Apakah Firefox Focus untuk Android?

Berada di Jerman, Austria atau Switzerland? Klar by Firefox ialah versi Firefox Focus dalam bahasa Jerman. Lihat I can't find Firefox Focus in Germany, Austria or Switzerland.

Firefox Focus menyediakan anda pelayar privasi khusus dengan perlindungan penjejakan dan menyekat kandungan dalam telefon atau tablet Android.

Pasang Firefox Focus

Firefox Focus boleh didapatkan dari Google Play secara percuma. Apabila sudah dimuat turun, cari ikon dalam halaman utama atau laci app anda.

Gunakan Firefox Focus sebagai pelayar

Gunakan Firefox Focus sebagai pelayar khusus untuk privasi dan keselamatan anda. Firefox Focus menghapuskan sejarah pelayaran, kata laluan dan kuki secara automatik serta menghalang iklan yang tidak diingini daripada mengikuti anda.

  1. Bila-bila sahaja anda mahu rasai pengalaman-bebas-penjejak, gunakanlah Firefox Focus. Firefox Focus mudah untuk digunakan. Hanya masukkan carian atau alamat laman web di dalam medan:
    focus android
  2. Untuk berkongsi halaman atau membukanya dalam Firefox biasa pelayar lain, tekan butang menu pada bahagian atas kanan dan pilih: Kongsi, Buka dengan Firefox untuk membuka halaman dalam Firefox biasa, atau Buka dengan... untuk membuka halaman dalam pelayar lain.
  3. Buang semua maklumat sesi anda pada bila-bila masa dengan menekan butang Buang: trash focus

Menyesuaikan tetapan perlindungan Firefox Focus

Sesuaikan tahap sekatan kandungan dan perlindungan penjejakan yang anda mahu. Enjin carian piawai: untuk menukar carian piawai anda, lihat Tukar enjin carian piawai anda dalam Firefox Focus untuk Android

  1. Buka Firefox Focus.
  2. Tekan butang menu pada bahagian atas kanan.
  3. Tekan Tetapan.
  4. Tekan suis di sebelah setiap ciri untuk diaktifkan atau dinyahaktifkan.
  5. Tekan butang undur atau tutup Firefox Focus. Firefox Focus akan menyimpan tetapan anda secara automatik.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More