Profil - Tempat Firefox menyimpan tandabuku, kata laluan dan data pengguna lain

(Dilencongkan dari Profil-profil)

Kandungan artikel ini mungkin lapuk.

Perubahan penting telah dibuat dalam kandungan artikel Bahasa Inggeris yang menjadi sumber terjemahannya. Oleh kerana kandungan halaman ini masih belum dikemas kini, kandungan artikel ini mungkin boleh membantu anda: Profiles - Where Firefox stores your bookmarks, passwords and other user data

Semua perubahan yang anda buat di dalam Firefox, seperti halaman utama, bar alatan yang anda gunakan, ekstensi yang anda pasang, kata laluan dan tanda buku, semuanya disimpan di dalam folder khas yang dipanggil sebagai profil. Folder profil anda disimpan berasingan daripada atur cara Firefox, supaya jika ada sesuatu yang tidak kena dengan Firefox, maklumat anda masih selamat. Ini juga bermakna, anda boleh menyahpasang Firefox tanpa kehilangan tetapan yang dibuat dan anda tidak perlu memasang semula Firefox untuk menghapuskan maklumat atau menyelesaikan masalah anda.

Maklumat ini hanya untuk tujuan rujukan. Anda tidak semestinya mengikuti semua langkah yang diberikan kecuali anda perlu ikuti arahan tertentu daripada kandungan artikel lain.

Apakah cara untuk saya mencari profil?

  1. Klik menu butang New Fx Menu , klik bantuan Help-29 dan pilih Maklumat Pencarisilapan. Tab maklumat pencarisilapan akan dibuka.

  2. Dalam bahagian Asas Aplikasi, klik Papar FolderBuka FolderShow in FinderOpen Directory. Tetingkap fail profil anda akan dibuka folder.
  3. Nota: Jika anda tidak dapat membuka atau menggunakan Firefox, ikuti arahan dalam Mencari profil anda tanpa membuka Firefox.

Mencari profil tanpa membuka Firefox

  1. Tekan Windows Key +R pada papan kekunci. Dialog Run akan dibuka.
  2. Taip:
    %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\
  3. Klik OK. Tetingkap akan dibuka bersama folder yang mengandungi profil.
  4. Dwi-klik folder profil yang anda mahu buka. Jika anda ada hanya satu profil, folder ini dinamakan sebagai "default".
  1. Dalam Start Screen, klik jubin Desktop. Paparan Desktop akan dibuka.
  2. Dalam Desktop, apung penunjuk pada bahagian bawah bucu kanan untuk mengakses Charms.
  3. Pilih charm Search. Bar sisi Search akan dibuka.
  4. Dalam kotak carian, taip:
    %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\
    tanpa menekan Enter. Senarai folder profil akan muncul.
  5. Klik pada folder profil yang anda mahu buka (akan dibuka di dalam tetingkap). Jika anda ada hanya satu profil, folder ini dinamakan sebagai "default".

  1. Klik butang Windows Start. Menu Start akan dibuka.
  2. Dalam kotak Search pada bahagian bawah menu Start, taip:
    %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\
    tanpa menekan Enter. Senarai folder profil akan muncul.
  3. Klik pada folder profil yang anda mahu buka (akan dibuka di dalam tetingkap). Jika anda ada hanya satu profil, folder ini dinamakan sebagai "default".

    ab167bec686b081a25849c98d6bf9ea7-1258940859-69-1.png
Alternatif lain, anda boleh cari profil anda dengan menekan kekunci Windows Key dan kemudian taip: %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\
  1. Klik butang Windows Start, dan pilih Run….

    win-run.png
  2. Taip:
    %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\
    kemudian klik OK.
    Tetingkap akan dibuka bersama folder yang mengandungi profil.
    win-rundialog.png
  3. Dwi-klik folder profil yang anda mahu buka. Jika anda ada hanya satu profil, folder ini dinamakan sebagai "default".
  1. Klik ikon Finder di dalam dok. Dalam bar menu, klik menu Go, tekan kekunci option atau alt dan pilih Library. Tetingkap akan dibuka bersama folder Library.
  2. Buka folder "Application Support", kemudian folder "Firefox", dan kemudian folder "Profiles".
  3. Profil anda ada di dalam folder ini. Jika anda ada hanya satu profil, folder ini dinamakan sebagai "default".
  1. (Ubuntu) Klik menu Places pada bahagian atas kanan skrin dan pilih Home Folder. Tetingkap File Browser akan dibuka.
  2. Klik menu View dan pilih Show Hidden Files jika belum ditandakan.
  3. Dwi-klik folder yang bertanda .mozilla.
  4. Dwi-klik folder yang bertanda firefox. Profil anda ada di dalam folder ini. Jika anda ada hanya satu profil, folder ini dinamakan sebagai "default".

Apakah maklumat yang disimpan di dalam profil saya?

Nota: Penjelasan ini hanya merangkumkan maklumat penting yang berguna bagi tujuan mendapatkan semula maklumat.
  • Tandabuku, Muat turun dan Sejarah Pelayaran: Fail places.sqlite mengandungi semua maklumat tandabuku, senarai fail yang dimuat turun dan laman web yang anda layari. Fail folder bookmarkbackups menyimpan fail tandabuku sandaran, yang boleh digunakan untuk memulihkan tandabuku anda. Untuk maklumat lanjut, lihat Bookmarks in Firefox dan Restore bookmarks from backup or move them to another computer.
  • Kata laluan: Kata laluan anda disimpan di dalam fail key3.db dan logins.json. Untuk maklumat lanjut, lihat Password Manager - Remember, delete, change and import saved passwords in Firefox.
  • Keutamaan laman-khusus: Fail permissions.sqlite dan content-prefs.sqlite menyimpan keizinan anda dalam Firefox (sebagai contoh, laman yang diizinkan memaparkan pop-up) atau tahap zum yang ditetap sebagai asas laman-demi-laman (lihat Font size and zoom - increase the size of web pages).
  • Enjin Carian: Fail search.json.mozlz4 menyimpan enjin carian yang dipasang oleh pengguna yang terdapat di dalam bar Carian Firefox.
  • Kamus peribadi: Fail persdict.dat menyimpan penyesuaian perkataan yang ditambah ke dalam kamus Firefox. Untuk keterangan lanjut lihat How do I use the Firefox spell checker?.
  • Sejarah auto-lengkap: Fail formhistory.sqlite menyimpan carian yang anda buat di dalam bar carian Firefox dan maklumat yang anda masukkan ke dalam borang laman web. Untuk maklumat lanjut, lihat Control whether Firefox automatically fills in forms.
  • Kuki: cookie ialah cebisan maklumat yang disimpan dalam komputer oleh laman web yang anda layari. Biasanya maklumat ini sesuatu seperti laman kegemaran atau status log masuk. Semua kuki disimpan di dalam fail cookies.sqlite.
  • Storan DOM: Storan DOM direka untuk menyediakan simpanan kuki alternatif yang lebih besar, lebih selamat dan lebih mudah digunakan. Maklumat laman web disimpan di dalam fail webappsstore.sqlite dan maklumat halaman di dalam fail perihal:* chromeappsstore.sqlite.
  • Ekstensi: Folder extensions, jika ada, menyimpan fail ekstensi yang anda pasang. Untuk maklumat lanjut perihal ekstensi dan add-ons Firefox yang lain, lihat Cari dan pasang add-ons untuk menambah ciri dalam Firefox.
  • Tetapan Sijil keselamatan: Fail cert8.db menyimpan semua tetapan sijil keselamatan dan sijil SSL yang anda import ke dalam Firefox.
  • Tetapan keselamatan peranti: Fail secmod.db ialah modul pangkalan data keselamatan.
  • Tindakan muat turun: Fail mimeTypes.rdf menyimpan keutamaan yang memaklumkan Firefox tindakan yang perlu diambil apabila terjumpa jenis fail tertentu. Sebagai contoh, tetapan yang mengarahkan Firefox untuk membuka fail PDF dengan Acrobat Reader apabila anda klik padanya. Untuk maklumat lanjut, lihat Change what Firefox does when you click on or download a file.
  • Plugin jenis MIME: Fail pluginreg.dat menyimpan jenis media Internet yang ada kaitan dengan plugin yang anda pasang. Untuk maklumat lanjut, lihat Use plugins to play audio, video, games and more.
  • Simpanan sesi: Fail sessionstore.js menyimpan tab dan tetingkap terbuka semasa. Untuk maklumat lanjut, lihat Restore previous session - Configure when Firefox shows your most recent tabs and windows.
  • Penyesuaian bar alatan: Fail xulstore.json menyimpan tetapan saiz/posisi bar alatan dan tetingkap. Untuk maklumat lanjut, lihat Penyesuaian kawalan, butang dan bar alatan Firefox.
  • Keutamaan pengguna: Fail prefs.js menyimpan tetapan penyesuaian keutamaan pengguna, seperti perubahan yang anda buat di dalam dialog PilihanPreferences Firefox. Fail pilihan user.js, jika ada, akan menulis ganti keutamaan yang diubah.

Penggunaan Profil

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Beberapa orang budiman yang telah membantu menulis artikel ini: JunkyardStalker, manxmensch. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.