Tambah, buang dan papar tandabuku halaman web dalam Firefox untuk Android

Firefox untuk Android memudahkan halaman ditandabuku. Kandungan artikel ini menjelaskan cara untuk mencipta dan mengakses tandabuku.

Menambah atau membuang tandabuku

Tekan sahaja ikon bintang.

Anda juga boleh membuang tandabuku daripada dalam senarai:

  1. Tekan bar alamat dan kemudian tekan tab Tandabuku.Tekan bar alamat dan pilih Tandabuku.
  2. Tekan lama-lama tandabuku yang anda mahu buang.
  3. Kemudian tekan Alih keluar.
Untuk menandabuku pautan halaman, tekan pada pautan lama-lama, kemudian pilih Tandabuku Pautan. Satu mesej akan memaklumkan anda samada halaman itu sudah ditandabuku, atau tandabuku sudah wujud.

Cari tandabuku dengan pantas

Skrin Utama memudahkan anda mencari apa sahaja.

  • Tekan bar alamat atau Buka tab baru dan mulakan menaip. Anda akan lihat senarai tandabuku (ditandakan dengan ikon bintang di sebelahnya) bersama-sama laman yang anda sudah layari dan carian web. Hanya tekan pada tandabuku yang anda mahu.
    Awesome search 26

Anda juga boleh skrol tandabuku anda.

  • Tekan bar alamat atau Buka tab baru dan kemudian pilih tab Tandabuku tanpa menaip.
    Awesome browse 25
  • Pilih Tandabuku dalam skrin Laman Teratas atau Tab baru.
    Bookmarks 26
Panduan: Anda juga boleh mengakses tandabuku, sejarah dan lain-lain dalam komputer desktop dari peranti Android dengan Menetapkan Firefox Sync.

Menambah tandabuku dalam skrin halaman utama

Mengakses laman kegemaran dengan hanya satu klik dari dalam skrin halaman utama.

  1. Pergi ke laman yang anda mahu, dan tekan bar alamat lebih kurang 2 saat.
  2. Kemudian pilih Tambah ke Skrin Halaman utama.
    Add to home screen

Artikel ini bermanfaat?

Sila tunggu...

These fine people helped write this article:

Illustration of hands

Sukarelawan

Grow and share your expertise with others. Answer questions and improve our knowledge base.

Learn More