Pembaharuan dalam Thunderbird 52.0

Kandungan artikel ini menjelaskan perubahan ketara yang boleh dialami oleh pengguna dalam Thunderbird versi 52.0. Butiran penuh perubahan ini boleh ditemukan dalam nota keluaran Thunderbird 52.

Berbanding Thunderbird versi 45.0, walaupun versi baru ini ada sedikit perubahan yang dapat dilihat dalam antara muka, tapi pepijat yang sudah lama mengganggu telah diperbetulkan.

Mengarang E-mel

Perubahan paling penting ialah cara sisipan imej dalam tetingkap karangan. Kini, imej disisipkan sebagai data URIs dan bukan lagi sebagai rujukan kepada bahagian mesej atau fail sistem operasi lain. Perubahan ini meningkatkan keupayaan operasi antara pakej ofis, seperti MS Office atau LibreOffice. Masalah lama yang tertangguh berkaitan sisipan imej daripada mesej lain juga sudah diselesaikan. Imej yang dipautkan dari lokasi dalam Internet akan tidak lagi dimuat turun dan akan disisipkan ke dalam mesej secara automatik. Sisipan setiap imej boleh diubah secara individu via dialog Sifat Imej atau diubah secara keseluruhan dengan menetapkan keutamaan mail.compose.attach_http_images.

Oleh kerana data URIs secara asasnya ialah data binari mentah yang dipaparkan dalam antara muka pengguna, kini diringkaskan dalam dialog Sifat Imej dan dialog Sisip HTML, sebagai contoh:

Image properties TB52

Apabila menampal imej yang merujuk fail sistem operasi ke dalam tetingkap karangan, imej tersebut akan disekat dan satu notifikasi akan dipaparkan:

Blocked image TB52

Ini menghalang pengguna daripada mendedahkan fail secara tidak sengaja.

Tetingkap Mesej Utama - Anak Tetingkap Folder

Anak tetingkap folder kini ada Bar Alatan Anak Tetingkap Folder pada bahagian atas yang diprakonfigurasi dengan penukar Paparan Folder. Bar Alatan Anak Tetingkap Folder boleh didayakan melalui menu Paparan > Bar Alatan.

Switcher TB52

Tetingkap Utama - Anak Tetingkap Thread

Jalur Koresponden dengan ikon baru kini adalah piawai bagi semua folder. Tiada lagi pertukaran paksa. Ini boleh dinyahaktifkan dengan keutamaan mail.threadpane.use_correspondents.

Correspondents TB52

Kalendar - Lightning - Acara dalam Tab

Kini acara boleh dicipta dan diedit dalam tab. Untuk mendayakan pilihan ini, pilih menu Edit acara dan tugasan dalam tab, bukan tetingkap dialog dalam menu AlatanEditThunderbird > PilihanKeutamaan > Kalendar > Tab Umum.

// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:Othman Wagiman. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla