Import Tandabuku daripada Internet Explorer

Kandungan artikel ini mungkin lapuk.

Perubahan penting telah dibuat dalam kandungan artikel Bahasa Inggeris yang menjadi sumber terjemahannya. Oleh kerana kandungan halaman ini masih belum dikemas kini, kandungan artikel ini mungkin boleh membantu anda: Import Bookmarks and other data from Microsoft Edge

Anda boleh import data Kegemaran (dipanggil sebagai Tandabuku dalam Firefox), tetapan dan data lain daripada Internet Explorer ke dalam Firefox, supaya menjimatkan masa daripada mengkonfigurasi semula. Kandungan artikel ini menjelaskan caranya.

Artikel ini hanya sesuai untuk Windows.
Nota: Jika anda mahu mengimport Kegemaran dalam Internet Explorer ke komputer lain, lihat Import Internet Explorer Favorites from another computer.
  1. Klik butang Tandabuku Bookmarks-29 dan pilih Papar Semua Tandabuku untuk membuka tetingkap Pustaka.
  2. Dalam tetingkap Pustaka, klik Import dan Sandaran dan pilih Import Data daripada Pelayar Lain....
    Import IE - Win1 fx7
    Nota: Jika Import Data daripada Pelayar Lain... dinyahdayakan (kelabu), ini boleh terjadi jika anda berada dalam mod Pelayaran Peribadi. Tutup Pelayaran Peribadi dan cuba lagi.
  3. Di dalam tetingkap Bestari Import, pilih Microsoft Internet Explorer, kemudian klik Seterusnya.
    Import IE - Win2
  4. Firefox akan menyenaraikan jenis tetapan dan maklumat yang boleh diimport. Pilih item yang anda mahu import, kemudian klik Seterusnya.
    Import IE - Win3
    • Pilihan Internet: Tetapan umum, termasuk halaman utama. Oleh kerana ciri Firefox dan Internet Explorer berbeza, Firefox tidak dapat mengimport semua tetapan anda.
    • Kuki: Cebisan maklumat, pilihan dan perkara lain yang disimpan dalam komputer anda oleh laman web yang anda selalu log masuk.
    • Sejarah Pelayaran: Maklumat laman yang anda sudah layari.
    • Kegemaran: Halaman web yang anda simpan dalam kegemaran Internet Explorer.
  5. Klik Siap. Item yang anda pilih akan diimport.


Import IE - Win4

    • Kegemaran yang anda import akan muncul di dalam menu Tandabuku dalam folder Daripada Internet Explorer. Untuk maklumat lanjut perihal cara menggunakan tandabuku dalam Firefox, lihat Bookmarks in Firefox
      Import IE - Win5Import Favorites - Fx29



Berdasarkan maklumat dalam Mengimport tandabuku (mozillaZine KB)

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More