Ujian Perintis - cuba ciri eksperimen Firefox

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Ujian Peeintis ialah taman permainan bagi peminat kembara yang membantu meninovasikan Firefox. Cubalah ciri eksperimen Firefox sebelum dikeluarkan kepada umum. Ujilah sehingga ranap. Maklumkan kami cara untuk meningkatkannya. Bantu kami menyediakan ciri yang bakal dikongsikan dengan pengguna di serata dunia.

Anda sudah bersedia? Ayuh, mari mulakan!

Pasang Ujian Perintis

Apa yang perlu anda lakukan ialah mendaftar dalam Akaun Firefox dan pasang add-on Ujian Perintis di dalam halaman Ujian Perintis. Anda tidak perlu memulakan semula pelayar. Semua langkahnya sudah kami sediakan di bawah.

  1. Pergi ke https://testpilot.firefox.com/.
  2. Anda perlu ada Akaun Firefox untuk memasang Ujian Perintis. Masih belum ada akaun? Ikuti langkah ini untuk mendaftar. Klik “Memulakan Akaun Firefox”.
  3. Daftar masuk ke Akaun Firefox (jika anda sudah ada akaun) atau cipta akaun baru dengan mengklik “Mendaftar”. Jika anda mencipta akaun baru, semak peti masuk untuk mengesahkan e-mel.
  4. Selepas mendaftar masuk, klik Pasang Ujian Perintis.
    install test pilot addon
  5. Klik Izinkan di dalam notifikasi untuk memaklumkan Firefox bahawa anda bersetuju untuk memasang add-on ini.
    test pilot allow
  6. Klik Pasang.
    install test pilot button
  7. Firefox akan memaparkan mesej bahawa Ujian Perintis sudah berjaya dipasang. Nampak ikon kapal angkasa di dalam bar alatan? Ini bermakna anda sudah bersedia untuk beraksi. Klik ikon ini untuk melihat eksperimem yang aktif, serta pilihan untuk melihat semua eksperimen.
    test pilot active experiments
Kenapa saya dapat eksperimen yang berbeza? Eksperimen yang disenaraikan mungkin berbeza daripada yang anda lihat. Kami sentiasa menguji perkara baru.

Mengaktifkan dan menyahaktifkan eksperimen

Pilih eksperimen yang ada pada bahagian bawah halaman Ujian Perintis. Jika ada yang anda minat, klik “Memulakan” untuk melihat butirannya.

  1. Apabila anda mahu mencuba eksperimen, klik butang “Dayakan” untuk mengaktifkannya.
  2. Untuk menghentikan eksperimen, klik butang “Nyahdayakan”.

Beri maklum balas

Selepas anda menguji sesuatu ciri, berikan pendapat anda. Ujian Perintis akan mengadakan kaji selidik secara berkala untuk mendapatkan maklum balas supaya dapat memperbaiki sesuatu ciri. Jika anda mahu memberikan maklum balas pada bila-bila masa, klik butang Beri Maklum balas. Maklumkan kami segalanya!

Bahasa

Buat masa sekarang, walaupun Ujian Perintis tersedia di seluruh dunia, tapi hanya dalam Bahasa Inggeris.

Menamatkan Ujian Perintis

Anda boleh tamatkan eksperimen dan menyahpasang Ujian Perintis pada bila-bila masa. Klik ikon … pada bahagian bucu atas kanan halaman dan klik Tamatkan Ujian Perintis.

  1. Test Pilot menu
  2. Anda akan dapat mesej untu pengesahan. Jika anda bertukar fikiran, klik “Batal”! Jika pasti mahu menamatkan, klik “Teruskan”. Eksperimen anda akan dinyahaktifkan.

Privasi anda

Kami percaya akan ketelusan. Anda boleh baca lebih lanjut dalam Polisi Privasi Ujian Perintis untuk memahami perihal data yang dikumpulkan dalam Ujian Perintis dan cara data tersebut digunakan.

Setiap Ujian Perintis ada polisi privasi sendiri. Anda boleh mencarinya dalam jalur sebelah kiri setiap halaman utama ujian perintis. Anda juga boleh klik pautan Privasi Anda di sebelah butang “Dayakan”.

enable activity stream
Sampel polisi privasi:
sample privacy test pilot

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More