Profil-profil
This article may be out of date.
An important change has been made to the English article on which this is based. Until this page is updated, you might find this helpful: Profiles - Where Firefox stores your bookmarks, passwords and other user data
Firefox menyimpan maklumat peribadi anda seperti tanda-tanda buku, kata-kata laluan dan kecenderungan pengguna dalam satu set fail yang dipanggil profile anda, yang disimpan di lokasi yang berbeza dari fail-fail program Firefox anda.
Table of Contents
Apa itu profil?
Segala perubahan yang anda buat semasa menggunakan Firefox akan disimpan dalam fail-fail supaya maklumat tersebut boleh digunakan apabila anda memulakan Firefox lagi. Perubahan-perubahan ini mungkin ketara, seperti homepej anda atau perubahan-perubahan kepada bar alatan anda. Perubahan lain termasuk sejarah anda, laman-laman yang pernah anda kunjungi dan teks yang anda masukkan ke dalam lapangan carian. Semua maklumat ini disimpan di lokasi yang sama yang dipanggil folder profil.
Fail-fail ini disimpan secara asing dari fail-fail program yang digunakan oleh Firefox, di mana fail-fail program tersebut tidak akan diubah. Ini bermakna anda boleh menyahpasang Firefox tanpa kehilangan setting anda. Jika sesuatu masalah timbul semasa pengemaskinian Firefox, maklumat-maklumat anda masih disimpan. Selain itu, anda tidak perlu memasang semula Firefox untuk mengosongkan maklumat anda atau melakukan troubleshooting.
Mencari profil anda
Firefox 3.6
- Pada bahagian atas tetingkap FirefoxPada bar menu, klik pada menu dan pilih . Tab Troubleshooting Information akan dibuka.
- Di bawah Application Basics, klik pada .
Firefox 3.5
Setiap profil disimpan pada cakera keras anda dalam folder profil. Lokasi asal profil Firefox ialah %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\xxxxxxxx.default\.
- %APPDATA% merupakan singkatan bagi folder C:\Users\<username>\AppData\Roaming\ (Windows 7/Vista) atau folder C:\Documents and Settings\<username>\Application Data\ (Windows XP/2000), bergantung kepada nama akaun pengguna Windows anda.
- xxxxxxxx represents a random string of 8 characters.
Windows Vista dan 7
- Klik pada bebutang Windows dan taip %APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\ dalam kotak pencarian pada bahagian bawah menu Start, tanpa menekan Enter. Satu jadual yang mengandungi profil-profil akan dipaparkan pada bahagian atas menu start.
- Klik pada mana-mana profil (contohnya xxxxxxxx.default) untuk membukanya dengan menggunakan Windows Explorer.
Pada Windows 2000 and XP
- Klik pada bebutang Windows, dan pilih .
- Taipkan%APPDATA%\Mozilla\Firefox\Profiles\ dan klik .
- Windows Explorer akan membuka satu folder yang mengandungi profil-profil anda.
- Dwi-klik pada folder profil yang ingin anda buka (contohnya folder xxxxxxxx.default).
Setiap profil disimpan dalam cakera keras anda dalam folder profil. Lokasi asal bagi profil Firefox ialah ~/Library/Application Support/Firefox/Profiles/xxxxxxxx.default/.
- xxxxxxxx mewakili suatu rentetan rawak yang mengandungi 8 karakter.
- Buka Finder dan pergi ke home folder. Perhatian: home folder anda lazimnya merupakan nama akaun pengguna Mac anda.
- Dari home folder anda buka /Library/, dan seterusnya /Application Support/, dan seterusnya /Firefox/, dan seterusnya /Profiles/.
- Buka folder profil anda. Secara asal, folder profil anda ialah /xxxxxxxx.default/ di mana xxxxxxxx mewakili suatu rentetan rawak yang mengandungi 8 karakter.
Setiap profil disimpan pada cakera keras anda dalam folder profil. Lokasi asal profil Firefox ialah ~/.mozilla/firefox/xxxxxxxx.default/.
- xxxxxxxx mewakili suatu rentetan rawak yang mengandungi 8 karakter.
- (Ubuntu) Klik menu pada bahagian kanan atas skrin dan pilih . Satu tetingkap File Browser akan muncul.
- Klik menu dan pilih jika belum dipilih.
- Dwi-klik folder yang ditanda .mozilla.
- Dwi-klik folder yang ditanda firefox. Folder profil anda adalah di dalam folder ini.
Fail-fail penting
Tanda-tanda buku dan sejarah pelayaran internet
- places.sqlite - Fail ini mengandungi semua tanda-tanda buku Firefox anda dan senarai laman-laman web yang pernah anda kunjungi.
Kata-kata laluan
Kata-kata laluan anda disimpan dalam dua fail yang berlainan, dan kedua-duanya adalah diperlukan:
- key3.db - Fail ini menyimpan database utama untuk kata-kata laluan anda. Untuk memindahkan kata-kata lalan yang disimpan, anda perlu menyalin fail ini bersama dengan fail berikut.
- signons.sqlite - Kata-kata laluan yang disimpan.
- signons3.txt - Kata-kata laluan yang disimpan
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk mengingati kata-kata laluan.
Cookies
- cookies.sqlite - This file stores your cookies. For more information see the Cookies - Information that websites store on your computer article.
Memindahkan maklumat profil anda ke lokasi lain
- Menyimpan salinan back up maklumat anda menjelaskan cara-cara untuk menyimpan salinan back up profil anda, memulihkan profil back up dan memindahkan maklumat profil ke lokasi lain pada cakera keras anda atau komputer lain.
- Memulihkan maklumat penting dari profil lama menyenaraikan fail-fail penting dalam profil, menerangkan maklumat-maklumat yang disimpan dalam fail-fail ini dan menerangkan cara-cara untuk menyalin fail-fail tersebut ke profil baru.
Mencipta dan Memadamkan profil-profil
Menguruskan profil-profil menjelaskan cara-cara membuat profil baru, memadam profil lama dan tindakan-tindakan lain.

Firefox