X
Tap here to go to the mobile version of the site.

Firefox

Penyekat Pop-up

Dokumen ini menjelaskan semua pilihan atau optionspreferences yang ada dalam Mozilla Firefox untuk mengawal pop-up.



Apa itu Pop-up?

Tetingkap pop-up, atau pop-up, merupakan tetingkap yang muncul secara automatik tanpa kebenaran anda. Tetingkap-tetingkap tersebut berbeza dari segi saiz tetapi lazimnya tidak menutup seluruh skrin. Sebahagian pop-up dibuka di atas tetingkap Firefox yang sedang digunakan, sementara tetingkap lain muncul di bawah Firefox (pop-under).

Firefox membolehkan anda mengawal kedua-dua pop-up dan pop-under melalui Panel Content dalam tetingkap OptionsPreferences. Penyekatan pop-up dilakukan secara lalai. Anda tidak perlu menghidupkan penyekat pop-up untuk menghalang pop-up.

Semasa menyekat pop-up, Firefox memaparkan bar maklumat dan sebuah ikon Popup-blocked-en-win.png Popup-blocked.png dalam bar status.

popupblocker-blocked-win.png



popupblocker-blocked-en-mac.png

Apabila anda mengklik sama ada bebutang OptionsPreferences dalam bar maklumat atau ikon dalam bar status, satu menu dipaparkan dengan pilihan-pilihan berikut:

Penyekatan pop-up mungkin mengganggu sesetengah laman web: Sesetengah laman web, termasuk laman pembankan, menggunakan pop-up untuk fungsi yang penting. Penyekatan semua pop-up akan menghalang fungsi-fungsi tersebut. Untuk membenarkan laman-laman web yang tertentu menggunakan pop-up dan pada masa yang sama menyekat pop-up lain, anda boleh menambahkan laman-laman web tersebut ke senarai laman yang diberi kebenaran. Penyekatan pop-up tidak semestinya berkesan: Walaupun Firefox berupaya menyekat kebanyakan pop-up, sesetengah laman web mungkin berjaya memaparkan pop-up dengan cara-cara yang tidak diliputi oleh penyekat pop-up Firefox.


Pilihan-pilihan atau OptionsPreferences penyekat pop-up

Untuk memasuki OptionsPreferences penyekat pop-up:

  1. Pada bahagian atas tetingkap FirefoxPada bar menu, klik pada menu ToolsFirefoxEdit dan pilih Options...Preferences....
  2. Pilih Panel Content.

Dari situ, anda boleh mangambil tindakan-tindakan seperti berikut:

  • Block pop-up windows: Hilangkan tanda pilihan ini untuk mematikan penyekat pop-up.
  • Exceptions: Ini merupakan senarai laman-laman web yang anda ingin memberi kebenaran untuk menggunakan pop-up.

    popupblocker-exceptions-win.png



    popupblocker-exceptions-en-mac.png

    Dialog ini mempunyai beberapa pilihan:
    • Allow: Klik pilihan ini untuk menambah laman web ke senarai pengecualian.
    • Remove Site: Klik pilihan ini untuk menghilangkan laman web dari senarai pengecualian.
    • Remove All Sites: Klik pilihan ini untuk menghilangkan semua laman web dari senarai pengecualian.

Perhatian: Penyekatan pop-up tidak semestinya berkesan dan mungkin mengganggu operasi sesetengah laman web. Untuk maklumat lanjut tentang penyekatan pop-up, sila rujuk Apa itu pop-up.


Pop-up tidak disekat

Adakah pop-up itu dari Firefox?

Pop-up tersebut mungkin bukan dari Firefox. Anda boleh memastikan sumber pop-up dari ikon yang ada pada pop-up dan tajuknya pada bahagian atas pop-up.

  • Ikon Firefox dan "Mozilla Firefox" dalam tajuk: sila rujuk teks di bawah.
  • Lain-lain: anda mungkin mempunyai malware pada komputer anda yang menyebabkan pop-up. Sila imbas komputer anda untuk mencari virus dan spyware.

popupfirefox.png

Adakah penyekat pop-up dihidupkan dan adakah penyekat pop-up dihidupkan untuk laman ini?

  1. Pada bahagian atas tetingkap FirefoxPada bar menu, klik pada menu ToolsFirefoxEdit dan pilih Options...Preferences....
  2. Pilih panel Content.
  3. Pastikan kotak Block pop-up windows ditanda.
  4. Pada kanan Block pop-up windows, klik bebutang Exceptions.... Satu dialog akan muncul untuk memaparkan semua laman web yang dibenarkan menggunakan pop-up.
  5. Jika laman yang membuka pop-up itu ada dalam senarai, pilih laman itu dan tekan Remove Site.
  6. Klik CloseTutupkan tetingkap Allowed Sites - Pop-ups.
  7. Klik OKTutupkan tetingkap preferences.

Adakah pop-up dipaparkan selepas tetikus diklik atau kekunci ditekan?

Sesetengah kejadian, contohnya mengklik atau menekan kekunci, boleh menyebabkan pop-up walaupun penyekat pop-up dihidupkan. Perkara ini berlaku supaya Firefox tidak menyekat pop-up yang diperlukan untuk fungsi laman-laman web.

Adakah itu tetingkap pop-up yang benar?

Kadang-kala, iklan-iklan direka supaya serupa dengan tetingkap, tetapi sebenarnya bukan tetingkap yang benar. Penyekat pop-up Firefox tidak boleh menyekat iklan-iklan tersebut.

fakepopup-650.png

Was this article helpful? Please wait...

These fine people helped write this article: JunkyardStalker. You can help too - find out how.