Memulakan Firefox untuk Android

Artikel ini tidak lagi diselenggara, jadi kandungannya mungkin sudah lapuk.

Baru menggunakan Firefox untuk Android? Inilah tempat yang betul. Kandungan artikel ini meliputi semua asas yang anda perlu tahu, dan anda akan terus bersedia untuk menggunakannya dalam masa beberapa minit.

Mengimport tanda buku dan sejarah

Import info anda daripada Chrome atau pelayar Android yang lain.

Menggunakan Skrin Utama untuk carian pantas

Buka Firefox dan akses semua laman teratas. Anda juga boleh membuat carian dalam web atau mengakses sejarah dan tandabuku dengan menekan bar alamat. Untuk maklumat lanjut, lihat Urus Laman Teratas dalam Firefox untuk Android.

Awesome Screen 23

Buka Firefox dan akses semua laman teratas. Di sini anda juga boleh sapu ke kanan untuk mengakses sejarah atau sapu ke kini untuk mengakses tandabuku. Tekan bar alamat untuk membuat carian dalam web. Untuk maklumat lanjut, lihat Urus Laman Teratas dalam Firefox untuk Android.

Awesome Screen 26

Sync tandabuku, tab dan kata laluan dalam desktop

Ciri Firefox Sync membolehkan anda mengambil semua tanda buku, tab dan kata laluan anda dalam Firefox untuk desktop. Untuk arahan lanjut, lihat Cara menetapkan Sync dalam komputer

Android sync tabs

Membuka dan menukar tab

Firefox memudahkan pengurusan tab. Ketahui selanjutnya - Menggunakan Tab dalam Firefox untuk Android.

  • Tekan butang tab pada bahagian bucu atas-kanan (ada memaparkan nombor tab yang anda buka). Di sini, anda boleh pilih tab atau gunakan + untuk membuka tab yang baru.
    Open tabs

Menandabuku halaman kegemaran

Simpan halaman kegemaran anda. Lihat Tambah, buang dan papar tandabuku halaman web dalam Firefox untuk Android.

  • Untuk menandabuku halaman, tekan butang menu (samada pada bahagian bawah skrin untuk sesetengah peranti atau pada bahagian bucu kanan atas pelayar) dan pilih ikon bintang. Ikon bintang akan bertukar menjadi warna gelap sebagai menandakan halaman itu sudah ditandabuku.
    Android bookmark
  • Untuk membuang tandabuku, ulang semula dengan menekan butang menu, kemudia tekan ikon bintang sekali lagi. Ikon bintang akan bertukar menjadi warna lebih cerah sebagai menandakan tandabuku halaman itu sudah dibuang.

Penyesuaian Firefox dengan add-ons

Anda boleh menambah ciri Firefox dengan add-ons.

Pelayaran Peribadi

Ciri Pelayaran Peribadi membolehkan anda melayari internet tanpa ada sejarah, maklumat laman dan halaman web yang anda layari. Learn more about Private Browsing.

Mod Pembaca

Mod Pembaca membuang semua kluster laman web supaya anda boleh fokus kepada kandungan bacaan. Untuk maklumat lanjut, lihat View articles in Reader View on Firefox for Android.

  • Tekan ikon Mod Pembaca Reader mode dalam bar alamat.
    Reader mode article

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More