugins.
  3. Dalam senarai plugin, pilih QuickTime Plug-in.
    • Jika anda mahu nyahaktifkan plugin, pilih Jangan sesekali Aktifkan dari dalam menu.
    • Jika anda mahu aktifkan semula, pilih Sentiasa Aktifkan dari dalam menu.

Tukar cara pengendalian media

Pautan fail media

Apabila anda klik pautan untuk memuat turun fail media yang boleh dikendalikan oleh plugin QuickTime, maka secara automatik pautan ini akan dibuka dalam Firefox. Anda boleh tukar tata laku ini dengan memilih tindakan muat turun lain dalam tetapan Aplikasi Firefox. Untuk maklumat lanjut, lihat Manage file types and download actions in Firefox.

Sisipan Media

Anda hanya boleh tukar jenis fail yang dikaitkan dengan QuickTime Player. Jenis media Internet yang dikendalikan oleh plugin pelayar akan diaktifkan secara piawai supaya menyokong semua jenis fail yang disokong dan tidak boleh dikonfigurasi semula.

Plugin QuickTime boleh memainkan jenis media tertentu secara piawai. Jika anda menghadapi masalah dengan kandungan yang disisipkan dalam halaman web, cuba konfigurasi semula plugin pelayar QuickTime:

  1. Buka QuickTime Player.
  2. Pada bahagian atas tetingkap QuickTime, pilih menu Edit, pilih Keutamaan, dan kemudian pilih QuickTime Preferences….
  3. Dalam tetingkap QuickTime Preferences, pilih tab Browser, dan kemudian klik MIME Settings….

    win-quicktimemimesettings.png
  4. Dalam tetingkap MIME Types, anda boleh tentukan format media yang dimainkan QuickTime dalam Firefox. Tetapan ini hanya boleh digunakan untuk fail sebaris; tidak boleh digunakan untuk fail yang dibuka menggunakan sistem pengoperasian.

Jenis MIME yang disyorkan

Audio

  • audio AIFF
  • audio uLaw/AU
  • MIDI
  • audio WAVE


MPEG

  • mediaMPEG
  • audio MPEG
  • media MPEG-4


MP3

  • audio MP3

Nyahpasangn QuickTime

Untuk maklumat lanjut cara menyahpasang QuickTime, lihat artikel Sokongan Apple berikut:



Berdasarkan maklumat dalam QuickTime (mozillaZine KB)

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More