Amaran kata laluan tidak selamat dalam Firefox

Sila kemaskini versi Firefox anda untuk mendapatkan kemaskini ciri dan keselamatan terkini.

Firefox akan memaparkan ikon kunci garis-tembus merah red strikethrough icon di dalam bar alamat apabila halaman log masuk yang sedang anda layari itu tidak disambungkan dengan selamat. Ini untuk memaklumkan anda bahawa sekiranya anda masukkan kata laluan, kata laluan tersebut boleh dicuri oleh pengintip dan penyerang.

Bermula versi Firefox 52, anda juga akan dapat lihat mesej amaran ini apabila anda klik di dalam kotak log masuk untuk memasukkan nama pengguna atau kata laluan.

Fx52insecurePW

Nota: Apabila anda mula menaip maklumat log masuk anda, mesej amaran boleh menutup kotak entri kata laluan. Anda boleh tekan kekunci {untuk win,linux}{kekunci Enter}{/untuk}{untuk mac}{kekunci Return}{/untuk} selepas anda menaip nama pengguna anda (atau klik di luar kawasan kata laluan) untuk membuang amaran tersebut.

Apa yang saya boleh buat jika halaman log masuk tidak selamat?

Jika log masuk halaman kegemaran anda tidak selamat, anda boleh cuba cari samada wujud halaman versi yang selamat dengan menaip https:// sebelum url di dalam bar lokasi. Anda juga boleh cuba menghubungi pentadbir web laman tersebut dan minta mereka menyediakan sambungan yang selamat.

{nota}Tidak disyorkan: Anda juga boleh teruskan log masuk ke laman web itu walaupun sambungannya tidak selamat, tapi atas risiko anda sendiri. Jika anda buat begini, cuba gunakan kata laluan unik atau kata laluan yang anda tidak gunakan untuk laman penting yang lain.{/nota}

Perihal halaman tidak selamat

Halaman yang perlu menghantar maklumat peribadi seperti kad kredit, maklumat peribadi dan kata laluan, memerlukan sambungan yang selamat untuk mencegah penyerang daripada mencuri maklumat anda. (Panduan: Sambungan yang selamat akan ada "HTTPS" di dalam bar alamat, bersama ikon kunci hijau.)

Halaman yang tidak menghantar maklumat peribadi boleh disambung tanpa ekripsi (HTTP). Anda dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi, seperti kata laluan, dalam halaman web yang memaparkan HTTP di dalam bar alamat. Maklumat yang anda masukkan boleh dicuri melalui sambungan yang tidak selamat ini.

Nota untuk pembangun

Kepada pembangun yang mahu ketahui selanjutnya perihal amaran ini, sila lihat halaman ini.. Kandungan halaman ini menjelaskan bila dan kenapa Firefox memaparkan amaran tersebut, dan turut menyediakan beberapa butiran untuk membaiki isu tersebut. Untuk maklumat lanjut, lihat post blog ini dan dokumen Keserasian Laman ini.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More