Menggunakan Tab dalam Firefox untuk Android

Anda boleh mencipta dan menguruskan berbilang tab dengan mudah dalam Firefox untuk Android. Kandungan artikel ini ada menunjukkan cara untuk melaksanakannya.

Di mana tab saya?

Untuk melihat tab anda dalam Firefox untuk Android:

  1. Ikon tab bernombor pada bahagian kanan bucu atas skrin menunjukkan bilangan tab yang telah anda buka. Tekan untuk melihat semua tab berkenaan.
    Android Numeric Tab Icon phone 480 2
  2. Firefox memaparkan tab terbuka sebagai imej kecil (untuk tablet, senarai ini ada pada bahagian atas dalam mod potret dan pada bahagian kiri dalam mod lanskap). Layari tab dengan menekan padanya.
    fennec 44 tab list
  3. Untuk menutup tab, tekan pada X di sebelahnya.
Untuk Firefox untuk tablet, lihat Memulakan pelayar Firefox untuk Android dalam tablet.

"Tukar ke tab" menggunakan carian

Tekan bar tajuk dan masukkan teks. Jika anda taip sesuatu yang sepadan dengan tab yang terbuka, Firefox akan memaparkan pilihan "Tukar ke tab" dalam auto-cadangan. Dengan menekan "Tukar ke tab", anda akan terus ke tab sedia ada dan tidak perlu membuka tab yang baru.

Android switch to tab jelly bean 480 wide

Menyusun semula tab

Anda boleh susun semula tab dalam Firefox supaya lebih mudah dilihat. Untuk melakukannya, tekan dan tahan tab, dan seret ke tempat yang anda suka.

Apa caranya untuk buka tab?

Buka tab kosong

  1. Tekan ikon tab untuk memaparkan panel.
    numeric tab
  2. Tekan + (the plus sign) pada babagian bucu kanan skrin (bahagian bucu bawah kiri untuk tablet dalam mod lanskap) untuk membuka tab baru.
    new tabm36 new tab
  3. Tab baru ini akan memuatkan Skrin serta senarai laman Teratas, Tandabuku dan Sejarah anda. Anda boleh pilih pilihan dalam skrin halaman utama ini atau mulakan carian baru atau taip URL.
Untuk Firefox untuk tablet, lihat Memulakan pelayar Firefox untuk Android dalam tablet.

Buka pautan dalam tab baru

  1. Untuk membuka pautan dalam tab baru, tekan lama-lama pada pautan untuk membuka menu konteks.
  2. Dalam menu konteks, tekan Buka Pautan dalam Tab Baru, atau Buka Tab dalam Tab Peribadi jika anda tidak mahu sejarah laman itu disimpan oleh Firefox.
    opentab m36
  3. Untuk bertukar ke tab baru dengan pantas, tekan pilihan Tukar yang muncul serta-merta selepas anda buka tab baru.
    switch tab 33

Tab Peribadi

Tukar ke mod Pelayaran peribadi jika anda tidak mahu sejarah pelayaran atau carian anda disimpan oleh Firefox. Tekan ikon tab pada bahagian atas skrin, kemudian tekan ikon topeng.

m36 private browsing

Di sini anda boleh lihat senarai tab yang anda buka dalam mod Pelayaran peribadi, atau buka tab peribadi baru dengan ikon campur private plus.

Untuk Firefox untuk tablet, lihat Memulakan pelayar Firefox untuk Android dalam tablet.

Apa caranya untuk berkongsi tab?

Firefox Sync membolehkan anda membuka tab yang dikongsikan dengan peranti anda yang lain.

Mendapatkan tab yang diselaraskan dalam peranti Android anda

Jika anda ada tab yang dibuka dalam peranti lain, anda boleh mengaksesnya dalam skrin halaman utama anda:

  1. Tekan dalam bar alamat untuk menyerlahkan skrin halaman utama.
  2. Skrol ke kiri hingga anda dapat lihat panel Tab Sync:
    m36 sync tabs
  3. Anda akan lihat tab yang dibuka dalam senarai yang dihimpun mengikut peranti.

Jika anda ada tab yang dibuka dalam peranti lain, anda boleh mengaksesnya dalam skrin halaman utama anda:

  1. Tekan dalam bar alamat untuk menyerlahkan skrin halaman utama.
  2. Skrol ke panel Sejarah untuk melihat Tab Sync:
    synced tabs history 50
Tablet Android: Tab sync akan dihimpunkan pada bahagian kiri bar sisi.
Panduan: Seret skrin Sync ke bawah untuk memuat semula tab sync secara manual.

Hantar tab daripada peranti Android anda

Jika anda ada tab yang dibuka dalam peranti Android, anda boleh guna ciri Hantar ke peranti lain untuk membuka tab itu dalam komputer:

  1. Tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) dan kemudian butang kongsi android share (anda mungkin perlu tekan dulu Lanjutan ) .
  2. Pilih Hantar ke peranti lain dalam menu juntai bawah.
    android send to devices
  3. Pilih peranti yang anda mahu hantarkan halaman tersebut, dan kemudian tekan Hantar.
  4. Tab itu akan dimuatkan ke dalam peranti anda yang lain selepas anda laksanakan sync (biasanya lebih kurang satu minit). Jika anda sudah hantar tab ke komputer desktop atau komputer riba dan mahu memuatkan tab tersebut terlebih dahulu, pergi ke menu Alatan dan pilih Sync Sekarang.
Anda perlu daftar masuk ke Akaun Firefox untuk menggunakan ciri ini.

Apa caranya untuk tutup tab?

Lihat senarai tab anda dan tekan X di sebelah tab yang anda mahu tutup.

Untuk Firefox untuk tablet, lihat Memulakan pelayar Firefox untuk Android dalam tablet.

Jika anda tertutup tab secara tidak sengaja, jangan risau! Anda boleh pulihkan tab terakhir dengan menekan cepat-cepat pilihan Batal yang muncul sekejap sahaja sejepas anda tutup tab tab.

undo close tab m3644 close tab

Tutup semua tab terbuka

Untuk menutup semua tab terbuka, tekan ikon senarai tab, kemudian tekan utang menu Template "androidmenulocation" tidak wujud atau tiada semakan yang diluluskan., kemudian Tutup Semua All Tab.

close all tabs androidm36 close all tabs

Papar dan buka semula tab yang ditutup

Untuk melihat senarai tab yang baru sahaja anda tutup, kembali ke Skrin Utama (jika belum dalam skrin berkenaan, tekan bar URL bar) dan sapu ke kanan hingga anda dapat lihat panel Tab Terkini. Di sini, anda boleh tinjau dan buka semula tab individu atau keseluruhan sesi:

recent tabs android

Untuk melihat senarai tab yang baru sahaja anda tutup, kembali ke Skrin Utama (jika belum dalam skrin berkenaan, tekan bar URL bar) dan sapu ke kanan hingga anda dapat lihat panel Tab Terkini. Di sini, anda boleh tinjau dan buka semula tab individu atau keseluruhan sesi:

recently closed tabs 50 android

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More