Memulakan, tetapan halaman utama, tab dan muat turun

(Dilencongkan dari Tetingkap Options - Panel Main)
Nota: Kandungan artikel ini hanya sesuai untuk Firefox versi 55 dan ke bawah. Firefox PilihanPreferences telah disusun semula bermula dengan versi 56.

Kandungan artikel ini menjelaskan perihal tetapan yang disediakan dalam halaman PilihanPreferences panel Umum Firefox. Dalam panel Umum, anda boleh:

  • Tetapkan Firefox untuk menyemak samada Firefox adalah pelayar piawai dan jika belum, menjadikannya piawai
  • Tetapkan halaman yang dipaparkan oleh Firefox apabila anda buka pelayar atau klik ikon halaman utama
  • Tetapkan tindakan Firefox apabila memuat turun fail
  • Menguruskan tetapan tab
  • Menukar tetapan prestasi

Fx46-GeneralPanel

Fx47-GeneralPanel

Fx50GeneralPanel-Win7 Fx50GeneralPanel-Linux

Fx55GeneralPanel-2 Fx50GeneralPanel-Linux

Memulakan

  • Sentiasa semak samada Firefox adalah pelayar piawai: Pilih tetapan ini jika anda mahu Firefox menyemak samada ditetapkan sebagai pelayar piawai atau tidak. Menjadikannya sebagai pelayar piawai akan memastikan bahawa Firefox yang akan membuka halaman web apabila aplikasi lain cuba membukanya.
    • Jika Firefox masih bukan pelayar piawai, klik Jadikan Piawai untuk menetapkannya sebagai pelayar piawai. Lihat Firefox sebagai pelayar utama untuk butiran lanjut.

Muat turun

  • Simpan fail ke:
    Jika dipilih, Firefox akan menyimpan semua muat turun ke folder tertentu secara automatik (seperti folder komputer desktop atau folder muat turun). Untuk menukar folder yang digunakan, klik Lungsur…Choose….
  • Sentiasa tanya lokasi menyimpan fail:
    Jika dipilih, Firefox akan tanya anda folder yang mahu dipilih setiap kali memuat turun.

Tab

  • Pusingan Ctrl+Tab mengikut tertib tab yang baru digunakan: Pilih pilihanpreference ini jika anda mahu menggunakan pintasan papan kekunci Ctrl + Tab untuk menukar turutan tab terbuka yang tidak mengikut turutan paparan dalam tetingkap Firefox.

  • Buka tetingkap dalam tab baru: Pilihanpreference yang mengawal samada pautan dari aplikasi atau halaman web lain dibuka dalam tetingkap tab baru atau tetingkap tab yang sedang digunakan.
    Nota: Jika anda pilih buka halaman dalam tab baru, Firefox akan mengabaikan pilihanpreference ini dan akan tetap membuka tetingkap baru dari pautan jika pengarang menentukan saiz halaman tertentu, kerana sesetengah halaman hanya boleh dipaparkan dengan betul mengikut saiz yang ditentukan.
  • (Jika berkenaan) Beri amaran jika mahu menutup berbilang tab: Pilihanpreference ini hanya dipaparkan jika anda menyahdayakan paparan dialog amaran Firefox untuk mengesahkan pilihan menutup berbilang tab (seperti di bawah). Tandakan pilihanpreference ini untuk mendayakan semula amaran, supaya menghalang anda daripada menutup semua tab secara tidak sengaja, apabila anda sebenarnya hanya mahu menutup tab semasa.
Fx48Multiple tabs-ConfirmClose
Nota: Tetapan ini tidak mendatangkan kesan jika anda tutup tab yang lain.
  • (Jika berkenaan) Beri amaran jika membuka berbilang tab akan memperlahankan Firefox: Pilihanpreference ini hanya dipaparkan jika anda menyahdayakan paparan dialog amaran Firefox untuk mengesahkan pilihan membuka berbilang tab sekali gus. Tandakan pilihanpreference ini untuk mendayakan semula amaran, supaya menghalang anda daripada secara tidak sengaja memperlahankan Firefox kerana memuatkan berbilang tab.
  • Jangan memuat tab sehingga dipilih: Firefox akan hanya memuatkan tab aktif apabila memulakan semula atau memulihkan sesi terdahulu. Pilihan ini akan lebih mempercepatkan pemulihan berbilang tab. Tab terbuka lain akan hanya dimuatkan apabila anda klik padanya.
  • Apabila anda membuka pautan dalam tetingkap baru, tukar terus kepadanya: Apabila anda klik-tengah pada pautan Web (atau tekan Ctrlcommand semasa mengklik butang tetikus kiri), halaman tersebut akan dibuka dalam tab baru. Halaman tidak akan dipaparkan,tetapi akan dimuatkan dalam tab latar belakang. Tandakan pilihanpreference ini untuk memuatkan dan memaparkan halaman dalam tab latar hadapan baru.
  • Papar previu tab dalam Tetingkap bar tugasan: Apabila anda gerakkan penunjuk tetikus di atas ikon Firefox dalam Tetingkap bar tugasan, anda akan lihat paparan previu kandungan setiap tetingkap Firefox. Jika pilihan ini ditandakan, setiap tetingkap akan memaparkan kandungan setiap tab.

Prestasi

  • Gunakan tetapan prestasi yang disyorkan: Tetapan ini dipilih secara piawai. Firefox menggunakan tetapan prestasi yang terbaik untuk komputer anda secara automatik, untuk memberikan anda pengalaman pelayaran yang terpantas dan paling boleh dipercayai. Jika anda buang tanda dalam kotak, plihanpreferences ini akan dipaparkan:
    • Gunakan pecutan perkakasan bila tersedia: Ini membolehkan Firefox menggunakan pemproses grafik komputer, jika boleh, bukannya pemproses utama, untuk memaparkan kandungan web grafik-penuh seperti video atau permainan. Sumber dalam komputer akan dikosongkan supaya dapat melaksanakan aplikasi lain, seperti Firefox, dengan lebih pantas. Kotak ini ditandakan secara piawai tapi cirinya belum tersedia untuk semua pemproses grafik. Anda perlu mulakan semula Firefox supaya perubahan anda ini berkesan.
    • Had proses kandungan: Dengan Multiprocess Firefox, juga dipanggil sebagai elektrolisis atau e10s, Firefox melaksanakan kandungan web semua tab secara berasingan daripada proses Firefox utama untuk meningkatkan keselamatan dan prestasi. Menggunakan proses berbilang kandungan boleh meningkatkan prestasi dan meminimumkan impak ranap proses kandungan. Anda boleh ubah tetapan ini jika e10s didayakan; tetapi, terlalu banyak proses kandungan boleh memperlahankan komputer anda, dan juga, Firefox. Bilangan maksimum yang disyorkan adalah empat, tapi anda boleh tetapkan sehingga tujuh proses.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Beberapa orang budiman yang telah membantu menulis artikel ini: JunkyardStalker, manxmensch. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.