Pembaharuan dalam Firefox untuk iOS versi 8

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Helo, selamat berjumpa lagi! Dalam versi baru Firefox ini, anda akan temui ciri baru yang membuatkan pengalaman pelayaran anda lebih baik. Maklumkan kami pendapat anda dan bantu kami memperbaiki Firefox.

Mod Malam

Suka membaca waktu malam? Dengan hanya beberapa klik, anda boleh mengaktifkan Mod Malam untuk mendapatkan pencahayaan yang selesa untuk mata anda. Lihat Night Mode in Firefox for iOS.

Pembaca Kod QR

Imbas kod QR dengn tepat dalam Firefox – tanpa perlu aplikasi tambahan! Hanya tekan butang di dalam menu dan Firefox akan membaca kod QR menggunakan kamera anda. Lihat Scan QR codes in Firefox for iOS untuk ketahui cara mengimbas.

Pintasan Tandabuku

Buka, buang atau pin tandabuku laman secara terus dari dalam menu tandabuku, dengan hanya menekan lama-lama pada pautan. Sungguh mudah, bukan?

bookmark shortcuts ios

Pengalaman Tab Baru

Kami sedang melaksanakan ujian baru untuk memaparkan laman terkini yang anda layari serta serlahan pelayaran anda yang dahulu apabila anda membuka tab baru. Jika anda tidak dapat ciri ini, jangan risau. Kami akan menyediakannya untuk semua pengguna apabila ujian ini sudah lengkap. Jika anda dapat ciri ini, anda memang bertuah. Maklumkan kami pendapat anda.

Kami sedia mendengar!

Kami juga telah selesaikan beberapa isu dan memperbaiki beberapa ciri untuk membuatkan Firefox semakin bagus. Untuk maklumat lanjut, lihat Nota kelauran Versi 8.

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More