Buang sejarah pelayaran dan data peribadi dalam Firefox untuk Android

Firefox untuk Android memberikan anda kawalan ke atas data peribadi, sejarah pelayaran, kata laluan dan banyak lagi. Anda boleh simpan data ini di dalam pelayar dan boleh menghapuskannya dengan mudah:

Kandungan artikel ini berkaitan dengan versi terbaru Firefox untuk Android. Sila update to the latest version of Firefox for Android dahulu untuk menikmati ciri ini.

Buang keseluruhan sejarah pelayaran

  1. Pergi ke panel Sejarah dalam skrin utama.
  2. Tekan Buang sejarah pelayaran pada bahagian bawah panel Sejarah.
    clear history m32
  3. Tekan OK untuk mengesahkan.

Buang item tertentu di dalam pelayar

  1. Tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) dan pilih Tetapan (anda mungkin perlu tekan dulu Lanjutan ) .
  2. Tekan Privasi dan pilih Buang Sekarang.
  3. Tandakan di sebelah item yang anda mahu buang dan kemudian tekan Buang data
    Clear private data
  1. Tekan butang Menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) dan pilih Tetapan (anda mungkin perlu tekan dulu Lanjutan ) .
  2. Skrol ke bawah ke bahagian Privasi & Keselamatan dan pilih Buang data peribadi.
  3. Tandakan di sebelah item yang anda mahu buang dan kemudian tekan Buang data
    Clear private data

Buang data apabila keluar

Pilihan ini secara automatik menghapuskan data yang dipilih (tandabuku, sejarah pelayaran atau carian, kata laluan yang disimpan, dan banyak lagi) setiap kali anda keluar daripada Firefox:

  1. Tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) dan pilih Tetapan (anda mungkin perlu tekan dulu Lanjutan ) .
  2. Tekan Privasi dan tandakan di sebelah and Sentiasa buang apabila keluar.
  3. Di dalam tetingkap pop-up, pilih jenis maklumat yang anda mahu buang setiap kali keluar daripada Firefox, kemudian tekan Tetapkan.

Firefox akan menghapuskan maklumat setiap kali anda menutupnya melalui pilihan menu Keluar.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More