Mengelak dan melaporkan penipuan sokongan teknikal Mozilla

Mozilla tidak mengenakan bayaran untuk muat turun, naik taraf atau sokongan teknikal, dan tidak mengendors mana-mana syarikat. Syarikat yang meminta bayaran dan maklumat peribadi untuk memasang, mengemaskini atau menyediakan sokongan teknikal untuk Firefox atau Thunderbird, adalah syarikat yang tiada kaitan dengan Mozilla dan perlu dielakkan.

Penipuan sokongan teknikal lazim

  • Amaran virus yang meminta anda membuat panggilan ke nombor tertentu, memuat turun perisian atau meminta izin untuk mengimbas virus.
  • Syarikat yang menggunakan jenama dan logo Mozilla yang meminta bayaran untuk memasang, membaiki dan mengemaskini Firefox atau Thunderbird.
  • Panggilan telefon oleh "wakil Mozilla" yang memaksa anda membuat bayaran kerana memberikan perkhidmatan atau akses kepada komputer anda.

Jika anda berhadapan dengan penipuan ini, rujuk di Federal Trade Commission (USA) atau Econsumer.gov (international).

Lindungi diri anda daripada penipuan

  • Layari laman rasmi Sokongan Mozilla (https://support.mozilla.org) atau sumber lain yang diktiraf untuk semua isu sokongan teknikal. Tidak ada syarikat sokongan teknikal yang diendors oleh Mozilla, dan jika ada syarikat lain yang menggunakan nama atau logo Mozilla yang mendakwa menjadi gabungan Mozilla, perlu dilaporkan di sini.
  • Mozilla tidak menawarkan sokongan teknikal melalui telefon. Jangan telefon atau beri maklumat kepada agen yang mendakwa mewakili Mozilla.

Laporkan penyalahgunaan cap dagangan

Bantu menghentikan penipuan. Jika anda terjumpa ada pihak yang menggunakan nama atau logo Firefox atau Thunderbird untuk mewakili Mozilla, hantarkan laporan penipuan.

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla