Apa yang dimaksudkan dengan "Sambungan anda tidak selamat"?

Kandungan artikel ini mungkin lapuk.

Perubahan penting telah dibuat dalam kandungan artikel Bahasa Inggeris yang menjadi sumber terjemahannya. Oleh kerana kandungan halaman ini masih belum dikemas kini, kandungan artikel ini mungkin boleh membantu anda: What does "Your connection is not secure" mean?

Apabila disambungkan ke laman web yang selamat (URL bermula dengan "https://"), Firefox mesti mengesahkan sijil yang disediakan oleh laman web itu adalah sah dan enkripsinya cukup kuat untuk melindungi privasi anda. Jika sijil tidak dapat disahkan atau enkripsinya tidak cukup kuat, Firefox akan menghentikan sambungan ke laman web tersebut dan memaparkan halaman ralat.

Dalam sesetengah laman web, ada pilihan untuk melaporkan ralat sambungan keselamatan ini ke Mozilla bagi tujuan statistik:

report tls error

Untuk menyelesaikan masalah sambungan selamat dengan mesej ralat Secure Connection Failed, lihat Artikel Troubleshoot the "Secure Connection Failed" error message.

Apabila disambungkan ke laman web yang selamat (URL bermula dengan "https://"), Firefox perlu mengesahkan bahawa sijil yang disediakan oleh laman web itu adalah sah dan enkripsinya cukup kuat untuk melindungi privasi anda. Jika sijil tidak dapat disahkan atau enkripsinya tidak cukup kuat, Firefox akan menghentikan sambungan ke laman web tersebut dan memaparkan halaman ralat.

Fx44 Insecure Connection

Apa anda perlu buat apabila terjumpa ralat ini?

Jika terjumpa mesej ralat ini, jika boleh, anda perlu menghubungi pemilik laman web dan memaklumkan mereka perihal ralat tersebut. Anda disyorkan supaya menunggu sehingga laman web ini dibaiki sebelum kembali melayarinya. Perkara paling selamat ialah klik Undur, atau lawati laman web yang lain. Kecuali anda tahu dan faham alasan teknikal kenapa laman web itu menyediakan identiti yang tidak betul, dan anda sedia mengambil risiko berkomunikasi melalui sambungan yang terdedah kepada pengintip, anda tidak sewajarnya meneruskan melayari laman web berkenaan.

Maklumat Teknikal

Klik Lanjutan untuk maklumat lanjut perihal kenapa sambungan tidak selamat. Beberapa ralat lazim ada dijelaskan di bawah:

Sijil tidak akan sah sehingga (tarikh)

The certificate will not be valid until date (...)

Error code: SEC_ERROR_EXPIRED_ISSUER_CERTIFICATE

Teks ralat juga akan memaparkan tarikh dan masa semasa sistem anda. Jika masa sistem anda tidak betul, set jam sistem anda mengikut tarikh dan masa sekarang (dwi-klik ikon jam pada Windows Taskbar) untuk mengatasi masalah ini. Butiran lanjut boleh didapatkan dalam artikel sokongan Troubleshoot the "Secure Connection Failed" error message

Sijil ini luput pada (tarikh)

The certificate expired on date (...)

Error code: SEC_ERROR_EXPIRED_CERTIFICATE

Ralat ini terjadi apabila sijil identiti laman web sudah luput.

Teks ralat juga akan memaparkan tarikh dan masa semasa sistem anda. Jika masa sistem anda tidak betul, set jam sistem anda mengikut tarikh dan masa sekarang (dwi-klik ikon jam pada Windows Taskbar) untuk megatasi masalah ini. Butiran lanjut ada disediakan dalam artikel sokongan Cara menyelesaikan ralat berkaitan masa dalam laman web yang selamat.

Sijil tidak dipercayai kerana pengeluar sijil tidak diketahui

The certificate is not trusted because the issuer certificate is unknown.
The server might not be sending the appropriate intermediate certificates.
An additional root certificate may need to be imported.

Error code: SEC_ERROR_UNKNOWN_ISSUER

Anda mungkin telah mendayakan pengimbasan SSL dalam perisian keselamatan seperti Avast, Bitdefender, ESET atau Kaspersky. Cuba nyahdayakan pilihan ini. Butiran lanjut ada disediakan dalam artikel sokongan Cara menyelesaikan kod ralat "SEC_ERROR_UNKNOWN_ISSUER" dalam laman web yang selamat.

Anda mungkin juga dapat melihat mesej ralat ini dalam laman utama seperti Google, Facebook, YouTube dan sebagainya dalam Windows apabila akaun pengguna disekat oleh tetapan keluarga Microsoft. Untuk menyahaktifkan tetapan pengguna tertentu, lihat artikel sokongan Microsoft How do I turn off family features?.

Sijil ini tidak dipercayai kerana ditandatangani-sendiri

The certificate is not trusted because it is self-signed.

Error code: SEC_ERROR_UNKNOWN_ISSUER

Sijil ditandatangani-sendiri melindungi data anda selamat daripada pengintip, tapi tidak memaklumkan siapa penerima data tersebut. Ini biasanya untuk laman web intranet yang tidak dibuka kepada umum dan anda boleh pintas amaran laman web tersebut.

Sijil hanya sah untuk (nama laman)

example.com uses an invalid security certificate.

The certificate is only valid for the following names: www.example.com, *.example.com

Error code: SSL_ERROR_BAD_CERT_DOMAIN

Ralat ini memaklumkan anda bahawa pengenalan yang dihantar kepada anda oleh laman ini sebenarnya untuk laman lain. walaupun maklumat yang anda hantar selamat daripada pengintip, penerimanya mungkin tidak seperti yang anda sangka.

Situasi yang lazim ialah apabila sijil ini sebenarnya untuk bahagian lain dalam laman yang sama. Sebagai contoh, anda mungkin melayari https://example.com, tapi sijil ini untuk https://www.example.com. Dalam hal ini, jika anda akses https://www.example.com secara terus, anda sepatutnya tidak akan menerima amaran berkenaan.

Storan sijil rosak

Anda mungkin juga dapat melihat mesej ralat apabila fail dalam folder profil anda yang menyimpan sijil anda (cert8.db) rosak. Cuba buang fail ini semasa Firefox ditutup untuk menjanakannya semula:

Nota: Anda hanya perlu laksanakan langkah ini sebagai ikhtiar terakhir, selepas semua langkah penyelesaian lain telah gagal.
  1. Buka profil folder anda:

    Klik menu butang New Fx Menu , klik bantuan Help-29 dan pilih Maklumat Pencarisilapan. Tab maklumat pencarisilapan akan dibuka.

  2. Dalam bahagian Asas Aplikasi, klik Papar FolderBuka FolderShow in FinderOpen Directory. Tetingkap fail profil anda akan dibuka folder.
  3. Nota: Jika anda tidak dapat membuka atau menggunakan Firefox, ikuti arahan dalam Mencari profil anda tanpa membuka Firefox.

  4. Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik KeluarQuit Close 29 .
  5. Klik fail dengan nama cert8.db.
  6. Tekan command+Delete.
  7. Mulakan semula Firefox.
Nota:cert8.db akan dicipta semula apabila anda memulakan semula Firefox. Ini normal.

Memintas amaran

Anda boleh pintas amaran ini jika anda yakin dengan identiti laman web dan integriti sambungan anda - walaupun anda percaya laman web berkenaan, seseorang boleh menceroboh sambungan anda. Data yang anda masukkan ke dalam laman melalui sambungan enkripsi yang lemah itu juga boleh terdedah kepada pengintip.

Untuk memintas halaman amaran, klik Lanjutan:

  • Dalam laman dengan enkripsi yang lemah, anda akan diberi pilihan untuk memuat laman menggunakan keselamatan yang lapuk.
  • Dalam laman dengan sijil yang tidak disahkan, anda mungkin diberi pilihan untuk menambah pengecualian.
Laman umum yang sah tidak akan meminta anda menambah pengecualian untuk sijil mereka - dalam hal ini, sijil yang tidak sah boleh menjadi petanda bahawa halaman web itu boleh memperdayakan anda atau mencuri identiti anda.

Melaporkan Ralat

Sesetengah laman web ada menyediakan pilihan untuk anda melaporkan ralat ke Mozilla bagi tujuan statistik:

Fx45 Report SSL Errors

Artikel ini, sama seperti semua sokongan Firefox, sebahagian besar adalah hasil sumbangan sukarelawan, yang bangga mengekalkan Mozilla sebagai organisasi sumber terbuka yang bebas. Teruskan melayar secara percuma!

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Beberapa orang budiman yang telah membantu menulis artikel ini: manxmensch. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.