Pasang plugin Flash untuk menonton video, animasi dan permainan

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Adobe Flash Player ialah plugin yang membolehkan pelayar seperti Firefox, untuk memaparkan media Flash dalam halaman web. Flash kerap digunakan untuk animasi, video dan permainan. Kandungan artikel ini menjelaskan cara memasang Flash.

Apabila anda melayari halaman web yang menggunakan Flash tapi tiada plugin, anda akan lihat mesej "plugin diperlukan untuk memaparkan kandungan ini" dalam bahagian halaman yang memerlukan Flash (jika semua):

flash required fx35

Ikuti langkah ini untuk memasang plugin Flash Player yang terkini.

Memasang plugin Flash secara manual

  1. Pergi ke halaman muat turun Adobe Flash Player dan muat turun pemasang Flash.
    Amaran: Halaman muat turun Adobe mungkin memaparkan kotak semakan muat turun perisian tambahan (seperti Google Chrome atau McAfee Security Scan) yang ditandakan secara piawai. Jika anda tidak buang tanda dalam kotak semakan ini sebelum memuat turun, perisian tersebut akan dipasang dalam komputer apabila anda buka pemasang Flash.
  2. Setelah siap memuat turun, tutup Firefox. Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik KeluarQuit Close 29.
  3. Buka fail pemasang Flash yang anda muat turun tadi dan ikuti arahannya.
Nota: Jika ada masalah dengan pemasang Flash yang dimuat turun dari halaman Adobe, anda boleh gunakan pautan pemasang Flash Player ini untuk memuat turun pemasang lengkap secara terus.
  1. Pergi ke halaman muat turun Adobe Flash Player dan muat turun pemasang Flash.
  2. Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik KeluarQuit Close 29.
  3. Buka fail yang dimuat turun (iaitu, install_flash_player_osx_intel.dmg).
  4. Dalam Finder, buka Install Adobe Flash Player.app untuk melancarkan pemasang, kemudian ikuti arahan.
  1. Pergi ke halaman muat turun Adobe Flash Player.
  2. Apabila penggesa muncul, simpan fail (iaitu, install_flash_player_"version"_linux."processor".tar.gz).
  3. Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik KeluarQuit Close 29.
  4. Buka tetingkap Terminal (dalam Gnome, klik menu Applications, pilih Accessories, dan kemudian pilih Terminal.)
  5. Dalam tetingkap Terminal, tukar direktori tempat anda muat turun fail (contoh, cd /home/user/Downloads).
  6. Ekstrak libflashplayer.so dari fail yang dimuat turun dengan arahan tar -zxvf install_flash_player_"version"_linux."processor".tar.gz.
  7. Sebagai super user, salin fail yang diekstrak, libflashplayer.so, ke dalam sub-direktori direktori pemasangan Firefox plugins. Sebagai contoh, jika Firefox dipasang dalam /usr/lib/mozilla, gunakan arahan sudo cp libflashplayer.so /usr/lib/mozilla/plugins dan kemudian masukkan kata laluan pengguna super anda apabila diminta.

    0a85171f1802a3b0d9f46ffb997ddc02-1260326970-447-1.png

Memastikan Flash sentiasa dikemaskini

Plugin Flash versi terkini sepatutnya berfungsi lebih baik dan kurang ranap. Untuk memastikan samada Flash anda adalah yang terkini, layari halaman ujian Adobe Flash Player. Jika Flash perlu dikemaskini, pasang versi yang terkini secara manual dengan mengikuti arahan seperti yang dijelaskan di atas.'

Menyelesaikan masalah plugin Flash

Lihat Flash Plugin - Keep it up to date and troubleshoot problems untuk ketahui langkah menyelesaikan masalah plugin Flash.

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More