Ikon menu Firefox tiada dalam Android - cara untuk mengakses menu

Dalam sesetengah peranti Android, ada butang menu yang dibina terus ke dalam peranti. Dalam hal ini, Firefox untuk Android menyorokkan ikon menu miliknya, android menu . Anda masih boleh mengakses menu Firefox dengan menekan butang menu peranti:

android menu hardware

Di manakah butang menu perkakasan?

Butang menu perkakasan biasanya terletak pada bahagian bawah peranti, di sebelah butang halaman utama, carian dan navigasi. Jenis butang mungkin berbeza penampilannya tapi masih nampak sama dengan butang menu di bawah.

hardware menu button 3
hardware menu 1
hardware 2
// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla