Kandungan artikel ini berkaitan dengan versi terbaru Firefox untuk Android. Sila update to the latest version of Firefox for Android dahulu untuk menikmati ciri ini.
Ciri baris gilir tab membolehkan anda membuka pautan untuk dilayari nanti dengan Firefox tanpa menukar aplikasi. Firefox akan memuatkan pautan anda untuk dilayari supaya anda boleh terus menggunakan aplikasi lain tanpa gangguan.
Jadual Kandungan
Dayakan baris gilir tab
Baris gilir tab boleh didayakan dalam menu Tetapan:
- Tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) dan kemudian pilih (anda mungkin perlu tekan dulu ) .
- Pilih .
- Tanda kotak di sebelah .
Buka tab dalam latar belakang
Sebelum memulakan, jadikan Firefox sebagai pelayar piawai anda dalam Android.
Katakanlah anda mahu buka pautan dalam salah satu aplikasi anda, baris gilir tab ini akan membukanya dalam latar belakang tanpa menggangu anda. Ini caranya berfungsi:
- Dalam aplikasi lain (contoh: Hangouts atau E-mel), tekan pautan sehingga muncul satu menu.
- Tekan .
- Firefox akan membuka pautan itu dalam latar belakang. Satu notifikasi akan muncul pada bahagian bawah skrin dan dalam panel notifikasi anda. (Tekan Buka Sekarang pada bahagian bawah skrin untuk melayari halaman berkenaan dengan serta-merta, atau terus menggunakan aplikasi untuk membaris gilirkan lebih banyak tab.)
- Apabila anda sudah bersedia untuk melayari halaman berkenaan, tekan notifikasi dalam panel notifikasi anda.
- Firefox akan membuka semua pautan anda yang telah dimuatkan tadi.