Cara mendapatkan versi terkini Thunderbird untuk Windows XP atau Vista

Maklumat Semakan
  • ID semakan: 145358
  • Dicipta:
  • Pencipta: Othman Wagiman
  • Komen: Terjemahan pertama: 16/09/2017
  • Disemak: Ya
  • Disemak:
  • Disemak oleh: manxmensch
  • Diluluskan? Ya
  • Semakan semasa? Ya
  • Sedia untuk lokalisasi: Tidak
Sumber Semakan
Kandungan Semakan

Walaupun Thunderbird berfungsi dalam Windows XP Service Pack 2 (SP2) dan ke atas, tetapi pemasang terkini Thunderbird memerlukan Windos XP dengan Service Pack 3 (SP3) atau Windows Vista dengan kemaskini KB2763674. Untuk mengatasi masalah ini, ada dua langkah proses yang perlu diikuti untuk pemasangan Thunderbird versi yang terkini ini. Pengguna Windows XP dan Vista perlu ikuti langkah berikut:

  1. Muat turun dan pasang Thunderbird ke versi 38.5.0 (pautan untuk memuat turun).
  2. Selepas memasang Thunderbird versi di atas, anda boleh gunakan pengemaskini Thunderbird untuk memasang versi yang terkini. Lihat kandungan artikel Mengemaskini Thunderbird untuk maklumat lanjut.

Kami mohon maaf atas segala kesulitan.

Untuk pengguna mahir:

Dalam sistem pengoperasian Windows XP SP3 atau Vista yang dikemaskini, anda boleh muat turun pemasang lengkap untuk Thunderbird versi yang terkini dari https://archive.mozilla.org/pub/thunderbird/releases/

Sebagai contoh, untuk memuat turun pemasang lengkap Thunderbird 38.6.0 Windows English (US), cari /38.6.0/win32/en-US/ dan pilih fail Thunderbird Setup 38.6.0.exe.

Sebelum memuat turun, baca dahulu Keperluan Sistem dan Nota Keluaran untuk maklumat lanjut perihal keluaran Thunderbird.