Mengosongkan Sejarah Terkini

Artikel ini menjelaskan suatu fungsi yang ada pada Firefox 3.5, iaitu Clear Recent History, yang memberikan lebih kebebasan dalam menguruskan data-data peribadi. Selain daripada kebolehan untuk mengosongkan semua atau sebahagian daripada maklumat-maklumat sejarah yang disimpan, anda boleh menentukan berapa banyak maklumat sejarah yang anda akan dipadam (contohnya, satu jam yang baru lepas).
 ::dc83bef63b83bac0c4f29a23fe07e0f0-1259119863-720-1.png::

Apabila Firefox mengingati suatu laman web yang pernah anda kunjungi atau menyimpan maklumat-maklumat login dari laman web kegemaran anda, maklumat ini digelar sejarah anda.

Mungkin anda tidak menginginkan keadaan di mana pengguna-pengguna lain komputer anda dapat melihat atau mencapai maklumat-maklumat tersebut. Contohnya, jika seorang rakan atau ahli keluarga berkongsi komputer dengan anda, mungkin anda tidak menginginkan keadaan di mana mereka dapat melihat laman-laman web yang telah anda kunjungi dan fail-fail yang pernah dimuat turun.

Firefox membolehkan anda untuk mengosongkan semua atau sebahagian daripada sejarah anda secara automatik atau apabila diarahkan. Artikel ini menjelaskan cara-cara untuk mengosongkan sejarah anda dan cara-cara untuk mengarahkan Firefox untuk mengosongkan sejarah anda secara automatik. Jika anda tidak ingin Firefox untuk menyimpan sebarang maklumat sejarah buat seketika, sila rujuk Pelayaran Peribadi.


Apa itu sejarah?

  • Browsing & Download History: Browsing history ialah senarai laman-laman web yang pernah anda kunjungi yang dipaparkan dalam menu History, senarai History tetingkap Library, dan senarai alamat Bar Lokasi Pintar. Download history ialah senarai fail-fail yang pernah anda muat turun dan dipaparkan dalam Tetingkap Downloads.
  • Form & Search Bar History: Form history termasuklah butiran yang pernah dimasukkan ke dalam borang-borang laman web untuk Borang auto-lengkap. Search Bar history termasuklah butiran yang pernah dimasukkan ke dalam Bar pencarian Firefox.
  • Cookies: Kuki - Maklumat yang disimpan di dalam komputer mengikut laman web menyimpan maklumat tentang laman-laman web yang pernah anda kunjungi, seperti kecenderungan laman web dan status login.
  • Cache: Cache menyimpan fail-fail sementara, contohnya laman-laman web dan media internet lain yang telah dimuat turun dari internet.
  • Active Logins: Jika anda telah log masuk ke dalam suatu laman web yang disulitkan sejak kali yang terkini anda menggunakan Firefox, laman tersebut dikira "aktif".
  • Site Preferences: Kecenderungan anda yang khusus bagi suatu laman web, termasuk tahap zum untuk laman, kod karakter, dan kebenaran untuk laman web yang dijelaskan dalam Tetingkap Page Info.


Mengosongkan sejarah anda

  1. Pada bahagian atas tetingkap FirefoxPada bar menu, klik pada menu Tools menu, dan pilih Clear Recent History....
    dc83bef63b83bac0c4f29a23fe07e0f0-1259119863-720-6.png
  2. Pilih berapa banyak maklumat sejarah yang ingin anda padamkan:
    • Di sebelah Time range to clear pilih berapa banyak maklumat sejarah Firefox yang ingin anda padam. Anda boleh memadamkan sejarah yang terkumpul sejak satu, dua atau empat jam yang lalu; semua maklumat yang terkumpul sejak hari ini(Today); atau semua maklumat sejarah anda (Everything).
      dc83bef63b83bac0c4f29a23fe07e0f0-1259119863-720-1.png
    • Anda boleh memilih untuk mengosongkan mana-mana atau semua butiran yang disebut di atas.
      dc83bef63b83bac0c4f29a23fe07e0f0-1259119863-720-2.png

      dc83bef63b83bac0c4f29a23fe07e0f0-1247119692-449-2.png
      • (Firefox 3.5) Klik bebutang di sebelah Details untuk memaparkan butiran-butiran yang ingin dipadam.
  1. Klik Clear Now. Tetingkap Clear Recent History akan ditutup dan data yang telah anda pilih akan dipadam.

Mengosongkan sejarah secara automatik

Anda boleh mengarahkan Firefox supaya sejarah anda dipadam secara automatik apabile anda menutup Firefox:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Privacy.
  3. Dalam bahagian History Panel Privacy, klik dropdown di sebelah Firefox will: dan pilih Use custom settings for history.
  4. Pilihkan kotak tanda untuk Clear history when Firefox exits.
    dc83bef63b83bac0c4f29a23fe07e0f0-1259119863-720-5.png
  5. Untuk menentukan maklumat sejarah yang akan dipadam, klik bebutang Settings... di sebelah Clear history when Firefox exits.
  6. Dalam tetingkap Settings for Clearing History, klik pada kotak tanda di sebelah butiran-butiran yang ingin dipadamkan secara automatik apada Firefox ditutup.
    dc83bef63b83bac0c4f29a23fe07e0f0-1259119863-720-3.png
  7. Setelah memilih maklumat sejarah yang akan dipadam, klik OK untuk menutup tetingkap Settings for Clearing History window.
  8. Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.


Mengosongkan sejarah bagi satu laman web

  1. Pada bahagian atas tetingkap FirefoxPada bar menu, klik pada menu History dan pilih Show All History untuk membuka tetingkap Library.
  2. Pada penjuru atas kanan, taipkan nama laman web yang anda ingin lupakan dalam lapangan Search History, dan tekan EnterReturn.
  3. Dalam senarai yang terhasil, klik-kanantekan bebutang Ctrl semasa anda mengklik pada laman yang ingin anda lupakan, dan pilih Forget About This Site.
    dc83bef63b83bac0c4f29a23fe07e0f0-1259119863-720-4.png

Semua butiran sejarah (sejarah pelayaran dan pemuatan turun, cookies, cache, log masuk aktif, kata-kata laluan, data borang ynag tersimpan, pengecualian untuk cookies, imej-imej, pop-up) akan dipadamkan untuk laman web berkenaan sahaja. Sila berhati-hati apabila menggunakan pilihan ini dan hanya gunakannya apabila anda benar-benar ingin Firefox untuk melupakan semua perkara.

  1. Tutup tetingkap Library.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More