Sambungan selamat gagal dan Firefox tidak menyambung

Artikel ini menerangkan sebab anda mungkin melihat halaman ralat yang menunjukkan mesej seperti Secure Connection Failed atau Did Not Connect: Potential Security Issue dan tindakan apa yang anda boleh lakukan.

Sambungan selamat tidak boleh ditubuhkan

Apabila laman web yang memerlukan sambungan selamat (https) cuba mendapatkan komunikasi dengan komputer anda, Firefox semak silang usaha ini untuk memastikan bahawa sijil laman web dan kaedah sambungan adalah sebenarnya selamat. Jika Firefox tidak boleh mewujudkan sambungan selamat, ia akan memaparkan halaman ralat Secure Connection Failed atau Did Not Connect: Potential Security Issue.

Sambungan terjamin gagal

Halaman ralat yang menunjukkan mesej Secure Connection Failed akan disedia termasuk keterangan sebab kesilapan dilakukan, pilihan untuk melaporkan ralat ke Mozilla dan butang Try Again. Tiada pilihan disediakan untuk menambah pengecualian keselamatan untuk memintas ralat jenis ini.

fx60SecureConnectionFailed-ErrorCode

Halaman ralat juga mengandungi keterangan seperti berikut:

  • The page you are trying to view cannot be shown because the authenticity of the received data could not be verified.
  • Please contact the website owners to inform them of this problem.

Tidak bersambung: Kemungkinan Isu Sekuriti

Sesetengah kegagalan sambungan selamat akan mengakibatkan halaman salat Did Not Connect: Potential Security Issue.

Fx67SecError-DidNotConnect

Halaman ralat tersebut akan mengandungi keterangan kemungkinan ancaman sekuriti, pilihan bagi melaporkan ralat tersebut ke Mozilla dan butang Advanced… untuk melihat kod ralat dan maklumat teknikal lain. Tiada pilihan disediakan untuk menambah menambah pengecualian demi melawat laman web tersebut.

Isu laman web

Versi TLS tidak disokong

Sesetengah laman web mencuba untuk menggunakan mekanisme-mekanisme Transport Layer Security (TLS) yang lapuk demi percubaan menjamin sambungan. Firefox melindungi anda dengan menghalang pengemudian ke laman web tersebut jika terdapat masalah dalam mewujudkan sambungan dengan selamat. Hubungi pemilik laman web tersebut dan minta mereka untuk mengemaskini versi TLS mereka ke versi yang masih terkini dan masih selamat.

Bermula dalam versi Firefox 78, versi TLS minimum yang dibenarkan secara lalai ialah TLS 1.2. Laman web yang tidak menyokong versi TLS 1.2 atau lebih tinggi akan memaparkan Secure Connection Failed halaman ralat dengan kod Ralat: SSL_ERROR_UNSUPPORTED_VERSION dan mesej bahawa This website might not support the TLS 1.2 protocol, which is the minimum version supported by Firefox.

Fx78SecureConnectionFailed-TLS

Halaman ralat juga disedia termasuk butang, Enable TLS 1.0 and 1.1 yang akan membolehkan anda mengatasi keperluan TLS minimum.
Note: Mozilla merancang untuk mengalih keluar pilihan ini dan menyahdayakan secara kekal TLS 1.0 dan 1.1 dalam versi masa hadapan Firefox. Untuk maklumat lanjut, lihat laman Mozilla ini.

HSTS diperlukan

Laman web lain mungkin memerlukan HTTP Strict Transport Security (HSTS) dan tidak akan membenarkan akses dengan sambungan yang tidak selamat.

Konflik perisian sekuriti

Terdapat banyak produk sekuriti menggunakan sesuatu ciri yang memintas sambungan yang selamat secara lalai. Hal ini boleh menghasilkan ralat sambungan atau amaran di tapak web selamat. Jika anda melihat ralat sambungan pada laman web, mengemaskini produk sekuriti anda atau mengubahsuaikan tetapannya mungkin menyelesaikan masalah tersebut. Lihat bahagian artikel ini mengenai produk Antivirus untuk bantuan dalam menghasilkan ralat tersebut dengan pengisian produk sekuriti tertentu seperti Avast, AVG dan ESET.

Sebagai alternatif, anda boleh menyahpasang perisian keselamatan pihak ketiga dan menggunakan Windows Defender, terbina dalam antivirus on Windows 8 and Windows 10.

Sistem jam yang salah

Firefox menggunakan sijil pada laman web terjamin agar memastikan maklumat anda telah dihantar kepada penerima berhasrat dan tidak boleh dibaca oleh penceroboh. Sistem tarikh yang salah boleh menyebabkan Firefox sama ada mengesan bahawa sijil laman web tersebut sudah luput atau tiada sah lagi. Sila memastikan komputer anda terletak pada tarikh, waktu dan zon masa yang betul. Untuk maklumat lanjut, lihat Cara menyelesaikan ralat berkaitan masa dalam laman web yang selamat.

Isu sambungan selamat terjamin lain

Artikel berikut menerangkan bagaimana menyelesai sesetengah ralat tertentu dalam sambungan terjamin:

Untuk senarai dan keterangan ringkas tentang ralat sambungan selamat lain, lihat NSS and SSL Error Codes di MDN Web Docs.

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More