Gunakan Firefox untuk Android untuk menghantar video ke Roku

Kandungan artikel ini berkaitan dengan versi terbaru Firefox untuk Android. Sila update to the latest version of Firefox for Android dahulu untuk menikmati ciri ini.

Firefox untuk Android menyediakan lebih banyak pilihan untuk menonton video. Ciri penyiaran skrin kini membolehkan anda menghantar video ke pemain penstriman, seperti Roku, supaya anda boleh menontonnya dalam TV.

Apabila video sudah dimainkan dalam TV, anda boleh samada melayari laman lain atau tutup peranti Android tanpa mengganggu siaran video. Menarik? Kami akan tunjukkan anda caranya.

Tetapan Firefox dalam Roku semasa kali pertama: Sebelum memulakan, masukkan Saluran Firefox ke dalam senarai saluran anda (klik sini untuk arahan lanjut). Anda hanya perlu lakukan langkah ini sekali sahaja. Apabila sudah dimasukkan, anda sudah bersedia untuk arahan seterusnya dan mulakan menonton!

  1. Pastikan Roku menggunakan rangkaian WiFi yang sama dengan peranti Android anda.
  2. Buka Firefox dalam peranti Android anda , kemudian pergi ke laman web format video yang disokong oleh Roku. Jika peranti anda ada Adobe Flash Player yang didayakan, anda perlu menyahdayakan atau menyahpasang via Android Settings untuk menghalangnya daripada mempengaruhi format yang disokong.
  3. Tekan video yang mahu anda tonton.
  4. Tekan ikon Hantar ke send to icon video yang muncul samada di dalam bar alamat atau pemain video (selepas iklan tamat):
    send to icon address
    send to icon player
  5. Pilih Roku Streaming Player dalam menu Cast to Device.Pilih Roku dalam menu Send to Device.
    cast to device send to device roku
    • Video akan mula dimainkan selepas dimuatkan.
  6. Anda boleh jeda, atau henti video terus dari peranti Android anda, menggunakan kawalan pada bahagian skrin peranti:
    roku controls
Kawalan Video: Kawalan video akan tetap berada pada bahagian bawah skrin semasa video dimainkan, walaupun jika anda melayari laman web lain. Jika anda tutup peranti Android, anda masih boleh mengawal video menggunakan kawalan jauh Roku.
// Sukarelawan budiman berikut telah membantu menulis artikel ini:manxmensch. Anda juga boleh membantu - ketahui caranya.

Artikel ini bermanfaat? Sila tunggu...

Sukarelawan Sokongan Mozilla