Menetapkan Halaman Utama

(Dilencongkan dari Menukar Homepej)

Kami akan tunjukkan cara automatik untuk membuka halaman web yang anda mahu, setiap kali anda memulakan Firefox atau mengklik butang Halaman utama.

Menetapkan atau menukar halaman utama

  1. Buka tab dengan halaman web yang anda mahu tetapkan sebagai halaman utama.
  2. Seret dan letak tab ke dalam butang Halaman utama Home Button .
    Home Page 29 - WinXP Home Page 29 - Win8 Home Page 29 - Mac Home Page 29 - Linux
  3. Klik Ya untuk menetapkan halaman ini sebagai halaman utama anda.

Panduan: Penetapan halaman utama juga boleh dilakukan di dalam tetingkap PilihanPreferences .

  • Klik butang menu New Fx Menu , pilih PilihanPreferences dan kemudian pilih panel Umum.
    • Dalam menu ini anda boleh pilih samada Firefox akan papar halaman kosong pada permulaan atau memaparkan semua tetingkap dan tab daripada sesi terdahulu.
    • Anda juga boleh tetapkan berbilang halaman sebagai halaman utama: Buka setiap halaman dalam tab berasingan dan klik Guna Halaman Semasa.

Memulihkan halaman utama piawai

Jika anda mahu buang penyesuaian halaman utama, ini caranya:

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan tekan Pilihan.Keutamaan.
  2. Pilih panel Umum.
  3. Dalam kotak Halaman Utama: klik Pulih Piawai.
    restore default fx38
  4. Tutup halaman about:preferences. Setiap perubahan akan disimpan secara automatik.

Ada masalah?

Kami ada penyelesaiannya:

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Beberapa orang budiman yang telah membantu menulis artikel ini: JunkyardStalker, manxmensch. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.