X
Tap here to go to the mobile version of the site.

Firefox

Asas melayari internet

Selamat datang ke Mozilla Firefox! Firefox merupakan pelayar web yang membolehkan anda mengunjungi laman-laman web dan mencari pelbagai jenis sumber di internet.


Navigasi laman-laman web

Hompej anda

Apabila anda memulakan Firefox, anda akan dibawa ke hompej anda. Secara lalai, hompej Firefox akan dijadikan hompej anda.

Tip:

  • Untuk memaparkan lebih banyak kandungan web pada skrin anda, sila gunakan mod Skrin Penuh . Mod Skrin Penuh mengecilkan Bar Alatan Firefox kepada satu Bar Alatan yang kecil. Anda boleh menghidupkan Mod Skrin Penuh dengan memilih View > Full Screen atau menekan F11.
  • Untuk kembali ke hompej anda dengan cepat, tekan AltOpt+Home.

Navigasi ke laman lain

Anda boleh mengunjungi laman web lain dengan memasukkan alamat internet atau URL ke dalam Bar Lokasi (Location Bar). URL biasanya bermula dengan "http://" dan diikuti oleh nama-nama yang berkenaan dengan laman web. Contohnya, "http://www.mozilla.org".

  1. Klik pada bar lokasi untuk memilih URL yang sedia ada.
  2. Masukkan URL laman web yang anda ingin kunjungi. URL yang dimasukkan akan menggantikan apa-apa teks yang sedia ada di Bar Lokasi.
  3. Tekan EnterReturn.

Tip: Untuk memilih URL di Bar Lokasi dengan cepat, tekan CtrlCmd+L.

Sekiranya anda tidak mengetahui URL: Anda boleh cuba mencari laman tersebut dengan memasukkan maklumat yang spesifik ke dalam Bar Lokasi, contohnya suatu nama, dan menekan EnterReturn. Langkah ini akan membawa anda ke hasil carian Google terhadap perkataan yang anda masuki. Sila rujuk topik Mencari.


Menggunakan pautan

Kebanyakan laman-laman web mengandungi pautan-pautan yang boleh diklik. Pautan yang diklik membawa anda ke laman web lain.

  1. Gerakkan penunjuk tetikus ke atas pautan sehingga penunjuk tetikus menjadi imej jari yang menuding ke arah pautan tersebut. Kebanyakan pautan merupakan teks yang bergaris. Selain itu, bebutang dan gambar-gambar juga lazim digunakan sebagai pautan.
  2. Klik sekali pada pautan. Apabila rangkaian anda mencari laman web yang dikaitkan dengan pautan tersebut, mesej status akan muncul pada bahagian bawah tetingkap anda.


Kembali ke laman yang pernah dikunjungi

Terdapat beberapa cara untuk pulang ke laman-laman yang pernah anda kunjungi.

  • Untuk kembali atau maju sebanyak satu halaman, klik pada bebutang Back atau Forward.
  • Untuk kembali atau maju beberapa halaman, klik pada segitiga kecil pada bebutang Back dan Forward. Anda akan ditunjukkan senarai yang mengandungi laman-laman web yang pernah anda kunjungi kebelakangan ini. Untuk kembali ke laman tersebut, pilihkan laman tersebut dari senarai yang ditunjukkan.
  • Untuk melihat senarai URL yang pernah anda masukkan ke dalam Bar Lokasi, klik pada anak panah di hujung kanan Bar Lokasi. Anda boleh memaparkan suatu laman web dengan memilihnya dari senarai URL.
  • Untuk memilih laman-laman web yang pernah anda kunjungi dalam sesi terkini, bukakan menu History dan gunakan senarai yang dipaparkan pada bahagian bawah menu tersebut.

Untuk memilih laman-laman web yang pernah anda kunjungi dalam sesi-sesi yang sebelumnya, bukakan menu History dan pilih Show All History. Tetingkap Library akan memaparkan senarai folder. Tindakan mengklik suatu folder akan memaparkan subfolder atau tajuk-tajuk laman web. Anda boleh mengklik pada tajuk suatu laman web untuk mengunjungi laman tersebut.


Berhenti dan mengulang loading

Jika suatu halaman dimuat turun dengan terlalu perlahan, ataupun anda tidak lagi ingin mengunjungi halaman yang sedang dimuat turun, klik pada bebutang Stop.

Untuk mengulang loading suatu halaman atau mendapat versi halaman yang terkini, klik pada bebutang Reload atau tekan Ctrl Cmd+ R.


Melayari internet dengan tab

Apabila anda ingin mengunjungi lebih daripada satu laman web pada suatu masa, anda boleh menggunakan tab supaya anda melayari internet dengan lebih cepat dan cekap.

Tab membolehkan anda membuka beberapa laman web dengan satu tetingkap Firefox pada suatu masa. Setiap tab berupaya memaparkan satu laman web. Fungsi ini mengelakkan anda daripada memenuhkan desktop anda dengan tetingkap-tetingkap. Tanpa fungsi tab, anda perlu membuka satu tetingkap baru untuk setiap laman web yang anda ingin kunjungi pada suatu masa. Anda boleh membuka, menutup dan mengulang loading laman-laman web dengan mudah pada tetingkap yang sama.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Melayari internet dengan tab.


Menggunakan Sidebar

Sidebar merupakan satu kawasan pada bahagian kiri skrin anda yang boleh digunakan untuk memaparkan tandabuku atau sejarah. Sambungan-sambungan Firefox boleh menambahkan fungsi Sidebar.

Untuk memaparkan suatu objek dalam Sidebar, pilih View > Sidebar. Dari menu tersebut, anda boleh memilih Sidebar yang ingin digunakan.


Mencari

Mencari dari web

Pencarian halaman-halaman web untuk suatu topik ialah proses yang mudah. Anda hanya perlu memasukkan beberapa perkataan ke dalam Bar Pencarian Firefox.

Sebagai contoh, jika anda ingin mencari maklumat tentang pisang goreng:

  1. Klik pada Bar Pencarian.
  2. Masukkan frasa pisang goreng. Langkah ini menggantikan apa-apa teks yang ada dalam Bar Pencarian.
  3. Tekan EnterReturn untuk memulakan pencarian.

Hasil pencarian "pisang goreng" akan dipaparkan dalam tetingkap Firefox.


Memilih enjin pencarian

Anda boleh menukarkan enjin pencarian dengan mengklikkan ikonnya dan memilih enjin pencarian yang ingin anda gunakan. Sesetengah enjin pencarian, seperti Google, mencari seluruh web; manakala enjin pencarian lain, seperti Amazon.com, mencari laman-laman web yang tertentu sahaja.


Mengurus enjin pencarian

Anda boleh mengklikkan ikon enjin pencarian dan memilih Manage Search Engines... untuk menambah, menyusun, menghilangkan atau memulihkan enjin pencarian yang dipilih secara lalai. Untuk membuat demikian, pilih satu enjin pencarian dan klik pada bebutang berkenaan untuk memindah atau menghilangkannya dari senarai. Anda boleh memasang enjin pencarian yang baru dengan mengklikkan pautan Get more search engines….


Mencari perkataan-perkataan yang dipilih dari web

Firefox membolehkan anda memilih perkataan-perkataan dalam suatu halaman dan mencari perkataan-perkataan tersebut dari web:

  1. Pilih (highlight) apa-apa perkataan dalam halaman web.
  2. Klik-kananTekan Ctrl, klikkan bebutang tetikus, dan pilih Search [[Search Engine] for "[[your selected words]" dari menu pop-up.

Firefox akan membuka tab yang baru dan mencari perkataan-perkataan yang dipilih dengan menggunakan enjin pencarian yang telah anda pilih.


Mencari dalam satu halaman

Untuk mencari teks dalam satu halaman yang sedang anda membaca dalam Firefox:

  1. Tekan CtrlCmd+F atau pilih Edit > Find untuk membuka Bar Alatan Pencarian pada bahagian bawah Firefox.
  2. Masukkan teks yang ingin anda cari. Pencarian dimulakan secara automatik sebaik sahaja anda mula menaip ke dalam kotak pencarian.
  3. Terdapat beberapa pilihan dalam Bar Alatan Pencarian:
    • Next: cari teks yang terdapat di bawah kedudukan kursor dalam halaman.
    • Previous: cari teks yang terdapat di atas kedudukan kursor.
    • Highlight all: highlight semua teks dalam halaman yang padan dengan teks yang dicari.
    • Match case: hadkan pencarian kepada teks yang mempunyai kes yang sama kepada teks yang dicari.

Untuk mencari lagi perkataan atau frasa yang sama, tekan F3 atau pilih Edit > Find Again.

Tip: Dalam Tools > OptionsEdit > PreferencesFirefox > Preferences, pilih panel Advanced, klikkan tab General, dan aktifkan Search for text when I start typing untuk mengaktifkan mod Quick Find of the Find Toolbar. dalam Bar Alatan Pencarian. Apabila pilihan ini diaktifkan, Bar Alatan Quick Find akan dibuka secara automatik dan mula mencari sebaik sahaja anda menaip sesuatu. Bar Alatan Quick Find berbeza juga dari Bar Alatan Pencarian di mana Bar Alatan Quick Find akan ditutup secara automatik jika tidak digunakan selama beberapa saat.


Menyalin, menyimpan dan mencetak

Menyalin sebahagian daripada halaman

Untuk menyalin teks dari suatu halaman:

  1. Pilih teks.
  2. Pilih Edit > Copy dari Bar Menu.

Anda boleh menampal teks ke dalam program lain.

Untuk menyalin satu pautan (URL) atau pautan berbentuk imej dari satu halaman:

  1. Gerakkan penunjuk ke atas pautan atau imej.
  2. Klik-kananTekan Ctrl dan klik pada pautan atau imej untuk memaparkan menu pop-up.
  3. Pilih Copy Link Location atau Copy Image Location. Jika satu imej juga merupakan pautan, anda boleh memilih mana-mana pilihan.

Anda boleh menampal pautan ke dalam program lain atau Bar Lokasi Firefox.


Menyimpan seluruh atau sebahagian daripada halaman

Untuk menyimpan seluruh halaman dalam Firefox:

  1. Pilih File > Save Page As. Anda akan melihat kotak dialog Save As.
  2. Pilih satu lokasi untuk menyimpan halaman tersebut.
  3. Pilih format untuk halaman yang ingin anda simpan:
    • Web Page, Complete: Menyimpan seluruh halaman web dengan semua gambar. Pilihan ini membolehkan anda melihat halaman tersebut seperti rupa yang asal, di mana gamber-gambar dipaparkan. Namun, struktur pautan HTML halaman asal mungkin berubah. Firefox akan mewujudkan direktori baru di lokasi yang menyimpan halaman tersebut untuk menyimpan gambar-gambar dan fail-fail lain yang diperlukan untuk memaparkan halaman tersebut.
    • Web Page, HTML Only: Menyimpan halaman tanpa gambar-gambar. Pilihan ini mengekalkan struktur pautan HTML yang asal dalam satu fail.
    • Text file: Menyimpan halaman dalam fail teks. Pilihan ini tidak mengekalkan struktur pautan HTML asal, tetapi pilihan ini membolehkan anda melihat versi teks halaman web dalam mana-mana pengedit teks.
  1. Taipkan nama fail untuk halaman dan klik Save.

Untuk menyimpan satu bingkai dari halaman web:

  1. Gerakkan penunjuk tetikus ke dalam bingkai.
  2. Tekan Ctrl dan klikKlik-kanan bingkai untuk memaparkan menu pop-up.
  3. Pilih This Frame > Save Frame As dari submenu. Anda akan dibawa ke kotak dialog Save As.
  4. Pilih satu lokasi untuk menyimpan halaman.
  5. Pilih format untuk halaman yang hendak anda simpan.
  6. Taipkan nama fail untuk halaman dan klik Save.

Tindakan menyimpan fail ke atas cakera keras anda membolehkan anda melihat halaman tersebut apabila anda tidak disambung ke internet.

Untuk menyimpan satu imej dari halaman:

  1. Gerakkan penunjuk tetikus ke atas imej.
  2. Klik-kananTekan Ctrl dan klik pada imej untuk memaparkan menu pop-up.
  3. Pilih Save Image As. Anda akan dibawa ke kotak dialog Save Image.
  4. Pilih satu lokasi untuk menyimpan imej.
  5. Taipkan nama fail untuk imej dan klik Save.

Untuk menyimpan satu halaman tanpa memaparkannya (Tindakan ini bertujuan untuk mendapatkan halaman yang tidak diformat yang bukan direka untuk dibaca):

  1. Gerakkan penunjuk tetikus ke atas pautan yang dihubung ke halaman yang ingin disimpan.
  2. Klik-kananTekan Ctrl dan klik pada pautan untuk memaparkan menu pop-up.
  3. Pilih Save Link As.... Anda akan dibawa ke kotak dialog Save As.
  4. Pilih satu lokasi untuk halaman yang hendak anda simpan.
  5. Taipkan nama fail untuk halaman dan klik Save.

Maklumat Penting: Sesetengah pautan akan memuat turun dan menyimpan fail secara automatik setelah anda mengklik pautan tersebut. URL untuk pautan-pautan ini lazimnya bermula dengan "ftp" atau berakhir dengan sambungan jenis fail seperti "au" atau "mpeg". Pautan-pautan ini mungkin memindahkan fail perisian, audio atau tayangan dan melancarkan aplikasi sokongan untuk fail-fail tersebut.

Tip: Untuk menggunakan suatu imej sebagai latar belakang desktop, klik-kanantekan Ctrl, klikkan bebutang tetikus pada imej dan pilih Set As Desktop Background… dari menu pop-up.


Mencetak satu halaman

Untuk mencetak halaman yang sedang digunakan:

  • Pilih File > Print.

Untuk mencetak teks yang telah dipilih:

  • Pilih teks dalam halaman.
  • Pilih File > Print. Kotak dialog print akan dipaparkan.
  • Di bawah Print Range, klikkan Selection.

Pengarang halaman web dan saiz halaman yang ingin anda cetak menentukan susunan kandungan halaman yang dicetak, bukannya saiz tetingkap di atas skrin. Teks dan grafik akan disusun semula supaya sesuai dengan saiz kertas.


Menggunakan prebiu cetak

Untuk melihat rupa suatu halaman yang bakal dicetak, anda boleh menggunakan Prebiu Cetak:

  • Pilih File > Print Preview.

Dalam Print Preview, anda boleh mengambil beberapa tindakan terhadap halaman yang ingin anda cetak.

  • Melihat prebiu setiap halaman: Klik bebutang Next arrow-rit-sharp.gif , Previous arrow-lft-sharp.gif , First arrow-lft-sharp-end.gif , atau Last arrow-rit-sharp-end.gif untuk memilih halaman.
  • Mengubah skala (saiz) halaman: Dalam menu drop-down Scale, pilih "50%" untuk mengubah saiz setiap halaman kepada separuh daripada saiz asal. Untuk mensaiz halaman secara automatik supaya halaman bersesuaian dengan kelebaran kertas, pilih "Shrink to Fit". Anda juga boleh memasukkan peratusan anda dengan memilih "Custom…".
  • Mengubah orientasi halaman: Pilih Portrait untuk menetapkan posisi kertas di mana tepi yang lebih pendek menghadap ke atas. Pilih Landscape untuk menetapkan posisi kertas di mana tepi yang lebih panjang menghadap ke atas.
  • Setup halaman: Klik Page Setup untuk menyuaikan secara terperinci halaman yang ingin anda cetak.
  • Cetak: : Klik Print untuk mencetak halaman-halaman.

Perhatian: Sesetengah fungsi Prebiu Cetak adalah berlainan atau tidak wujud pada Sistem Operasi Mac dan Linux.


Menggunakan setup halaman

Perhatian: Sesetengah fungsi Setup Halaman adalah berlainan atau tidak wujud pada Sistem Operasi Mac dan Linux.

Untuk menentukan cara dan susunan halaman-halaman dicetak oleh Firefox, anda boleh menggunakan Setup Halaman:

  • Pilih File > Page Setup.

Dalam Page Setup, anda boleh mengubah beberapa setting untuk cetakan:

  • Format & Options: Pilih orientasi, skala dan pilihan-pilihan lain:
    • Orientation:
      • Portrait: Gunakan pilihan ini untuk mendapat posisi halaman yang biasa, iaitu tepi yang pendek menghadap ke atas.
      • Landscape: Gunakan pilihan ini untuk mendapat posisi halaman yang mendatar, iaitu tepi yang lebih panjang menghadap ke atas.
    • Scale: Masukkan peratusan saiz asal. Contohnya, masukkan "50" untuk mensaizkan setip halaman supaya menjadi separuh daripada said asal.
      • Shrink To Fit Page Width: Pilihkan untuk mensaizkan halaman secara automatik kepada kelebaran kertas.
    • Options:
      • Print Background (colors and images): Gunakan pilihan ini untuk mencetak imej dan warna latar belakang. Jika pilihan ini tidak digunakan, hanya gambar dan warna di latar depan akan dicetak.
  • Margins & Header/Footer: Klikkan tab ini untuk menetapkan jidar, header dan footer:
    • Margins:
      • Top, Bottom, Left, Right: Masukkan maklumat jidar dalam unit yang ditunjukkan untuk jidar atas, bawah, kiri dan kanan.
    • Headers & Footers: Setiap senarai drop-down mewakili satu kawasan sama ada header atau footer. Lajur atas senarai drop-down adalah untuk kawasan header kiri, tengah dan kanan. Lajur bawah adalah untuk kawasan footer kiri, tengah dan kanan. Dalam setiap senarai drop-down, pilih satu daripada pilihan-pilihan di bawah:
      • --blank--: Jangan memaparkan apa-apa dalam kawasan ini.
      • Title: Paparkan tajuk halaman web.
      • URL: Paparkan URL halaman web (URL biasanya bermula dengan "http://").
      • Date/Time: Paparkan tarikh dan masa halaman dicetak.
      • Page #: Paparkan nombor halaman setiap muka surat.
      • Page # of #: Paparkan nombor halaman berserta dengan jumlah halaman. Contohnya, jika anda mencetak satu halaman web yang berjumlah 5 muka surat, "3 of 5" akan dipaparkan pada muka surat ketiga.
      • Custom: Masukkan teks sendiri. Anda boleh menambahkan mana-mana kod di bawah untuk mencetak maklumat-maklumat yang tertentu:
        • &PT: Nombor halaman dengan jumlah (Contohnya: "3 of 5")
        • &P: Nombor halaman
        • &D: Tarikh
        • &U: URL
        • &T: Tajuk halaman

Tip: Untuk melihat prebiu perubahan yang anda lakukan dalam Setup Halaman, gunakan Prebiu Cetak.


Meningkatkan kecekapan

Menguruskan jenis-jenis fail yang berlainan

Firefox boleh menguruskan banyak jenis fail. Namun, bagi sesetengah fail seperti tayangan atau muzik, Firefox memerlukan Plugin atau aplikasi luar untuk menguruskan fail-fail tersebut. Jika Firefox tidak mempunyai Plugin yang diperlukan atau tidak dapat mengenal pasti aplikasi yang diperlukan untuk membuka fail-fail tertentu, fail-fail masih boleh disimpan ke cakera keras anda. Apabila menyimpan fail-fail tersebut, anda boleh mengikuti fail-fail dengan menggunakan Download Manager.

Plugin meluaskan kegunaan Firefox dan Plugin berlari dalam Firefox. Plugin seperti Sun Java, Adobe Flash dan RealNetworks Realplayer membolehkan Firefox untuk memaparkan fail-fail multimedia dan melarikan aplikasi kecil seperti tayangan, animasi dan permainan. Anda boleh mencari Plugin yang lazim digunakan pada halaman Plugin pada Mozilla Add-ons.

Apabila fail-fail tidak dapat dibuka dalam Firefox, anda boleh membuka fail-fail dengan aplikasi lain di luar Firefox. Contohnya, anda boleh menggunakan pemain media pilihan anda untuk melancarkan fail-fail MP3.

Anda boleh menentukan cara Firefox menguruskan fail-fail yang tidak boleh dipaparkan dalam panel Applications panel. Untuk membuka panel ini, pilih Tools > OptionsEdit > PreferencesFirefox > Preferences, dan klik panel Applications. Anda boleh mengubah atau membatalkan tindakan yang diambil ke atas jenis fail. Untuk maklumat lanjut tentang dialog ini, sila rujuk Applications optionspreferences.

Apabila anda mengklik pada fail dan Firefox tidak dapat mengenal pasti cara menguruskan fail, satu kotak dialog Opening akan dipaparkan dengan pilihan-pilihan berikut:

  • Open with: Firefox membuka fail dengan program lalai dalam setting sistem anda. Anda juga boleh memilih program lain dengan memilih Other… dalam senarai drop-down.
  • Save to Disk: Firefox membolehkan anda memilih lokasi untuk menyimpan fail. Jika anda telah memilih Save all files to (this folder) dalam panel Main untuk OptionsPreferences, fail-fail akan disimpan secara automatik ke folder lalai yang dipilih; jika tidak, Firefox akan bertanya tentang lokasi menyimpan fail.
  • Do this automatically for files like this from now on: Apabila ini dipilih, Firefox akan mengambil tindakan yang telah anda pilih secara automatik bagi jenis fail yang berkenaan bagi pemuatan turun seterusnya.

Tip: Anda boleh mengosongkan maklumat optionspreferences untuk Do this automatically for files like this from now on dalam panel Applications.

Menjadikan Firefox pelayar web lalai anda

Firefox memaparkan halaman-halaman web pada Internet dan komputer anda. Untuk membuka halaman-halaman web dengan mudah, anda boleh menjadikan Firefox pelayar web lalai anda.

Untuk berbuat demikian, pilih Tools > OptionsEdit > PreferencesFirefox > Preferences dan klikkan bebutang Check Now dalam panel Advanced.


Mengubah setting kache

Firefox menyimpan salinan-salinan halaman yang kerap anda akses dalam kache. Dengan berbuat demikian, Firefox tidak perlu memperoleh halaman tersebut dari rangkaian setiap kali anda melihat halaman tersebut.

Untuk menetapkan saiz kache:

  1. Pilih Tools > OptionsEdit > PreferencesFirefox > Preferences.
  2. Buka panel Advanced dan klikkan tab Network.
  3. Masukkan nombor dalam lapangan Use up to untuk menetapkan saiz kache. Saiz lalainya 50MB.

Maklumat Penting: Kache yang lebih besar membolehkan lebih banyak maklumat diperoleh dengan cepat, tetapi memerlukan lebih tempat pada cakera keras anda.

Apabila anda keluar dari Firefox, pemeliharaan kache dilakukan. Jika pemeliharaan kache memakan masa yang terlalu panjang, anda boleh mengurangkan saiz kache cakera untuk menangani masalah ini.

Untuk mengulang loading satu halaman pada bila-bila masa, klikkan bebutang Reload dalam Bar Alatan Navigasi Firefox. Firefox akan memuat turun dan memaparkan versi halaman tersebut yang terkini.

Was this article helpful? Please wait...

These fine people helped write this article: JunkyardStalker. You can help too - find out how.