Cara menetapkan Sync dalam komputer

Kandungan artikel ini mungkin lapuk.

Perubahan penting telah dibuat dalam kandungan artikel Bahasa Inggeris yang menjadi sumber terjemahannya. Oleh kerana kandungan halaman ini masih belum dikemas kini, kandungan artikel ini mungkin boleh membantu anda: How do I set up Sync on my computer?

Sync ialah penyelarasan yang membolehkan anda berkongsi data dan keutamaan (seperti tandabuku, sejarah, kata laluan, tab terbuka, Senarai Bacaan dan add-ons yang dipasang) dalam semua peranti anda. Kandungan artikel ini menjelaskan cara untuk menetapkan Sync.


Penting: Sync bukanlah perkhidmatan sandaran data. Pengguna disaran supaya terus melakukan backups of their Firefox profiles untuk mencegah kehilangan data.

Penetapan Sync memerlukan dua bahagian tindakan: anda mesti cipta akaun dalam peranti utama anda, kemudian daftar masuk menggunakan akaun berkenaan dalam peranti yang lain. Ini langkahnya:

Cipta akaun Sync

  1. Klik butang menu Imej "new fx menu" tidak wujud., kemudian klik Daftar masuk ke Sync. Halaman untuk mendaftar masuk akan dibuka dalam tab baru.
    Sync 29
  2. Klik butang Cipta Akaun.
  3. Isi borang untuk mencipta akaun dan klik Cipta akaun. Beri perhatian kepada alamat e-mel dan kata laluan yang anda gunakan, kerana anda akan perlukannya nanti untuk log masuk.
  4. Semak e-mel untuk mendapatkan pautan pengesahan. Klik pada pautan itu untuk mengesahkan alamat e-mel anda. Siap!
  5. Untuk menghubungkan peranti lain menggunakan Sync, sambung ke bahagian seterusnya.

Menghubungkan peranti tambahan menggunakan Sync

Penting: Sync memerlukan Firefox versi terkini. Pastikan anda sudah mengemaskini Firefox untuk komputer desktop atau peranti Android. Kemudian, jika perlu, kemaskini Sync.
Anda hanya perlu log masuk dan Sync akan melaksanakan yang lain. Untuk log masuk, anda perlu gunakan alamat e-mel dan kata laluan yang digunakan dalam bahagian sebelum ini.

  1. Klik butang menu Imej "new fx menu" tidak wujud., dan kemudian Daftar masuk ke Sync.
  2. Klik butang Cipta Akaun untuk membuka halaman 'Cipta akaun Firefox.
  3. Klik pautan Sudah ada akaun? Daftar masuk pada bahagian bawah halaman.
    Sync sign in - fx50
  4. Masukkan e-mel dan kata laluan yang anda gunakan untuk mencipta akaun Sync anda.
  5. Selepas mendaftar masuk, Sync akan mula menyelaraskan maklumat anda dalam semua peranti yang dihubungkan.
Pilih maklumat untuk diselaraskan, lihat How do I choose what information to sync on Firefox?

Untuk menghubungkan peranti mudah alih anda, lihat:

Menyingkirkan peranti daripada Sync

  1. Klik butang menu Imej "new fx menu" tidak wujud. untuk mengembangkan menu.
  2. Klik nama akaun Sync (biasanya alamat e-mel anda) untuk membuka keutamaan Sync.
  3. Klik Memutuskan. Peranti anda akan tidak lagi diselaraskan.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More