Cara menyelesaikan ralat berkaitan masa dalam laman web yang selamat

Sijil yang digunakan oleh laman web yang dianggap selamat (URL bermula dengan "https://") hanya dikeluarkan untuk tempoh tertentu. Jika laman web menyerahkan sijil dengan tempoh sah yang tidak sepadan dengan nilai semasa jam sistem anda, Firefox tidak boleh mengesahkan bahawa sambungan itu selamat, dan oleh itu membuka halaman ralat "Sambungan anda tidak selamat". Sesetengah kaedah untuk mengesahkan bahawa sijil tidak dibatalkan juga bergantung pada sistem anda dan pelayan web yang ditetapkan dengan masa yang betul.

Isu sebegini boleh diatasi dengan membetulkan tetapan tarikh, masa dan zon masa sistem anda. Jika tindakan ini masih tidak menyelesaikan masalah, isu ini mungkin disebabkan oleh kesilapan konfigurasi pelayan web.

Senarai ralat berkaitan-masa yang mungkin anda hadapi

Jika dapat halaman ralat "Sambungan anda tidak selamat", anda boleh klik butang Lanjutan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan ralat tersebut. Salah satu kod ralat ialah sambungan yang selamat tidak dapat disediakan kerana ralat berkaitan-masa:

SEC_ERROR_EXPIRED_CERTIFICATE
SEC_ERROR_EXPIRED_ISSUER_CERTIFICATE
SEC_ERROR_OCSP_FUTURE_RESPONSE
SEC_ERROR_OCSP_OLD_RESPONSE
MOZILLA_PKIX_ERROR_NOT_YET_VALID_CERTIFICATE
MOZILLA_PKIX_ERROR_NOT_YET_VALID_ISSUER_CERTIFICATE

Teks dalam halaman ralat ini akan memaparkan amaran apabila Firefox mengesan kemungkinan ada kesilapan dalam masa sistem anda dan juga memaparkan tarih dan masa semasa yang ditetapkan dalam sistem anda. Jika tetapan jam tidak betul, anda perlu tetapkannya dengan masa yang betul seperti yang dijelaskan di bawah. Walaupun masa yang dipaparkan nampak betul, anda perlu pastikan bahawa zon masa sistem anda sepadan dengan lokasi semasa.

Tetapkan jam sistem kepada masa yang betul

Ralat berkaitan-masa dalam laman web yang selamat yang disebabkan oleh pencongan jam sistem ini boleh dibetulkan dengan menetapkan tarikh, masa dan zon masa yang betul. :.

  1. Klik butang Windows Start atau tekan kekunci Windows Windows Key.
  2. Dalam menu Start, pilih Settings.
  3. Dalam Settings, pilih Time & language.
  4. Dalam bahagian Date & time, anda boleh semak tetapan tarikh dan masa semasa. Untuk menukar tetapan, klik Change di bawah Change date and time atau kembangkan menu juntai bawah Time zone.
    Jika sistem anda ditetapkan kepada pengurusan masa dan zon masa secara automatik, anda tidak boleh mengubahnya secara manual.
  5. Jika sudah siap mengubah masa, tutup tetingkap Settings.
  1. Dari Start Screen, klik jubin Desktop. Paparan Desktop akan dibuka.
  2. Dalam Desktop, apung kursor pada bahagian bucu bawah kanan untuk mengakses Charms.
  3. Pilih Control Panel dalam Settings. Tetingkap Control Panel akan dibuka.
    Control Panel - Win8
  4. Dalam tetingkap Control Panel, klik Clock, Language, and Region dan kemudian Date and Time.
  5. Panel yang dibuka akan memaparkan tetapan tarikh dan masa semasa. Untuk mengubah tetapan, klik butang Change date and time atau Change time zone.
  6. Untuk mengesahkan, klik OK.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Microsoft Set the clock.

  1. Klik butang Windows Start atau tekan kekunci Windows Windows Key.
  2. Dalam Start Menu, klik Control Panel.
    Control Panel - Win7
  3. Dalam tetingkap Control Panel, klik Clock, Language, and Region dan kemudian Date and Time.
  4. Panel yang dibuka akan memaparkan tetapan tarikh dan masa semasa. Untuk mengubah tetapan, klik butang Change date and time atau Change time zone.
  5. Untuk mengesahkan, klik OK.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Microsoft Set the clock.

  1. Klik butang Windows Start dan pilih Control Panel.
    Control Panel - WinXP
  2. Dalam tetingkap Control Panel, klik Date, Time, Language, and Regional Options dan kemudian Date and Time.
  3. Panel yang dibuka akan memaparkan tetapan tarikh dan masa semasa yang anda boleh ubah.
  4. Untuk melihat dan mengubah tetapan zon masa, klik tab Time Zone.
  5. Untuk mengesahkan, klik OK.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Microsoft To change your computer's time and time zone.

  1. Klik menu Apple dan pilih System Preferences.
  2. Dalam tetingkap System Preferences, klik Date & Time.
  3. Panel yang dibuka akan memaparkan tetapan tarikh dan masa semasa. Untuk mengubahnya, nyahdayakan Set date and time automatically, masukkan tarikh dan masa secara manual dan klik Save untuk mengesahkan.
  4. Untuk melihat tetapan zon masa, klik tab Time Zone. Untuk mengubah zon masa, nyahdayakan Set time zone automatically using current location, klik lokasi anggaran dalam peta dan pilih bandar terdekat di dalam panel juntai bawah.
  5. Jika sudah siap, tutup tetingkap Date & Time.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel Apple Set the date and time on your Mac.

Nota: Jika jam dalam peranti kerap mengeset semula selepas ditutup, ini mungkin menandakan bahawa bateri sel yang menguasakan jam masa-sebenar jam sudah hampir habis atau lemah. Sila rujuk buku panduan pengilang untuk mengetahui cara menukar bateri CMOS.

Hubungi pemilik laman web

Jika dapat ralat berkaitan-masa dalam laman web yang selamat dan anda sudah menyemak tetapan jam sistem, sila hubungi pemilik laman web yang tidak dapat diakses itu dan maklumkan mereka berkenaan masalah ini. Sebagai contoh, pemilik laman web itu mungkin perlu memperbaharui sijil yang sudah tamat tempoh.

Memintas amaran

Amaran: Anda tidak sewajarnya memintas amaran dalam laman web sah yang utama atau laman yang melibatkan transaksi kewangan - dalam hal ini, sijil yang tidak sah menandakan bahawa sambungan anda terdedah kepada pihak ketiga.

Jika diizinkan oleh laman web, anda boleh mengecualikannya supaya boleh dilayari walaupun sijilnya secara piawai tidak boleh dipercayai:

  1. Dalam halaman amaran, klik Lanjutan.
  2. Klik Tambah Pengecualian…. Dialog Tambah Pengecualian Keselamatan akan mucul.
  3. Baca keterangan berkaitan masalah dengan laman web tersebut. Anda boleh klik Papar… untuk meneliti sijil yang tidak boleh dipercayai itu.
  4. Klik Sahkan Pengecualian Keselamatan jika anda pasti bahawa laman itu selamat.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More