Buang kuki untuk menghapuskan maklumat laman web yang disimpan dalam komputer anda

Kuki disimpan di dalam komputer oleh laman web yang anda layari dan mengandungi maklumat seperti keutamaan laman dan status log masuk. Kandungan artikel ini menjelaskan cara untuk mengaktifkan dan menyahaktifkan kuki dalam Firefox.

Buang kuki dalam halaman tertentu

Untuk menghapuskan kuki dalam laman:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Privasi.

  3. Tetapkan Firefox akan: ke Gunakan tetapan penyesuaian untuk sejarah.
    customhistory38
  4. Klik Papar Kuki.... Tetingkap Kuki akan dibuka.
    Privacy - show cookies - firefox 38
  5. Dalam medan Carian:, taip nama laman yang anda mahu buang kuki didalamnya. Kuki yang sepadan dengan carian anda akan dipaparkan.
  6. Pilih kuki yang anda mahu buang di dalam senarai dan klik Alih keluar yang dipilih.
    Privacy - show cookies - remove selected - firefox 38
    Panduan: Pilih satu kuki dahulu kemudian tekan Shift + End untuk memmilih semua kuki di dalam senarai.
  7. Klik Tutup untuk menutupClose tetingkap Kuki. Tutup halaman about:preferences.

Buang semua kuki

Untuk menghapuskan semua kuki di dalam komputer, buka tetingkap kuki seperti langkah di atas dengan menggunakan butang Alih keluar semua kuki, ataupun ikuti cara berikut:

  1. Klik butang menu New Fx Menu , pilih Sejarah, dan kemudian Buang Sejarah Terkini....
  2. Tetapkan Tempoh untuk menghapuskan ke Semua.
  3. Klik anak panah di sebelah Butiran untuk memaparkan senarai item sejarah.
  4. Pilih Kuki dan pastikan jangan tandakan item yang tidak mahu dibuang.
    ab963d736461b221f497eb33a7f09b1a-1260044801-604-2.png ab963d736461b221f497eb33a7f09b1a-1260044801-604-1.png
  5. Klik Buang Sekarang untuk menghapuskan kuki dan tutup tetingkap Buang Sejarah Terkini.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Beberapa orang budiman yang telah membantu menulis artikel ini: manxmensch. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.