Jadikan Firefox Focus sebagai pelayar piawai dalam Android

Maklumat Semakan
  • ID semakan: 142748
  • Dicipta:
  • Pencipta: Othman Wagiman
  • Komen: Firefox Focus pelayar piawai dalam Android
  • Disemak: Ya
  • Disemak:
  • Disemak oleh: manxmensch
  • Diluluskan? Ya
  • Semakan semasa? Ya
  • Sedia untuk lokalisasi: Tidak
Sumber Semakan
Kandungan Semakan

Tetapkan Firefox Focus sebagai pelayar piawai jika anda mahu menggunakannya untuk membuka pautan secara piawai. Ini cara untuk melakukannya:

  1. Dalam menu Settings telefon anda, tekan Apps.
  2. Tekan ikon gear (biasanya pada bahagian atas kanan skrin).
  3. Tekan Default Apps.
  4. Tekan Browser app untuk membuka senarai pilihan.
  5. Tekan Firefox Focus.

Versi Android yang lebih lama

Langkah 1: Buang pelayar semasa yang digunakan untuk membuka pautan

  1. Buka Settings dan tekan Apps. (Dalam sesetengah versi Android, butang ini dilabel sebagai "Applications" dan anda perlu tekan Manage applications sebelum langkah berikut.)
  2. Tekan tab All.
    Android ICS Manage Apps - Cropped just showing stock
  3. Tekan pelayar semasa yang digunakan untuk membuka pautan. Biasanya pelayar piawai yang dipanggil "Browser" atau "Internet".
  4. Tekan Clear defaults untuk menghalang pelayar ini membuka pautan secara piawai. Jika "Clear defaults" berwarna kelabu, ini samada anda masih belum pasang pelayar lain atau anda telah pasang pelayar, seperti Opera, yang menetapkan sendiri sebagai pelayar piawai. Jika anda sudah pasang pelayar lain, undur ke langkah sebelum ini dan ulang dengan pelayar piawai.
    Android ICS Clear defaults - Cropped

Langkah 2: Tetapkan Firefox Focus sebagai pelayar piawai untuk membuka pautan

  1. Buka satu pautan dalam aplikasi Android, seperti aplikasi E-Mel.
  2. Tekan Firefox Focus dan kemudian tekan Always.