Firefox akan menamatkan sokongan untuk Windows XP dan Vista

Firefox versi 52 akan menjadi kemaskini lengkap terakhir untuk Windows XP dan Windows Vista. Kemaskini keselamatan akan dikeluarkan tapi tanpa ciri baru.

Kenapa Firefox menamatkan sokongan kepada pengguna Windows XP dan Vista?

Firefox adalah satu-satunya pelayar yang menyediakan sokongan untuk Windows XP dan Vista. Microsoft sendiri sudah menamatkan sokongan untuk Windows XP pada 2014 dan akan menamatkan sokonganuntuk Windows Vista pada 2017. Sistem pengoperasian yang tidak lagi disokong akan tidak menerima kemaskini keselamatan, boleh eksploitasi, dan boleh terdedah kepada bahaya jika digunakan, dan sukar untuk menyelenggara Firefox dalam versi berkenaan.

Kemaskini keselamatan Firefox untuk pengguna XP dan Vista akan diteruskan sehingga September 2017, walaupun tanpa ciri baru. Pada pertengahan 2017, tarikh sokongan terakhir akan diumumkan berdasarkan kepada bilangan pengguna yang masih menggunakan Windows XP dan Vista.

Adakah saya masih kekal selamat jika bertukar kepada pelayar lain?

Malangnya, tidak. Kebanyakan pelayar (seperti Google Chrome dan Microsoft Internet Explorer) telah menamatkan sokongan untuk Windows XP dan Windows Vista.

Jika anda tiada pilihan selain perlu menaik taraf sistem pengoperasian, anda masih boleh bergantung harapan kepada kemaskini keselamatan Firefox yang akan masih diteruskan sehingga September 2017.

Adakah saya masih boleh melayar dengan selamat menggunakan Firefox?

Pada Mac 2017 lepas, sekiranya anda menggunakan Firefox dalam Windows XP atau Windows Vista, anda akan dapat kemaskini automatik Firefox versi Support Release. Anda sepatutnya sudah dapat kemaskini keselamatan penting ini walaupun tanpa ciri atau kemaskini lain. Anda tidak perlu buat apa-apa lagi.

Apakah cara untuk saya dapatkan ciri terbaru Firefox?

Jika anda mahu terus menerima semua ciri dan kemaskini terbaru Firefox , anda perlu menaik taraf sistem pengoperasian komputer anda.

  • Naik taraf Windows ke versi yang masih disokong oleh Microsoft, seperti Windows 7, 8 atau 10. Ketahui caranya di sini. Versi Windows yang tidak lagi disokong oleh Microsoft tidak boleh dipercayai dan tidak selamat untuk digunakan, yang turut menyukarkan penyelenggaraan Firefox dalam versi berkenaan.
  • (Lanjutan): Tukar ke sistem pengoperasian berasaskan-Linux. Sila lihat laman web sokongan untuk mencari versi Linux yang anda mahu.

Saya menggunakan Firefox untuk syarikat – bilakah sokongan untuk Windows XP dan Vista akan berakhir?

Bagi tujuan perancangan, syarikat yang menggunakan Firefox perlu mempertimbangkan tarikh September 2017 sebagai tarikh berakhirnya sokongan untuk Windows XP dan Vista.

Bilakah sokongan untuk Firefox Nightly dan Aurora dalam Windows XP dan Vista berakhir?

Sokongan untuk Windows XP dan Vista sudah tamat bagi pengguna Firefox Nightly dan Aurora. Sila pertimbangkan untuk bertukar kepada Firefox versi keluaran yang boleh dimuat turun sini atau menaik taraf sistem pengoperasian Windows ke versi yang masih disokong oleh Microsoft, seperti Windows 7, 8 atau 10. Ketahui caranya di sini.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More