Tetapan penyekat pop-up, pengecualian dan pencarisilapan

(Dilencongkan dari Penyekat Pop-up)

Kandungan dokumen ini menjelaskan semua tetapan yang tersedia dalam Mozilla Firefox untuk mengawal pop-up.

Apakah pop-up?

Tetingkap pop-up, atau pop-up, adalah tetingkap yang muncul secara automatik tanpa izin. Tetingkap ini muncul dalam saiz yang berbeza tetapi lazimnya tidak meliputi keseluruhan skrin. Ada sesetengah pop-up muncul pada bahagian atas tetingkap Firefox, dan ada juga yang muncul pada bahagian bawah Firefox (pop-under).

Anda boleh mengawal kedua-dua jenis pop-up dan pop-under ini melalui panel Kandungan di dalam tetingkap PilihanPreferences . Penyekat pop-up diaktifkan secara piawai, dan anda tidak perlu mengaktifkannya untuk menghalang pop-up dalam Firefox.

Apabila menyekat pop-up, Firefox memaparkan bar maklumat (jika tidak diabaikan sebelum ini – lihat di bawah), serta ikon pop-up-icon-win pop-up-icon-mac Popup-blocked.png di dalam bar lokasi.

Popup1 29 Win Popup1 29 Mac Popup1 29 Lin

Apabila anda klik samada butang PilihanPreferences di dalam bar info atau ikon di dalam bar lokasi, satu menu akan dipaparkan bersama pilihan berikut:

Menyekat pop-up mungkin mengganggu sesetengah laman web: Sesetengah laman web, termasuk laman perbankan, menggunakan pop-up untuk fungsi yang penting. Menyekat semua pop-up akan menghalang fungsi tersebut. Untuk mengizinkan laman web tertentu memaparkan pop-up dan pada masa yang sama menyekat pop-up lain, anda boleh masukkan laman web berkenaan ke dalam senarai laman yang diberi keizinan.
Sekatan pop-up tidak semestinya berkesan: Walaupun Firefox menyekat sebahagian besar pop-up, sesetengah laman web mungkin berjaya memaparkan pop-up dengan kaedah yang tidak diketahui oleh penyekat pop-up Firefox.

Tetapan penyekat pop-up

Untuk mengakses tetapan penyekat pop-up:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Kandungan.

    pop-up options 38
  3. Dalam panel Kandungan di bawah Pop-up:
  • Buang tanda dalam kotak di sebelah Sekat tetingkap pop-up untuk menyahdayakan semua penyekat pop-up.
  • Klik Pengecualian… akan membuka kotak dialog bersama senarai laman yang anda mahu izinkan paparan pop-up.
  • Di dalam kotak dialog, anda diberi pilihan berikut:

    Allowpopupsites
Izinkan: Klik untuk memasukkan laman web ke dalam senarai pengecualian.
Alih keluar Laman: Klik untuk mengalih keluar laman web daripada senarai pengecualian.
Alih keluar Semua Laman: Klik untuk mengalih keluar semua laman web daripada senarai pengecualian.
Nota: Sekatan pop-up tidak semestinya berkesan dan boleh mengganggu sesetengah laman web. Untuk keterangan lanjut, lihat bahagian Apakah Pop-up? di atas.

Pop-up yang tidak disekat

Adakah pop-up daripada Firefox?

Pop-up itu mungkin bukan daripada Firefox. Anda boleh tahu sumber pop-up itu daripada penampilan tetingkapnya.

  • Jika anda lihat di dalam bar lokasi ada butangbutang Identiti Laman (glob, mangga atau segi tiga amaran) Site Info button di dalam tetingkap pop-up, pop-up itu daripada Firefox.
Popup2 29 Win Popup2 29 Mac Popup2 29 Lin

Adakah penyekat pop-up diaktifkan atau tidak untuk laman ini?

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Kandungan.
  3. Pastikan kotak Sekat tetingkap pop-up ditandakan.
  4. Pada bahagian kanan Sekat tetingkap pop-up, klik butang Pengecualian.... Satu kotak dialog akan muncul bersama senarai semua laman web yang diizinkan memaparkan pop-up.
  5. Jika laman yang membuka pop-up itu ada di dalam senarai, pilih dan tekan Alih keluar Laman.
  6. Klik TutupTutup tetingkap Izinkan Laman - Pop-up.
  7. Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.
  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Kandungan.
  3. Pastikan kotak Sekat tetingkap pop-up ditandakan.
  4. Pada bahagian kanan Sekat tetingkap pop-up, klik butang Pengecualian.... Satu kotak dialog akan muncul bersama senarai semua laman web yang diizinkan memaparkan pop-up.
  5. Jika laman yang membuka pop-up itu ada di dalam senarai, pilih dan tekan Alih keluar Laman.
  6. Klik Simpan perubahan untuk mengemaskini perubahan anda.
  7. Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.

Adakah pop-up akan dipaparkan selepas tetikus diklik atau kekunci ditekan?

Dalam acara tertentu, contohnya mengklik atau menekan kekunci, boleh memaparkan pop-up walaupun penyekat pop-up sudah diaktifkan. Perkara ini disengajakan, supaya Firefox tidak menyekat pop-up yang diperlukan oleh laman web untuk berfungsi.

Adakah wujud tetingkap pop-up yang benar?

Kadangkala, rekaan iklan dicipta untuk menyerupai tetingkap sebenar, walaupun sebenarnya bukan. Penyekat pop-up Firefox tidak dapat menyekat iklan jenis ini.

Kaji selidik Mozilla

Apabila anda melayari laman web Mozilla, kadangkala anda akan lihat pop-up yang meminta nada menyertai satu kaji selidik. Satu-satunya pihak ketiga yang digunakan oleh Mozilla untuk kaji selidik ialah SurveyGizmo, yang telah disemak oleh pasukan perundangan dan privasi kami. Penyekat pop-up Firefox tidak menyekat pop-up ini.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Beberapa orang budiman yang telah membantu menulis artikel ini: JunkyardStalker, manxmensch. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.