Asas melayari Internet

Selamat datang ke Mozilla Firefox! Kami akan tunjukkan anda asas memulakan pelayaran. Apabila sudah mahir asas ini, lawati pautan ciri lain yang boleh anda teroka.

Menetapkan atau menukar halaman utama anda

"Pilih halaman yang akan dibuka apabila anda memulakan Firefox atau klik butang Halaman Utama". '

  1. Buka tab laman web yang anda mahu jadikan sebagai halaman utama anda.
  2. Seret dan letak tab ke dalam butang Halaman utama Home Button.
    Home Page 29 - Win8Home Page 29 - MacHome Page 29 - Linux
  3. Klik Ya untuk tetapkan ini sebagai halaman utama anda.

Lebih banyak pilihan boleh anda temukan dalam Artikel halaman utama..

Carian dalam web

Pilih enjin carian kegemaran anda dengan bar Carian terbina-dalam Firefox.

  • Mulakan menaip dalam bar carian dan pilih enjin carian yang anda mahu.
    quick search winquick search fx34quick search linux Y

Ketahui selanjutnya perihal helah carian dengan Artikel bar Carian.

Tandabuku laman web

Simpan laman kegemaran anda.

  • Untuk mencipta tandabuku, klik pada bintang dalam bar alatan. Bintang ini akan bertukar menjadi biru dan tandabuku untuk halaman yang sedang anda layari itu sudah dicipta dalam folder Tandabuku tanpa susunanTandabuku Lain-lain. Itu sahaja!
    Bookmark 29 WinBookmark 29 MacBookmark 29 Lin
Panduan: Seret tab terus ke dalam folder Alatan Tandabuku untuk menyimpannya.

Untuk maklumat lanjut, lihat Artikel tandabuku.

Cari apa saja dalam Bar Utama

Kami suka memanggil bar alamat Firefox ini sebagai "Bar Utama" kerana boleh mendapatkan halaman yang anda sudah lawati dengan pantas.

  • Mulakan menaip dalam bar alamat dan anda akan lihat satu senarai halaman sejarah pelayaran atau tandabuku anda. Apabila terjumpa halaman yang anda mahu, cuma klik sahaja padanya.
    Bookmark3 29 WinBookmark3 29 MacBookmark3 29 Lin
Panduan: Anda juga boleh membuat carian web dari sini. Cubalah.

Untuk ketahui selanjutnya perihal helah, lihat Artikel Bar Utama.

Pelayaran Peribadi

Ciri Pelayaran Peribadi Firefox membolehkan anda melayari Internet tanpa menyimpan maklumat laman dan halaman yang anda lawati dalam komputer anda.

  • Klik butang menu New Fx Menu dan kemudian klik Tetingkap Peribadi Baru.
    private browsing - fx29 - winxpprivate browsing - fx29 - win8private browsing - fx29 - macprivate browsing button - linux

Ketahui selanjutnya perihal cara Pelayaran Peribadi berfungsi.

Penyesuaian menu atau bar alatan

Anda boleh tukar item yang dipamerkan dalam menu atau bar alatan.

  1. Klik butang menu Imej "new fx menu" tidak wujud. dan pilih Penyesuaian.
    • Satu tab khas akan dibuka, dan anda boleh heret dan letakkan item ke dalam atau keluar menu dan bar alatan.
    Customize Fx 29 Win8Customize Fx 29 Linux
  2. Apabila sudah siap, klik butang hijau Keluar Penyesuaian.

Ketahui selanjutnya perihal Penyesuaian Firefox.

Tambah ciri Firefox dengan add-ons

Add-ons adalah ciri tambahan yang anda boleh pasang dalam Firefox supaya berfungsi mengikut cara yang anda mahu.

  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka.

  2. Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel Dapatkan Add-ons.
  3. Untuk mendapatkan maklumat lanjut perihal Add-on atau Tema Sorotan, klik padanya. Kemudian anda boleh klik butang hijau Tambah ke Firefox untuk memasangnya.
    • Anda juga boleh cari add-ons tertentu menggunakan kotak carian pada bahagian atas halaman tersebut. Anda boleh pasang mana-mana add-ons yang anda suka dengan menekan butang Pasang.
      Addon1 29 WinAddon2 29 WinAddon1 29 MacAddon2 29 MacAddon1 29 LinAddon2 29 Lin
  4. Firefox akan memuat turun add-on tersebut dan anda mungkin diminta mengesahkan bahawa anda mahu memasangnya.
  5. Klik Mula mula Sekarang jika ada dipamerkan. Tab anda akan disimpan dan dipulihkan selepas mula semula.
  1. Klik butang menu New Fx Menu dan pilih Add-ons. Tab Pengurus Add-ons akan dibuka.

  2. Dalam tab Pengurus Add-ons, pilih panel Dapatkan Add-ons.
  3. Untuk memasang add-on sorotan, klik butang togol kelabu, yang akan bertukar menjadi hijau. Untuk menyahpasang add-on yang sudah dipasang, klik butang togol itu sekali lagi.
    • Fx48-GetAddonsFx48-GetAddons-Linux

Pada bahagian bawah senarai add-ons sorotan, ada butang Lihat lebih banyak add-ons! yang anda boleh klik. Anda akan dibawa ke addons.mozilla.org iaitu, tempat untuk anda cari add-ons tertentu.

Untuk ketahui selanjutnya perihal add-ons, lihat Cari dan pasang add-ons untuk menambah ciri dalam Firefox..

Panduan: Sesetengah add-ons ada meletakkan butang dalam bar alatan selepas dipasang. Anda boleh buang atau alihkannya ke menu, jika anda mahu – lihat Penyesuaian kawalan, butang dan bar alatan Firefox.

Pastikan Firefox anda sentiasa sync

Akses tandabuku, sejarah, dan kata laluan anda serta banyak lagi daripada mana-mana peranti.

  1. Pertama sekali, cipta Akaun Firefox:
    • Klik butang butang menu New Fx Menu dan pilih Daftar masuk Sync dan ikuti arahan untuk mencipta akaun anda.
    Sync 29Sync in menu Linux
  2. Kemudian, daftar masuk untuk membuatt hubungan dengan peranti lain.

Untuk arahan lebih terperinci, lihat Cara menetapkan Sync dalam komputer

Dapatkan bantuan

Jika anda ada soalan lanjut atau perlu bantuan berkenaan Firefox, anda berada dalam laman web yang betul.

  • Laman ini ada beratus-ratus artikel yang meliputi hampir keseluruhan soalan yang mungkin anda ada berkenaan Firefox.
Get Help

Artikel ini, sama seperti semua sokongan Firefox, sebahagian besar adalah hasil sumbangan sukarelawan, yang bangga mengekalkan Mozilla sebagai organisasi sumber terbuka yang bebas. Teruskan melayar secara percuma!

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More