Cara menghapuskan cache dalam Firefox

Cache ialah storan sementara imej, skrip, dan beberapa bahagian lain laman web yang disimpan oleh Firefox supaya anda boleh melayarinya dengan lebih pantas. Anda boleh menghapuskan cache berkenaan dengan mengikuti langkah yang dijelaskan dalam artikel ini.

Buang cache

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Lanjutan.
  3. Klik tab Rangkaian.
  4. Dalam bahagian Cache Kandungan Web, klik Buang Sekarang.
    clear cache incontent
  5. Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.

Buang cache secara automatik

Anda boleh tetapkan Firefox supaya secara automatik akan menghapuskan cache apabila ditutup:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Privasi.
  3. Dalam bahagian Sejarah, tetapkan Firefox akan: ke Gunakan tetapan penyesuaian untuk sejarah.
  4. Pilih kotak Buang sejarah apabila Firefox ditutup.
    clearhistorywhenFXclosesfx42
  5. Selain Buang sejarah apabila Firefox ditutup, klik butang Tetapan…. Tetingkap untuk Menghapuskan Sejarah akan dibuka.
  6. Dalam tetingkap ini, tandakan disebelah Cache.
    SettingsForClearingHistoryFX42bd
  7. Klik OK untuk menutup tetingkap Tetapan Menghapuskan Sejarah.
  8. Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.

Panduan: Ada beberapa add-ons yang membolehkan anda menghapuskan cache dengan menggunakan ikon di dalam bar alatan. Layari Halaman Web Add-ons Mozilla untuk mengetahuinya.

Komuniti Mozilla tidak bertanggungjawab dan menyediakan sokongan untuk add-ons pihak ketiga. Sila hubungi terus pembangun add-on sekiranya anda perlukan bantuan.
// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla